harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

December 18, 2011

Tak salah kan kalau kita tegur?...

Assalamualaikum wbt. semua! Mata yang redup dah tak berapa nak redup lagi sebab dah macam panda akibat 
stay-up di tengah malam. huhu..

Dah lama sangat tak update blog ni, update pun entri yang entah apa-apa kan? ish3.... Lalu sha memutuskan untuk kembali ke track asal. Jom kita fikir lagi!

Elaun dah masuk! sesungguhnya terlepaslah sikit azab nak ikat perut sementara tunggu elaun masuk dulu.. Masalahnya disini adalah, ADAKAH KITA MENGGUNAKAN ELAUN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN? atau, ADAKAH KITA TELAH MENGURUSKAN KEWANGAN KITA DENGAN BAIK? dan ADAKAH ANDA BERFIKIR BAHAWA, DUIT YANG KERAJAAN BAGI TU BOLEH DIBUAT UNTUK 'BERFOYA-FOYA?'

Kenapa sha tanya? sebab manusia mudah lupa. Mungkin dulu masa elaun tak masuk lagi, semua sibuk buat azam kalau elaun dah masuk nak pakai dengan baik. Tapi ade je kan sesetengah antara kita ni lupa diri sebab dah dikaburi dengan sejumlah wang yang banyak dalam bank.

Memanglah elaun tu hak kita dan terpulang pada kita untuk menentukan cara yang sepatutnya kita salurkan duit tu. Duit tu kan kita boleh buat beli buku, tampung belanja makan dan bayar duit fotostat untuk nota-nota kuliah kan? Tak dinafikan lah, sha pun kadang-kadang berkira sangat pasal duit ni. maklum saja, orang yang pernah bekerja je yang tau macam mana susahnya nak dapatkan duit. dah penat-penat kerja, tau pulak nak cermat-cermat pakai duit kan? Tapi kenapa bila dah senang-senang dapat duit, kita pun senang-senang je nak gunakan duit tu sewenang-wenangnya. 

Untuk apa kita salurkan duit tu pun satu hal lagi. Untuk buat kita kenyang ke, untuk buat kita senang faham bila belajar ke, atau.........untuk buat diri kita terbakar? eh?... hm..... Untuk 'berfoya'foya'? eh lagi... hm...Kalian faham tak maksud berfoya - foya kat sini? haha, ni vocab baru yang sha dapat sepanjang sha belajar kat matrik ni. Berfoya-foya tu maksudnya bersenang-lenang membuat sesuatu. contoh ayat, "Berfoya-foya kau eh buat benda alah ni!" macam sinonim dengan buat sesuatu tanpa berfikir panjang gitulah.. hm..

Sha tak pasti sama ada mesej sha sampai atau tak untuk kalian faham. Tapi banyak yang tersirat kat sini. Kita dah besar panjang, sepatutnya tahu mana satu baik, mana satu buruk. Kalau kita mahukan sesuatu yang  baik dan sempurna untuk kita, apa salahnya kalau kita bentuk diri kita dulu ke arah yang lebih baik dan tinggalkan perkara-perkara yang buat kita dipandang lebih rendah daripada yang sepatutnya.  Kan?

Dan kalau kita fikir bila kita buat sesuatu yang kita rasakan boleh buat kita gembira tu sebenarnya akan buat orang yang kita sayang menangis dan kecewa, lebih baik tinggalkan. Kita semua ada kat sini sebab nak teruskan jihad untuk menuntut ilmu.kan?  Jangan pulak kita fikir, waktu kita jauh dari family ni lah waktu yang paling sesuai untuk kita buat apa saja yang kita suka. Kononnya nak rasakan kebebasan. Padahal, kalian tak bebas langsung sebab terpengaruh dengan kawan. Nampak dia buat macam tu, kita pun nak buat macam tu, kononnya nampak coolio habisan. Padahal makin buat orang rasa hilang hormat kat kalian. Fikir-fikirkanlah... =]

she said: nampak dia.......  nak menangis.. BENCI!!!!!!!!!!
i said: nak gugur jantung. tapi no wonder lah....
=.=

November 26, 2011

tapi hari ni?.....

mata yang selalu redup kembali menulis...=)


satu sudut cerita yang dicorakkan melalui pengalaman.
indah? tak seberapa..
pahit? kelat saja mungkin.
ceria? penuh dengan ketawa.
sedih? kedengaran kata-kata indah memujuk.


tapi hari ni...
indah, tapi tak macam dulu. sebab?
jauh
pahit, tapi dah boleh telan. sebab?
mungkin pahit tu ubat.
ceria, tapi tak tinggalkan kesan. sebab?
cuma sementara
sedih, sampai rasa kecewa. sebab?
harapan.


melihat dia terduduk. diam.
kerusi di depan ditarik. lalu duduk menghadapnya. bertanya, kenapa?
senyum diganti sebagai jawapan.
~kertas ni. sengih sumbing.
down? mata bulat seperti `Ya`.
kau boleh! aku tau!
tak cukup percaya?entah.
kita lumba. 
bila? sekarang! 
siapa menang? 
dia puas.
terima kasih... 


bangkit tapi masih senyum.
pulih tapi masih sesal.
cuba tapi macam tak ikhlas.
ikhlas, rupanya bersebab.
berhasil, tapi tak pernah puas.
jauh. rupanya itu yang terakhir...


tapi hari ni?..
datang lagi, cuma bertanya sebarang dua.
kecil hati, rupanya tak tahu.
salahkan dia, tapi siapa yang tau?
dah tolong, dah berterima kasih.
tapi sampai situ je? mungkin ya.


tak mintak lebih.
cuma jangan jadi lain. 
maaf, tetap terasa.
tapi hari  ni?
tak dengar angin goyangkan pokok.
tapi nampak awan berarak pergi.


dalam. sampai nak terjatuh.
mereka kata,
betul ke?
tak sangka macam tu.
betullah masa bergerak untuk satu perubahan.
masih tunggu. sia-sia 
sampai?
sakit dengar janji.
dah ok? entah.


tapi harini...
MASIH TEGAK BERDIRI
masih tunggu 
siapa tahu masa berpatah balik
atau kesan tapak mahu dijejak


masih terus berlawan
tapi tak jumpa puas nya di mana
masih terbayang kisah sedih
dipujuk
dilawan...


tapi harini...
tak tahu apa akan jadi.
insyALLAH! akan terus dan akan berdiri
walaupun tak ada yang menentang
tak ada yang nak dengar
tak ada yang nak dikejar..
nak tunggu jugak..


degil? sikit je. takkan tak boleh?
tapi harini orang tak suka spesis budak degil.
salah! tapi harini orang tak suka
budak yang cuma mengatakan `ya` sahaja..


harini nak mula yang baru.
tinggalkan harapan tu.
cari lawan baru.
mungkin cukup kalau lawan yang salah sahaja


tapi harini masih ingat kisah semalam.......
cukuplah, cari awan yang lain.
cari lawan lain.
buat yang baru,
ganti yang lama.
kalau tak nak esok jadi macam harini...


PEACE!















November 10, 2011

trust me, 143! ( euwwww)

ASSALAMUALAIKUM dan Selamat sejahtera buat semua! 

Pelik tak? sha dah lama balik rumah untuk cuti sem, tapi blog sha tak ter update walau sekali pun! Parah ni parah! actually, ada 2 3 kali jugak sha cuba taip entri baru, tapi sha tak rasa apa yang sha taip tu relevan untuk dibaca pihak umum. wink wink... ;)


Jadi, oleh kerana hari ini hari Khamis, (hari yang sepatutnya sha update blog seminggu sekali, kan?) sha datang ke blog sendiri untuk tulis entri terbaru!


Jari makin lama makin laju menaip, hati rasa tak tahan lagi dah nak bersabar untuk tulis lambat2, no! no! no! kene taip laju-laju!!!! 


would like to talk about....
these songs!


1*Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
  Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
  Menantikan kehadiran dirimu
  Entah sampai kapan aku harus menunggu

2*aku tak tahu apa yang ku rasakan
  dalam hatiku saat pertama kali
  lihat dirimu, melihatmu

cukup dulu rangkap pertama lagu2 ni ye......

OK! Sha selalu jugak dengar lagu2 ni... sha tak tau kenapa, tapi pada sha, 2 lagu ni ada kaitannya... euwwww.... itulah reaksi pertama sha tiap kali roommate bukak lagu ni.. frankly speaking, geli.... [masalahnya, sha macam dah sebati dengan telinga dan lidah, i like the melody, but not the lyrics...] boleh tak macam tu? haha.. kenapa ye?

cuba baca lirik yang ni,

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

boleh percaya ke macha oii? belum apa2 lagi dah tabur janji macam tu.. aduiyai....mula2 tadi kata tak tau apa yang dia rasa, lepastu suka2 hati dengan yakinnya nak bagi cinta dan sayang die kat entah permpuan mana yang dia baru tengok tu.. logik ke? mungkin logik untuk love at the first sight lah kot, tapi tak langsung kalau ikut kewarasan akal kan? haha....

kalau sha lah kan, sha akan cakap,
"betul ke nak tunggu even jauh? betul ke tak kisah nak jaga sampai hujung waktu die? [yarksssss] habistu, macam mana kalau dalam penantian tu, perempuan yang dia tunggu accident then cacat, tak lawa, kalau masih lawa pun mbe pekak, bisu, dsb.. berbaloi ke penungguan dia tu? kalau dia ikhlas, mestilah bulat2 dia terima kan? tapi kalau dia tunggu sebab cantiknya seorang perempuan tu, tak berbaloilah... am i right? hm... kalau terima pun mungkin tak redha.. uhuh.... suka2 hati je sha ni kan... apa boleh buat.. haha.. wink wink..;)

yang ni pulak,

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Hah! baca tu... terfikir jugak kan nak cari pengganti? CIS!! jauh sikit, mulalah nak cari pengganti... aduss.... manusia, manusia... (hello! including you aishah!) hehe.. Taupun susah bila da kena duduk jauh2 ni, lepas dah mengaku susah, mulalah nak mengorak langkah seterusnya untuk cari yang lain... kan? Obviously, right?! JADI, APA SEBENARNYA MOTIF SHA TULIS TENTANG LAGU2 NI DALAM ENTRI NI? [er...... i`m not that clear about the reasons....hehe] saja2 je kot.... mengupas pandangan sendiri mungkin.. walah gitu! =")

Bukannya apa, kadang2 tak dinafikan, ada orang akan terbuai dengar lagu macam ni, lagu macam ni lah yang akan buat pendengarnya jadi tak betul sebab they hold the promises... Jangan main2 dengan janji ye.. sha tak suka orang yang tak tepati janji. Once you make a promise, you should hold them tight! mesti buat apa yang dijanji.. Kalau setakat janji bunga2 tahi ayam, baik tak payah. menyusahkan hidup sendiri. 

Berbalik pada isi pokok kita tadi, (eceh..) suka hati kalian lah untuk menilai, pada sha, apa yang sha tulis, itulah pandangan sha... mungkinkah ada kena mengena dengan janji? misteri ni, misteri! adeih.... so, kalian rasa, apa valuablenye entri kali ni? moral of the story? hm...

Yang berharga adalah kata2 yang dikeluarkan yang sepatutnya difahami maksudnya. Bukan sekadar melontar kata untuk menyedapkan hati orang lain. Moralnya pulak, JANJI. faham2 sendirilah ye.. Terima kasih sebab kalian baca entri kali ni yang rata2nya memang agak merapu dan terbelit2... 

Sha tak tau lagi nak tulis apa untuk 'she said, he said' kali ni, macam tak ada yang sesuai. tapi sha nak cakap jugak yang lagu ni sebenarnya sweet, tapi cukuplah sweet untuk tidak difahami liriknya... chewah! 

sekian , tamatlah sudah entri yang panjang berjela....
 <adiosss>



 





October 26, 2011

you HURT me!!!

Selamat membaca entri yang  lebih berapi daripada biasa kepada sesiapa yang berkenan nak membaca blog ni.

Sha bukan nak menceritakan apa yang dah jadi pada sha (barangkali kerana emo yang berlebihan) , cuma nak bawa segelintir daripada kalian (kalau boleh semua) untuk berfikir sejenak... tentang kesakitan hati yang susah orang lain nak nampak.


Pernah rasa tak macam dilupakan tanpa sebab lepas tu bila kita dah redha dengan ketidak-adaan dia, tiba-tiba dia datang... datang semula dan perlakuannya macam tak pernah ada apa-apa jadi. POYO tak? siapa yang poyo? sha kot...taklah! mestilah orang tu!


Apa yang kalian buat kalau kalian berada dalam situasi sha? sakit hati tak? e..... enough said, he hurt me so much! much! much! much! countless much! (menaip dengan emosi yang keterlaluan kerana sakit hati.)  Dah lah buat macam tak ada apa-apa jadi, lepastu, kita pulak yang dipersalahkan! Ya Rabbi...... Ampun.... memang tak boleh blah betul lah.


Do you think that i need an explanation? i think nope! not even a single word from him. that`s it! [ kalau marah masih belum reda lah..] tapi kalau dah reda macam mana nak buat? senang je.. sha cakap terus terang apa sha rasa. Rasa apa? rasa bengang sebab diketepikan macam tu je, lepastu tak pasal-pasal kita yang disalahkan. tambah lagi dengan cara dia yang kononnya tak ada apa-apa jadi. tak adil tau tak? UNFAIR!


Bukan ke sepatutnya sha yang salahkan dia? kan? ini terbalik pulak, sebab tu sha cakap tak adil! Ok, dah cukuplah lahar-lahar yang sedia ada keluar daripada otak sha untuk dipaparkan kepada umum dalam entri kali ni. Tapi jujurlah, sha tak suka orang buat sha macam ni. rasa macam ditindas dan dipenyek-penyekkan. tolong lah, sha ni manusia ok! ada akal untuk fikir kenapa dan macam mana. (masih rasa nak membebel panjang sebab GERAM + SAKIT HATI = MARAH SANGAT.) 


MORAL OF THE STORY: (masih ada hati nak letak moral dalam setiap entri)
Jangan ketepikan kawan-kawan lain walaupun kalian dah jumpa orang yang terbaik untuk jadi teman sejati kalian sepanjang hayat. (ayat penuh dengan duri-duri tajam sindiran) sebab sekali kalian buat orang lain sakit hati, manisnya sebuah persahabatan dah diganti dengan rasa masam buah pelam yang tak masak sampai jadi busuk.


Maybe kali ni kalian dapat lihat 'the other dark side of sha' , macam mana keras dan batunya sha, tapi percayalah, siapa yang tak marah kalau benda macam ni dah jadi. Jangan disangka air yang tenang tu takda buaya. jangan sangka orang yang dilihat lembut dan baik luarannya tak ada rasa marah dan sakit hati. Mereka jugak manusia. apa salahnya berperikemanusiaan sesama manusia. kan?


Ingat! Siapa dan macam mana pun kawan kalian layan kalian, jangan buat mereka rasa diketepikan sebab kalian tak faham macam mana rasa sakitnya hati.

>kenapa kau macam dah sombong?
>>aku yang sombong ke kau yang sombong?...
>....

ADIOSS

October 18, 2011

....ujian untuk kita.....

papan kekunci diketuk lagi...

Tajuk kali ni berdasarkan idea yang telah sha peroleh dari room-mate sha. Berlatar belakangkan lagu Sahabat nyanyian Aizat dan bertemankan satu bar coklat. cukup syarat nak dapat mood tulis panjang2 harini. hehe... Kenapa lagu ni? Lagu ni je yang ada dalam playlist sha (skema tak saya) huh... dan dua lagu lain.. hoho.. Entri kali ni akan seakan-akan sama dengan beberapa entri sha yang lepas. Tapi, oleh kerana teman sebilik dah suggest tajuk ni, sha ok je nak tulis...

Sha mulakan dengan skop yang sangat kecil. Ujian. Ujian yang sinonim dengan kehidupan sebagai pelajar. dah cukup setengah dan satu sem, maka akan adalah ujian dan peperiksaan yang perlu diduduki. banyak mana paper yang kita belajar, banyak itu lah yang perlu kita duduki. seram tak? mestilah seram. mana taknya, kalau nak habiskan 15 bab dalam masa kurang dari enam bulan untuk 1 subjek. tapi, bukan setakat terima, perlu ada keyakinan yang kita boleh buat even sebenarnya tak berapa nak faham. 

tutor sha selalu cakap, buat pelan2, fahamkan. Kadang2 sha fikir, kalau buat pelan2 dan faham pun, tapi dapat sikit je, macam mana nak cover topik lain kan? tapi, takpelah, maybe pada dia, lebih baik kita faham dan tau buat daripada 'macam faham' dan 'macam tau buat'. Kan? hehe..

Dari perspektif yang berbeza, (ayat piawai budak spm buat karangan) aci redah je ni.... ujian sebagai seorang manusia. macam entri sha yang 'AIN`T EASY TAPI SEMUANYA BERHIKMAH' tu... ingat tak? eh, salah soalan, pernah baca tak entri sha yang ni? huhu....=.= Sha tengok orang lain, macam2 ujian yang mereka perlu lalui.. saat nak exam kehilangan orang yang mereka sayang. waktu nak lalui satu daripada bahagian kehidupan yang sangat perit, dikhianat kawan sendiri... 

Dan semua orang boleh nampak betapa kuatnya seseorang tu bila ALLAH beri peluang untuk mereka rasa bagaimana diuji. Bila semua orang dapat rasa betapa tak tertanggungnya bahu kita untuk pikul apa yang dia sedang rasa. betapa perlunya kekuatan mental dan fizikal bila kita perlu jauh dari family. Masa kecil dulu, tak faham lagi macam mana susahnya nak cari duit, macam mana susahnya nak pastikan tengkolok diisi dengan penuh supaya dapat tenaga untuk buat kerja. Kan? 

Bila dah kena belajar jauh2 ni (walaupun tak sejauh Malaysia dengan Korea, tak sejauh Malaysia dengan Russia, malah cuma sekangkang kera dari Johor Bahru ke Tangkak, dari Pekan Baru ke Payamas) dah kene catu makan hari2, baru sedar betapa perlunya buat bajet mingguan supaya duit cukup sampai ke akhir bulan sementara tunggu elaun masuk. (pengalaman beb) keh3...

Baru rasa kesiannya ibu cari duit untuk kita tapi senang2 je kita suka ria beli makanan yang tak mengenyangkan, beli barang yang tak berapa penting. (eh, Terkesat mata sudah) =o Baru terfikir, kita sedang belajar kononnya nak kejar cita2, nak tolong family bila dah kerja nanti, tapi ibu dan ayah kerja kuat untuk bekalkan kita duit untuk belajar. dan kita, tak fikir panjang nak spend duit tu macam mana. Pernah fikir tak semua ni?.... 

Bila kita tak cukup duit, kita mintak diorang duit, tapi kalau diorang tak cukup duit, diorang nak mintak siapa.... kan? [Kenapa sha rasa macam dah off-track?] haish.... ujian2... mungkin masa ni baru kita label situasi kita sebagai sedang diuji, walhal kalau kita fikir semula, semuanya berpunca dari kita yang kadang2 lupa kepentingan berfikir untuk manfaat bersama. 

Maksud sha? sha selalu ketuk kekunci lappy untuk tulis 'simbiosis'. bergantung antara satu sama lain.' cuba kalau kita berfikir sebelum bertindak. Dapat rasa tak macam mana tindakan kita tu nanti mempengaruhi orang lain? atau akan buat orang lain terpengaruh dengan kita? fikir2kanlah.......

i said: be strong!!!

<habis sudah entri yang basah>
wassalam


October 07, 2011

TERIMA KASIH KALIAN!!!

SALAM untuk semua! =)

           Ingat tak dulu masa kita kecik2, orang selalu ajar, cakap terima kasih bila: ada orang beri barang pada kita. Bila, ada orang tolong kita dan macam2 lagi situasi yang buat kita perlu cakap, TERIMA KASIH.  Lalu hari ini, kalian masih practise kan lagi terima kasih tu tak? hm... mestilah masih practice lagi kan? Bagus lah macam tu. ^^


PERNAH RASA TAK?
Rasa apa ek? Rasa happy dan dihargai bila ada orang cakap terima kasih pada kita. Tak kisah lah sebab apa, sebab kita bagi bantuan pada dia ke, sebab kita tolong dia fahamkan soal pelajaran ke, n etc.....(=.=) haha..


Rasa apa ek? Rasa ada lagi orang kat dunia ni yang nak tolong kita waktu kita susah.  Yang tak kisah nak tolong hulurkan bantuan hatta hanya memberikan semangat untuk terus hidup. 


Rasa apa lagi ek? Kesal tolong seseorang sebab dia langsung tak cakap terima kasih pada kita apa lagi nak tunjukkan rasa terima kasih sebab kita dah tolong dia. hm.. yang ni kene zoom sikit. Bukanlah pasang niat bila nak tolong orang, mengharap orang tu akan ingat jasa kita, bukan, tapi at least, appreciate lah sikit apa yang kita dah buat untuk mereka kan? hehe..... complicated betul perenggan ni.. ahah....


Next! Pernah rasa tak seronoknya bila give and take, help each other.. nice kan? that is what we call it simbiosis... =) Balance. so, mari sha simpulkan semua ni.. eceh.... [rasa entri sha dalam blog makin lama makin tak nampak motif dan tujuannya.. haih.... harap sangat kalian faham. hehe]


Terima kasih sebab tolong sha, yang tak berterima kasih kat sha tu sha tak kisah pun.. hehe.... Yang lain2 tu, jangan lupa cakap terima kasih, pada ibu, family, cikgu, kawan2, dan semuanya yang menyumbang aura2 positif dalam proses mendewasakan diri yang macam tak dewasa lagi. keh3....=P

Finally,
 when i say Thanks to them,
 They used to say: Semua benda boleh settle, small matter,  kata kawan, mestilah tolong kawan. 

=) terima kasih korang!!!!

sekian, adiosss =)


August 24, 2011

awan sembilan dah berarak pergi!

Assalamualaikum wbt dan salam satu MALAYSIA untuk semua pembaca yang setia mahupun tidak, yang mengikuti mahupun melalui, semoga sihat2 semuanya...=D 

            Pelik tak? mata yang redup kembali menulis. Kali ni seperti entri2 yang lepas jugak, cuma apa yang lain adalah salutation (betul ke eja ni? haish..) kat atas tu. melebih2 panjangnye. kan? takpe2.... itu bukan fokus sha kali ni. hehe...

AWAN SEMBILAN DAH BERARAK PERGI? havoc betul tajuk kali ni...  =P 


kenapa awan sembilan? kenapa tak sembilan awan ke? awan nano ke? awan mikro ke? eh?... er.... nothing act. saje2... rase macam best je guna tajuk tu. hm. ah! sudah panjang sangat membebel tanpa hala tuju ni. let me start the entri.... (kedengaran soundtrack yang mendayu2 masuk mengiringi ayat pertama entri.) <merepek!!!!>


masa. waktu. ketika. jam. detik. hari. bulan. tahun. dekad. abad. alaf. 
elemen2 di atas membawa kepada perubahan. kan? sape yang tak pernah lalui perubahan? tipulah kalau tak pernah. sebab kalau tak pernah rasakan perubahan, anda tidak mengalami pembesaran ye. sila ambil perhatian, tidak mengalami pembesaran (menengadah langit.)


yup! sha sedang rasakan perubahan yang sangat ketara. 3 bulan yang singkat dah ubah banyak benda dalam hidup. buat masa sekarang perubahan tu masih boleh diterima akal. cuma ada satu dua benda yang kena ambil masa lebih. ambil masa untuk faham kenapa cepat sangat berubah dan kenapa susah sangat sha nak adapt perubahan ni. haih.....


apa yang berubah? cara belajar, kawan baru, sistem pembelajaran yang baru, kawan2 lama yang dah jauh di mata. (e... awatnya chek masuk mood bunga2 nih? out3!!!!) dan macam2 lagi. selalunya benda2 macam ni buat sha duduk dan berfikir, (eceh), ini rupanya yang dikatakan orang, masa dah ubah semuanya. bukan nak salahkan masa semata2, malahan tidak. sha cuma tak berapa nak masuk dengan entah apa2 yang kelihatan baru ni. contohnya? format fb yang tetibe jd baru bila balik haritu. hehe.. contoh tak munasabah. lain?


kenapa rasa awkward dengan kawan2 lama ek? automatik ek rasa macam ni? hm... kadang2 tu rasa macam sha ni terlebih keanak-anakkan sampai kena mengadu pada insan2 yang senasib dengan sha. erk? siapa ye? jeng3.... berbalik semula pada perubahan tadi. changes in terms of bahasa, gaya percakapan, (ade ke patut benda ni jadi isu berbangkit? ish3.... aishah, aishah,,, hahh!) jati diri n bla3... jati diri? ayat stok plkn da....


contoh ye, sha bagi, tapi ni tak ada kene mengena antara yang hidup mahupun yang mati tau!
pernah baca dear yayah tak? kenal suria? jihan? khairi? hm.... mesti tak. sebab ade orang cakap, buku cerita tu hanya sesuai untuk mereka2 yang berumur 12 tahun ke bawah. ade ke patut? tak bestlah macam tu.. emm...


seperti watak hazman ye, bila tercampak jauh sorang2 kat utara tu, jadual hantar `nota kaki` dah tak diikut. kene cari waktu yang betul2 free untuk buat `nota kaki`. bila `nota kaki` tak sampai pada waktu yang dijanjikan, rasa lain tak agaknya yang tunggu `nota kaki` tu? haha.. sentimental punye contoh!


contoh kedua. kalau dulu kalian sangat percaya yang kalian tak akan buat benda2 yang kalian pernah senaraikan sebelum alami sendiri kehidupan yang terdedah kepada perkara2 tersebut. mana yang kalian buat? terus obey dengan senarai2 tu atau break the rules? hangat nih. hangat!!! yeke? ape2 je lah.....


konklusinya? awan sembilan sha, dah tak sepopular dulu. ntah ape2 je ni.. u`re totally off-track aishah!!! betullah.... semua yang kita ada hari ni, takkan kekal. apa yang kita janji harini, belum tentu kita dapat tunaikan. apa yang kita cakap semalam belum tentu kita akan buat hari ni. dan apa yang kita impikan untuk hari esok, bukan semudah abc untuk direalisasikan sebab kekangan masa yang banyak ubah apa yang kita patut buat. as time is gold, gunalah masa yang ada dengan sebaik2 nya sebab kalau tercuri satu saat perkara lain untuk buat sesuatu yang lan, lainlah jadinya nanti.... =)


SAID
i said: hard because it hurts...
she said: anything that doesn`t kill u makes u stronger...
i replied: i want more!
she remind  me: ...live your life, don`t just be alive!!!


sekian, wassalam. =D


August 12, 2011

even it is just a SMILE..... =>

alhamdulillah, sha tulis lagi!


Mesti semua orang pernah dengar lagu senyum kan? senyum, tak perlu kata apa2.... yang ni, lagi kalian pernah dengar kan? 'senyum tu sedekah'. ada jugak yang kata senyum tu penawar duka. betul ke? (macam berbunga2 je ayat ni. hahahh...)


entri kali  ni sha kongsi tentang senyum. kenapa perlu senyum walaupun untuk diri sendiri? (hah? senyum untuk diri sendiri????) kalian tak pernah senyum untuk diri sendiri ke? aisey... tak bestlah macam ni.... senyum walaupun untuk diri sendiri (even senyum macam tersengih2) masih boleh diklasifikasikan sebagai senyum untuk diri sendiri. Sha suka senyum depan cermin. sebab? sha senyum untuk diri sendiri. dari segi psikologinya, (chewah, memandai je.... XD) bila kita senyum, akan rasa gembira, akan rasa positif, akan rasa selesa dan rasa bersemangat! yeah!!.


Kalau senyum untuk orang lain pulak, samelah macam kita bersedekah. kan? (macam ayat yang kat atas tadi). tapi, apa kalian akan rasa bila orang lain tak balas senyum kalian dengan senyum jugak? (habis tu mereka balas senyum kalian dengan ape?) mungkin,
         1) dengan balas senyum kita dengan senyuman dia yang paling manis! =)
         2) dengan pandang belakang untuk meyakinkan yang kita sedang tersenyum pada   
             mereka. (grrrrr....)
         3) dengan menjulingkan mata ke atas ataupun pandang tempat lain. (eee...... teruklah  
            macam ni. kan? ke tak?) hm.... [sambil kening sebelah terangkat. haha....] 


Apa salahnya kalau balas senyum dengan senyum kan? sha tak suka bila orang balas senyum dengan buat tak tau je.. haiya..... tak de semangat ke nak hidup ke? huhu.. takpe2, fikir positif! mungkin bibir dia sakit kalau tersenyum.. hoho..


so, boleh di thesis statement kan topik kali ni dengan, senyum menaikkan aura positif dalam hidup kita, selain mendapat pahala kerana bersedekah dan mewujudkan satu suasana yang kondusif dalam suatu komuniti. 


lepas ni, apa salahnya kalau kalian senyum untuk diri sendiri, (tapi make sure tak de orang perasan atau orang lain akan pelik dengan anda.) macam mana nak senyum untuk diri sendiri? senang je, pergi depan cermin, senyumlah! feel it! u will see the difference! hehe..


me: jangan lupa senyum macam ni, =) . baru comel!
she said: tq!
< dont forget to remind each other to smile! >

=) sekian, adioss...





July 16, 2011

KEMBALI MENULIS... ^^

dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...

sha tulis,
Apa yang kite perlu sekarang? masa terus berjalan dan tak akan pernah berhenti. "roda memang telah berputar." Satu fasa baru dalam kamus hidup dah dibuka. berjalan dan terus berjalan. tanpa sokongan? dengan sokongan? tak perlu dipersoalkan. sebab bila kita perlu, akan ada yang datang. InsyALLAH. tanpa kita sedar atau kita sedar, sengaja atau tak sengaja.

Bila kita perlu study? betul ke bila exam dah dekat? bila kita perlukan sokongan? selepas kita jatuh ataupun sebelum kita jatuh? siapa yang nak sokong kita? diri sendiri? family? kawan2? bila kita rasa 24 jam sehari tak cukup untuk buat semua benda, kita fikir tak kalau sehari ada lebih dari 24 jam, apa yang kita akan buat? too much question mark here.... any relevant answers? 

kita perlukan diri sendiri bersedia. siapa yang akan sokong kita tak kira secara langsung mahupun tidak, secara lisan mahupun perbuatan, secara halus mahupun kasar, semua tu tak penting. didik diri sendiri untuk sokong jasad yang sedang berdiri ni. tak boleh nak harap orang lain sokong kita sebab kalau tak ad sokongan dari dalam, sakit yang amat bila dah jatuh terduduk.

`sokong' = semangat.

biasakan hati pujuk diri sendiri. macam yang sha cakap dalam entri sebelum ni. pujuk diri sendiri. sebab semangat lahir daripada pujukan. aiyoo, bukan pujuk rayu nak mintak barang idaman dari sesiapa, tapi pujuk yang membekalkan semangat. kenapa kena pujuk diri sendiri? sebab tak semua orang tau bila kita makan hati, bila kita merajuk, bila kita down.. pokok pangkalnya, diri sendiri. =P yang penting hati!!!

bila kita perlukan masa untuk buat kerja, kita perlukan fokus. baru kerja boleh siap dengan jayanya kan? huh? (macam tak boleh faham ayat sendiri. hahah) . bila kita perlukan sokongan? saat lutut rasa longgar dan hampir terjatuh, saat keyakinan dalam diri at low level. Bila kita perlukan masa untuk diri sendiri? bila terlalu banyak masa yang kita peruntukkan untuk orang lain.. Bila kita perlu keluarkan apa yang kita simpan? bila kita rasa tak tertanggung beban di bahu...

she said: awak boleh! sebab semua orang boleh buat!!
me: thanks dearie! =)

May 21, 2011

entri terskema setakat ni..


Perjalanan hidup kita masih jauh...
kita tak tau bila masa kita akan berakhir, sebab tu perjalanan kita masih jauh dan tak tau dah dekat, atau masih jauh...

Wargh!!! <-
crying? <=
Nope! <-
Then? <=

memikirkan dialog yang satu ni, "PERJALANAN HIDUP KITA MASIH JAUH......"

sha mulakan entri kali ni dengan melabelkan entri kali ni sebagai entri terskema setakat ni sebab kali ni elemen2 hikmah, memikir dan mari berfikir seperti kurang... (kerana tiada bahan dan idea)..
ape yang sha fikir? kawan2... perjalanan hidup kita masih jauh. kita baru melepasi setapak ke hadapan daripada garisan permulaan...kalau ada antara mereka yang mengatakan hidup mereka terlalu susah untuk ditempuh, ternyata silap.

baru mula untuk belajar makna HIDUP. 
baru bukak buku ABC dalam teori HIDUP.
baru diberi uniform baru dalam sekolah HIDUP.

kali ni, takde lagi nak kata saya tak boleh. apa yang datang, itu yang perlu ditempuh. kalau dulu ada keluarga sebab kita masih pakai title 'budak sekolah @ budak bawah umur'. tapi sekarang, ape2 keputusan semua atas bahu kita, berani atau takut, bukan masalah orang lain lagi. masalah diri sendiri.. kalau dulu orang cakap, "kau kan budak kecik!", sekarang orang akan cakap, " sedar tak kau dah besar?"

[merepek kan? aduss.... cam takde halatuju je entri ni... =.=]

kita dah besar kan? kita dah boleh fikir guna logik akal kan? kawan2, ini untuk kalian. Blog ni dedikasi untuk kalian... kerana wujudnya perkongsian yang tidak nampak, ini sebahagian daripada friendship kita. kalau harini kalian dekat dengan sha, tak mustahil 1 day, kalian jauh dari sha... sebab perjalanan yang jauh, possibility untuk sesat, kereta rosak dan sbgnya dalam perjalanan kita tak tau.. siapa jadi padi, siapa jadi lalang...

[over baca novel punya pasal campur lagi baru lepas tengok, nur kasih the movie...] bias!

jauh lagi bukan bermakna kita banyak masa untuk bersuka ria, 
jauh lagi bkan bermakna kita banyak masa untuk leka,
jauh lagi bukan bermakna kita tak perlu fikir apa akan jadi dengan hidup kita,
jauh lagi bermakna, banyak lagi ruang kosong untuk kita membesar menjadi dewasa, 
dewasa untuk diri sendiri, untuk orang lain...

JUST, 
dont know how to tell,
about the truth...

kebenaran untuk mereka tahu i love them! 

untuk mereka,
sekian, adioss!!!
 *entri paling teruk dalam dunia.

someone said: dah bertongkat pun ada hati lagi nak belajar kat situ?
and i : ....sekadar senyum sambil berkata dalam hati, "untuk mereka yang pernah dipandang rendah oleh orang lain, persetankan kata2 mereka. itu hanya kata2 orang yang takut melihat kejayaan orang lain"

 untuk `someone said`, sha hanya akan tersenyum SINIS. semoga mereka faham.




May 12, 2011

relationSHIPs????

tajuk yang panas. hot n spicy. 


couple? kekasih? buah hati? euwwwww... (buat masa ni) =.=
sorry to say lah. tak berminat. aiyarkk!!
fokus sekarang sepatutnya study. belajar dan belajar atau ape2 j yang boleh dibuat selain daripada relationships yang ... (semua orang faham).


sha tengok orang lain, ade yang happy jek dengan couple diorang tu. ade yang asyik2 nak gaduh tapi kononnya gaduh2 sayang. (what ever ~~). ade gak yang spesies (er.. macam mane eja spesis? apsal dah lupa? aduss) macam sha.. study comes first. love? later


entri ni dibuat bukan bertujuan nak menghentam mahupun memboikot mereka yang bercouple, tapi i just want to share my opinion. pros and cons.. eceh, berjaya habis wat ayat in english dua baris... tak taulah orang lain fikir apa, tapi kalau sha, dari menyemakkan kepala fikir perkara yang tak menjanjikan apa2, baik move on dengan perkara yang berfaedah walaupun tak menjamin apa2.. contohnya, belajar, fokus pada family, fokus pada friendship yang dah sedia ada terjalin.(ayat skema setakat ni)...


i`m not interested in making new friends..(tapi taklah sampai cakap "saya taknak kawan dengan awak!"). lebih baik jaga apa yang kita ada. contoh mudah, beli barang baru, harta benda kita akan jadi bertambah banyak. nak jaga semua supaya cantik dalam keadaan terjaga memang payah. lagipun makan tempat. perlukan ruang untuk meletakkan barang yang diisi.  JANGAN SALAH FAHAM DENGAN CONTOH YANG SHA BERIKAN NI, BUKAN NAK SAMAKAN KAWAN2 DENGAN  BARANG. TAPI, NI CONTOH PALING MUDAH. 


relationships pulak, (kembali ke tajuk asal) banyak faedah dan keburukannya..
ada orang akan jadi sangat bersemangat untuk teruskan apa2 yang dia sedang buat dan akan buat sebab dia tau, no matter what, ada orang kat belakang dia, jadi wonderwall yang takkan mudah roboh untuk dia. yang boleh kongsi suka duka hidup dia, yang boleh give and take dalam banyak perkara. syaratnya, jangan 'terlebih sudah`. 


dari segi pelajaran pula, orang2 yang tergolong dalam golongan ni akan sentiasa bersemangat nak belajar. (segelintir sahaja). sebab tu parents sangat risau kalau ank2 mereka terjebak dalam kancah Cinta MOnyet ni . mereka tak yakin yang anak2 mereka ada dalam golongan yang mana. sama ada golongan yang teruskan hidup dengan lebih bersemangat atau terus hanyut dalam dunia mereka sendiri. (ini sangat bahaya!)


keburukannya pula bila kedua2 belah pihak tak de rasa tanggungjawab nak tarik balik partner diorang ke alam nyata bila dah angau habis. takde benda lain yang nak dibualkan selain daripada janji manis gula tebu dan ayat bunga2 tahi ayam yang belum tentu tertunai. belajar entah ke mana, personal life entah macam mana dan ape2 lagi entah macam mana. semua benda tolak tepi, yang ditarik ke tengah cuma, relationships yang mereka ada.


kesimpulannya, lagi best kalau masih single. takde orang kawal nak buat apa. (untuk mereka yang berpartnerkan mereka2 yang cemburu buta). lagi semangat kalau partner tu tau hala tuju hidup. er..... maksudnya, boost up semangat kita untuk belajar. kejar cita2... mungkin jadikan diorang batu loncatan tapi batu tu bukan sebarang batu. (mungkinlah kot..hehe)


sha pun tak pernah melibatkan diri dalam industri kecil couple2, partner2 ni, tapi sha tengok orang lain, dari situ sha dapat buat entri ni... happy jugak tengok mereka yang bahagia. er... jealous? taklah, buat apa nak jealous. masing2 ada jalan hidup masing2...yang selalu gaduh2 tu pulak, sangat menakutkan sha, (susahnye lah kalau macam tu..) tapi tak beranilah nak mengutarakan pendapat sha ni pada mereka tu, tak pasal2 je nanti...


entri kali ni takde `he said, she said` sebab takde yang sha ingat dan sesuai untuk entri ni. almaklumlah, takde pengalaman... o.o 


tapi ada nota kaki.
 ------->--@ " tak perlu mencari, sebab bila sampai masa, akan ada yang datang, masa tu nak sembunyi disebalik tembok cina pun tak guna. yang datang tu akan cari jugak!"
 [berdasarkan sebuah puisi yang ditulis oleh seorang sahabat. dedikasi untuk sha. tapi sampai sekarang tak faham kenapa mesti sebut pasal ni dalam puisi tu.. ~~]
akhir kata, jangan ada yang kecil hati atau tersinggung. ini cuma pandangan dari perspektif yang berbeza. buang yang keruh ambil yang jernih. 10 jari disusun klau ad yang terasa.


sekian, wassalam.. =)

May 09, 2011

TAK RETI... sebab malu atau apa?

HARI IBU. 
<malu atau apa?>
ada orang spill habis kat ibu diorang. menangis di bahu ibu mereka, menangis dalam pelukan ibu mereka...
(tak tau nak sambung dengan ayat apa. sebab sha bukan jenis yang macam ni. aisey...)

sha? sha selalu mintak ibu peluk sha. (hari2) kiss pipi sha (hari2 jugak =D) tapi malu nak nangis depan ibu. er....sebab ape ea?... TAK RETI? ke sebab MALU? entah. sha pun tak tau.
oleh kerana niat mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi sedikit perkara2 simple yang berlaku dalam hidup supaya orang lain boleh terfikir dan berfikir sha beritahu...

ibu seorang. seorang. seorang. dan seorang. problemo orang dewasa, duit, kerja, anak, rumah, kereta, makan, penat n etc.

if i cry, in front of her, for silly reasons, messy, does it worth?
silly reasons? things that nobody care but i care. 
messy? things that adults response with "this is what we call LIFE." ,"STRONG! u just complicating ur life" n bla3...

(saya. seorang yang tidak reti bersedih2 depan family. saya, seorang yang agak keras kepala dengan family. hakikatnya... dont know what to say. be happy for them. them : my mom n important people. my younger brother: kene strict! kene garang! kene bagi contoh! ~~)

[saya. ' somebody else' dengan kawan2. gila2. mungkin. talk-active.]

<saya. dengan strangers: boleh jadi sangat peramah. adakala sangat sinis.>

another HE said : kau hiprokit!
me: am I?!!! (bukan hipokrit. mungkin ego.)

Ibu yang saya kenal seorang yang sangat kuat. tatkala melihat orang lain jatuh, ibu masih tegak berdiri. tatkala melihat orang lain menangis, ibu masih seperti biasa. tatkala melihat orang lain masih berdua. ibu masih seorang, Tatkala melihat orang lain tak tentu arah dengan godaan dunia, ibu masih bersama kami. tatkala sabar orang lain terbang di bawa angin, ibu masih lagi mendidik kami. "sabar. sabar dan sabar" 

dan kalian rasa sha pernah luahkan TATKALA ini pada ibu? jawapannya tak pernah. sebab sha tak reti. tak reti sebab hati sha... takut menangis... haha.. see... said already, tak hipokrit, mungkin ego.... thanks to HE (him). aku tak hipokrit!!! kalau aku hipokrit, aku tak kata aku mungkin ego. terima kasih. 

entri paling keras dan kaku tanpa nyawa kerana ego. dull tapi masih mengharap, semoga entri ni beharga. susah nak confess. i LOVE you MOM!!! 
[ berani cakap kat sini sebab tau ibu takkan baca] kot...
sebab? sayang pada ibu tak boleh dinilaikan dengan apa2..
 tak terkata. tidak terkata..
ADIOSS


May 04, 2011

JAUH atau DEKAT?

dedicated tu my 'u' =)

Friendship mana yang best? dekat ke jauh? wah, best ni kalau nak dikupas satu persatu.... dunia sekarang dah maju.. zaman dah berubah.. teknologi rapatkan yang jauh... jangan lupa, boleh jadi teknologi jugak jauhkan yang dekat.... benda ni boleh jadi bila2 masa, dengan macam2 cara..

Bila berkawan, macam2 jenis kawan yang kita akan jumpa. bergantung pada seseorang untuk define friendship tu sendiri [copy ayat orang lagi] hehe.... ada orang berkawan sebab mahukan kesenangan, jadikan kawan sebagai batu loncatan..ada orang berkawan sebab takut sendirian [perkataan skema]. yang paling indah ialah berkawan LILLAHI TA`ALA..kerana ALLAH.

Bila berkawan kerana Dia, tanpa sebab kita akan jadi bersungguh2 untuk berkawan. kita struggle untuk jaga friendship tu. no matter what, right? itupun kalau betul lah kita ikhlas.. kerana ukhwah....

apa yang best bila jauh?
kita tunggu mereka,
kita uji diri sendiri,
n etc...
untuk diterangkan dengan satu perkataan, SWEET.

ok, kalau dekat pulak?
takut nanti susah nak menegur apa yang salah. almaklumlah, bukan senang nak tegur kawan, banyak hati yang perlu dijaga. kan? kita takut mereka leka, tapi tak tau macam mana nak tegur. at least kalau jauh, kita boleh bincang tanpa ramai orang ketiga, keempat dan seterusnya...

banyak lagi yang nak sha huraikan beserta contoh, tapi...... panjang2 pun kalau tak dibaca, sha syok sendiri. haha...

kesimpulannya,
bila kita berkawan, ibaratkan seperti gelas kaca yang baru, cantik tapi mudah pecah. cantik tapi senang retak.... sedangkan gelas yang retak pun kalau masih diguna untuk meneguk air, bahaya, bibir mudah terluka... kalau gelas tu pecah, kita cantumkan semula dengan gam yang paling kuat, masih nampak bilah retaknya, tak cantik....

jadi, jagalah sebelum retak. jagalah sebelum pecah... 

kerana jauh itu sabar,
kerana dekat itu manis,
ALLAH MAHA BESAR,
indahnya hidup bersahabat keranamu YA ALLAH!!!


my dear she said: biar roboh kota yang dibina...
                      me: ^^ [smiling!!]
wassalam. =P

April 28, 2011

jangan lupa, SAYA juga manusia!!!

mata yang redup kembali menulis! ^^


salam 1 Malaysia untuk semua. teruskan membaca celoteh yang agak simple ni. yes! i am a human too, living things, a girl with a small heart, n suitable etc. Nah, sha jugak manusia.... 


about the previous entri that i wrote before...
entri2 yg sebelum ni memang ditulis dengan sebab yang munasabah.. salah satu sebab memang untuk pujuk diri sendiri... lain2 sebab adalah untuk org lain baca pujuk rayu diri sendiri untuk diri sendiri dan mungkin boleh diguna pakai untuk orang lain dalam keadaan lain tapi masih berpaksi pada sebab yang sama.... 


me said: sigh comes first / keluh kesah datang dulu (sebab macam ad grammar error) aisey... merepek...


tapi tak bermaksud lah sha ni kuat habis sampai buat tak tau j klau ad masalah. jangan nanti anda mengatakan saya seorang yang, `cakap tak serupa bikin`, sebab sha jugak manusia....
ada masa tough, ad masa terkulai, ada masa berlari, ada masa mengengsot dan orang disekeliling sangat2 memainkan peranan!


tak tau nak tulis apa lg...... sebab, jangan lupa saya juga manusia! 
ADA MASA IDEA MENCURAH MACAM AIR TERJUN NIAGARA, ADA MASA IDEA SAYA KERING MACAM GELAS KOSONG YANG TAK BERISI AIR...


credit to everyone especially my family  for everything that y`all did for me, for the happiness that y`all shared with me, for the  `everything`.
..... juz wanna say, thank you so much!!!
[mom, younger brother, brothers, sisters, cousins, aunts, uncles n everyone lah!!!] 


maaf, entri skema. adiosss =)