harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

July 16, 2011

KEMBALI MENULIS... ^^

dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...

sha tulis,
Apa yang kite perlu sekarang? masa terus berjalan dan tak akan pernah berhenti. "roda memang telah berputar." Satu fasa baru dalam kamus hidup dah dibuka. berjalan dan terus berjalan. tanpa sokongan? dengan sokongan? tak perlu dipersoalkan. sebab bila kita perlu, akan ada yang datang. InsyALLAH. tanpa kita sedar atau kita sedar, sengaja atau tak sengaja.

Bila kita perlu study? betul ke bila exam dah dekat? bila kita perlukan sokongan? selepas kita jatuh ataupun sebelum kita jatuh? siapa yang nak sokong kita? diri sendiri? family? kawan2? bila kita rasa 24 jam sehari tak cukup untuk buat semua benda, kita fikir tak kalau sehari ada lebih dari 24 jam, apa yang kita akan buat? too much question mark here.... any relevant answers? 

kita perlukan diri sendiri bersedia. siapa yang akan sokong kita tak kira secara langsung mahupun tidak, secara lisan mahupun perbuatan, secara halus mahupun kasar, semua tu tak penting. didik diri sendiri untuk sokong jasad yang sedang berdiri ni. tak boleh nak harap orang lain sokong kita sebab kalau tak ad sokongan dari dalam, sakit yang amat bila dah jatuh terduduk.

`sokong' = semangat.

biasakan hati pujuk diri sendiri. macam yang sha cakap dalam entri sebelum ni. pujuk diri sendiri. sebab semangat lahir daripada pujukan. aiyoo, bukan pujuk rayu nak mintak barang idaman dari sesiapa, tapi pujuk yang membekalkan semangat. kenapa kena pujuk diri sendiri? sebab tak semua orang tau bila kita makan hati, bila kita merajuk, bila kita down.. pokok pangkalnya, diri sendiri. =P yang penting hati!!!

bila kita perlukan masa untuk buat kerja, kita perlukan fokus. baru kerja boleh siap dengan jayanya kan? huh? (macam tak boleh faham ayat sendiri. hahah) . bila kita perlukan sokongan? saat lutut rasa longgar dan hampir terjatuh, saat keyakinan dalam diri at low level. Bila kita perlukan masa untuk diri sendiri? bila terlalu banyak masa yang kita peruntukkan untuk orang lain.. Bila kita perlu keluarkan apa yang kita simpan? bila kita rasa tak tertanggung beban di bahu...

she said: awak boleh! sebab semua orang boleh buat!!
me: thanks dearie! =)