harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

May 21, 2011

entri terskema setakat ni..


Perjalanan hidup kita masih jauh...
kita tak tau bila masa kita akan berakhir, sebab tu perjalanan kita masih jauh dan tak tau dah dekat, atau masih jauh...

Wargh!!! <-
crying? <=
Nope! <-
Then? <=

memikirkan dialog yang satu ni, "PERJALANAN HIDUP KITA MASIH JAUH......"

sha mulakan entri kali ni dengan melabelkan entri kali ni sebagai entri terskema setakat ni sebab kali ni elemen2 hikmah, memikir dan mari berfikir seperti kurang... (kerana tiada bahan dan idea)..
ape yang sha fikir? kawan2... perjalanan hidup kita masih jauh. kita baru melepasi setapak ke hadapan daripada garisan permulaan...kalau ada antara mereka yang mengatakan hidup mereka terlalu susah untuk ditempuh, ternyata silap.

baru mula untuk belajar makna HIDUP. 
baru bukak buku ABC dalam teori HIDUP.
baru diberi uniform baru dalam sekolah HIDUP.

kali ni, takde lagi nak kata saya tak boleh. apa yang datang, itu yang perlu ditempuh. kalau dulu ada keluarga sebab kita masih pakai title 'budak sekolah @ budak bawah umur'. tapi sekarang, ape2 keputusan semua atas bahu kita, berani atau takut, bukan masalah orang lain lagi. masalah diri sendiri.. kalau dulu orang cakap, "kau kan budak kecik!", sekarang orang akan cakap, " sedar tak kau dah besar?"

[merepek kan? aduss.... cam takde halatuju je entri ni... =.=]

kita dah besar kan? kita dah boleh fikir guna logik akal kan? kawan2, ini untuk kalian. Blog ni dedikasi untuk kalian... kerana wujudnya perkongsian yang tidak nampak, ini sebahagian daripada friendship kita. kalau harini kalian dekat dengan sha, tak mustahil 1 day, kalian jauh dari sha... sebab perjalanan yang jauh, possibility untuk sesat, kereta rosak dan sbgnya dalam perjalanan kita tak tau.. siapa jadi padi, siapa jadi lalang...

[over baca novel punya pasal campur lagi baru lepas tengok, nur kasih the movie...] bias!

jauh lagi bukan bermakna kita banyak masa untuk bersuka ria, 
jauh lagi bkan bermakna kita banyak masa untuk leka,
jauh lagi bukan bermakna kita tak perlu fikir apa akan jadi dengan hidup kita,
jauh lagi bermakna, banyak lagi ruang kosong untuk kita membesar menjadi dewasa, 
dewasa untuk diri sendiri, untuk orang lain...

JUST, 
dont know how to tell,
about the truth...

kebenaran untuk mereka tahu i love them! 

untuk mereka,
sekian, adioss!!!
 *entri paling teruk dalam dunia.

someone said: dah bertongkat pun ada hati lagi nak belajar kat situ?
and i : ....sekadar senyum sambil berkata dalam hati, "untuk mereka yang pernah dipandang rendah oleh orang lain, persetankan kata2 mereka. itu hanya kata2 orang yang takut melihat kejayaan orang lain"

 untuk `someone said`, sha hanya akan tersenyum SINIS. semoga mereka faham.




May 12, 2011

relationSHIPs????

tajuk yang panas. hot n spicy. 


couple? kekasih? buah hati? euwwwww... (buat masa ni) =.=
sorry to say lah. tak berminat. aiyarkk!!
fokus sekarang sepatutnya study. belajar dan belajar atau ape2 j yang boleh dibuat selain daripada relationships yang ... (semua orang faham).


sha tengok orang lain, ade yang happy jek dengan couple diorang tu. ade yang asyik2 nak gaduh tapi kononnya gaduh2 sayang. (what ever ~~). ade gak yang spesies (er.. macam mane eja spesis? apsal dah lupa? aduss) macam sha.. study comes first. love? later


entri ni dibuat bukan bertujuan nak menghentam mahupun memboikot mereka yang bercouple, tapi i just want to share my opinion. pros and cons.. eceh, berjaya habis wat ayat in english dua baris... tak taulah orang lain fikir apa, tapi kalau sha, dari menyemakkan kepala fikir perkara yang tak menjanjikan apa2, baik move on dengan perkara yang berfaedah walaupun tak menjamin apa2.. contohnya, belajar, fokus pada family, fokus pada friendship yang dah sedia ada terjalin.(ayat skema setakat ni)...


i`m not interested in making new friends..(tapi taklah sampai cakap "saya taknak kawan dengan awak!"). lebih baik jaga apa yang kita ada. contoh mudah, beli barang baru, harta benda kita akan jadi bertambah banyak. nak jaga semua supaya cantik dalam keadaan terjaga memang payah. lagipun makan tempat. perlukan ruang untuk meletakkan barang yang diisi.  JANGAN SALAH FAHAM DENGAN CONTOH YANG SHA BERIKAN NI, BUKAN NAK SAMAKAN KAWAN2 DENGAN  BARANG. TAPI, NI CONTOH PALING MUDAH. 


relationships pulak, (kembali ke tajuk asal) banyak faedah dan keburukannya..
ada orang akan jadi sangat bersemangat untuk teruskan apa2 yang dia sedang buat dan akan buat sebab dia tau, no matter what, ada orang kat belakang dia, jadi wonderwall yang takkan mudah roboh untuk dia. yang boleh kongsi suka duka hidup dia, yang boleh give and take dalam banyak perkara. syaratnya, jangan 'terlebih sudah`. 


dari segi pelajaran pula, orang2 yang tergolong dalam golongan ni akan sentiasa bersemangat nak belajar. (segelintir sahaja). sebab tu parents sangat risau kalau ank2 mereka terjebak dalam kancah Cinta MOnyet ni . mereka tak yakin yang anak2 mereka ada dalam golongan yang mana. sama ada golongan yang teruskan hidup dengan lebih bersemangat atau terus hanyut dalam dunia mereka sendiri. (ini sangat bahaya!)


keburukannya pula bila kedua2 belah pihak tak de rasa tanggungjawab nak tarik balik partner diorang ke alam nyata bila dah angau habis. takde benda lain yang nak dibualkan selain daripada janji manis gula tebu dan ayat bunga2 tahi ayam yang belum tentu tertunai. belajar entah ke mana, personal life entah macam mana dan ape2 lagi entah macam mana. semua benda tolak tepi, yang ditarik ke tengah cuma, relationships yang mereka ada.


kesimpulannya, lagi best kalau masih single. takde orang kawal nak buat apa. (untuk mereka yang berpartnerkan mereka2 yang cemburu buta). lagi semangat kalau partner tu tau hala tuju hidup. er..... maksudnya, boost up semangat kita untuk belajar. kejar cita2... mungkin jadikan diorang batu loncatan tapi batu tu bukan sebarang batu. (mungkinlah kot..hehe)


sha pun tak pernah melibatkan diri dalam industri kecil couple2, partner2 ni, tapi sha tengok orang lain, dari situ sha dapat buat entri ni... happy jugak tengok mereka yang bahagia. er... jealous? taklah, buat apa nak jealous. masing2 ada jalan hidup masing2...yang selalu gaduh2 tu pulak, sangat menakutkan sha, (susahnye lah kalau macam tu..) tapi tak beranilah nak mengutarakan pendapat sha ni pada mereka tu, tak pasal2 je nanti...


entri kali ni takde `he said, she said` sebab takde yang sha ingat dan sesuai untuk entri ni. almaklumlah, takde pengalaman... o.o 


tapi ada nota kaki.
 ------->--@ " tak perlu mencari, sebab bila sampai masa, akan ada yang datang, masa tu nak sembunyi disebalik tembok cina pun tak guna. yang datang tu akan cari jugak!"
 [berdasarkan sebuah puisi yang ditulis oleh seorang sahabat. dedikasi untuk sha. tapi sampai sekarang tak faham kenapa mesti sebut pasal ni dalam puisi tu.. ~~]
akhir kata, jangan ada yang kecil hati atau tersinggung. ini cuma pandangan dari perspektif yang berbeza. buang yang keruh ambil yang jernih. 10 jari disusun klau ad yang terasa.


sekian, wassalam.. =)

May 09, 2011

TAK RETI... sebab malu atau apa?

HARI IBU. 
<malu atau apa?>
ada orang spill habis kat ibu diorang. menangis di bahu ibu mereka, menangis dalam pelukan ibu mereka...
(tak tau nak sambung dengan ayat apa. sebab sha bukan jenis yang macam ni. aisey...)

sha? sha selalu mintak ibu peluk sha. (hari2) kiss pipi sha (hari2 jugak =D) tapi malu nak nangis depan ibu. er....sebab ape ea?... TAK RETI? ke sebab MALU? entah. sha pun tak tau.
oleh kerana niat mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi sedikit perkara2 simple yang berlaku dalam hidup supaya orang lain boleh terfikir dan berfikir sha beritahu...

ibu seorang. seorang. seorang. dan seorang. problemo orang dewasa, duit, kerja, anak, rumah, kereta, makan, penat n etc.

if i cry, in front of her, for silly reasons, messy, does it worth?
silly reasons? things that nobody care but i care. 
messy? things that adults response with "this is what we call LIFE." ,"STRONG! u just complicating ur life" n bla3...

(saya. seorang yang tidak reti bersedih2 depan family. saya, seorang yang agak keras kepala dengan family. hakikatnya... dont know what to say. be happy for them. them : my mom n important people. my younger brother: kene strict! kene garang! kene bagi contoh! ~~)

[saya. ' somebody else' dengan kawan2. gila2. mungkin. talk-active.]

<saya. dengan strangers: boleh jadi sangat peramah. adakala sangat sinis.>

another HE said : kau hiprokit!
me: am I?!!! (bukan hipokrit. mungkin ego.)

Ibu yang saya kenal seorang yang sangat kuat. tatkala melihat orang lain jatuh, ibu masih tegak berdiri. tatkala melihat orang lain menangis, ibu masih seperti biasa. tatkala melihat orang lain masih berdua. ibu masih seorang, Tatkala melihat orang lain tak tentu arah dengan godaan dunia, ibu masih bersama kami. tatkala sabar orang lain terbang di bawa angin, ibu masih lagi mendidik kami. "sabar. sabar dan sabar" 

dan kalian rasa sha pernah luahkan TATKALA ini pada ibu? jawapannya tak pernah. sebab sha tak reti. tak reti sebab hati sha... takut menangis... haha.. see... said already, tak hipokrit, mungkin ego.... thanks to HE (him). aku tak hipokrit!!! kalau aku hipokrit, aku tak kata aku mungkin ego. terima kasih. 

entri paling keras dan kaku tanpa nyawa kerana ego. dull tapi masih mengharap, semoga entri ni beharga. susah nak confess. i LOVE you MOM!!! 
[ berani cakap kat sini sebab tau ibu takkan baca] kot...
sebab? sayang pada ibu tak boleh dinilaikan dengan apa2..
 tak terkata. tidak terkata..
ADIOSS


May 04, 2011

JAUH atau DEKAT?

dedicated tu my 'u' =)

Friendship mana yang best? dekat ke jauh? wah, best ni kalau nak dikupas satu persatu.... dunia sekarang dah maju.. zaman dah berubah.. teknologi rapatkan yang jauh... jangan lupa, boleh jadi teknologi jugak jauhkan yang dekat.... benda ni boleh jadi bila2 masa, dengan macam2 cara..

Bila berkawan, macam2 jenis kawan yang kita akan jumpa. bergantung pada seseorang untuk define friendship tu sendiri [copy ayat orang lagi] hehe.... ada orang berkawan sebab mahukan kesenangan, jadikan kawan sebagai batu loncatan..ada orang berkawan sebab takut sendirian [perkataan skema]. yang paling indah ialah berkawan LILLAHI TA`ALA..kerana ALLAH.

Bila berkawan kerana Dia, tanpa sebab kita akan jadi bersungguh2 untuk berkawan. kita struggle untuk jaga friendship tu. no matter what, right? itupun kalau betul lah kita ikhlas.. kerana ukhwah....

apa yang best bila jauh?
kita tunggu mereka,
kita uji diri sendiri,
n etc...
untuk diterangkan dengan satu perkataan, SWEET.

ok, kalau dekat pulak?
takut nanti susah nak menegur apa yang salah. almaklumlah, bukan senang nak tegur kawan, banyak hati yang perlu dijaga. kan? kita takut mereka leka, tapi tak tau macam mana nak tegur. at least kalau jauh, kita boleh bincang tanpa ramai orang ketiga, keempat dan seterusnya...

banyak lagi yang nak sha huraikan beserta contoh, tapi...... panjang2 pun kalau tak dibaca, sha syok sendiri. haha...

kesimpulannya,
bila kita berkawan, ibaratkan seperti gelas kaca yang baru, cantik tapi mudah pecah. cantik tapi senang retak.... sedangkan gelas yang retak pun kalau masih diguna untuk meneguk air, bahaya, bibir mudah terluka... kalau gelas tu pecah, kita cantumkan semula dengan gam yang paling kuat, masih nampak bilah retaknya, tak cantik....

jadi, jagalah sebelum retak. jagalah sebelum pecah... 

kerana jauh itu sabar,
kerana dekat itu manis,
ALLAH MAHA BESAR,
indahnya hidup bersahabat keranamu YA ALLAH!!!


my dear she said: biar roboh kota yang dibina...
                      me: ^^ [smiling!!]
wassalam. =P