harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

December 18, 2011

Tak salah kan kalau kita tegur?...

Assalamualaikum wbt. semua! Mata yang redup dah tak berapa nak redup lagi sebab dah macam panda akibat 
stay-up di tengah malam. huhu..

Dah lama sangat tak update blog ni, update pun entri yang entah apa-apa kan? ish3.... Lalu sha memutuskan untuk kembali ke track asal. Jom kita fikir lagi!

Elaun dah masuk! sesungguhnya terlepaslah sikit azab nak ikat perut sementara tunggu elaun masuk dulu.. Masalahnya disini adalah, ADAKAH KITA MENGGUNAKAN ELAUN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN? atau, ADAKAH KITA TELAH MENGURUSKAN KEWANGAN KITA DENGAN BAIK? dan ADAKAH ANDA BERFIKIR BAHAWA, DUIT YANG KERAJAAN BAGI TU BOLEH DIBUAT UNTUK 'BERFOYA-FOYA?'

Kenapa sha tanya? sebab manusia mudah lupa. Mungkin dulu masa elaun tak masuk lagi, semua sibuk buat azam kalau elaun dah masuk nak pakai dengan baik. Tapi ade je kan sesetengah antara kita ni lupa diri sebab dah dikaburi dengan sejumlah wang yang banyak dalam bank.

Memanglah elaun tu hak kita dan terpulang pada kita untuk menentukan cara yang sepatutnya kita salurkan duit tu. Duit tu kan kita boleh buat beli buku, tampung belanja makan dan bayar duit fotostat untuk nota-nota kuliah kan? Tak dinafikan lah, sha pun kadang-kadang berkira sangat pasal duit ni. maklum saja, orang yang pernah bekerja je yang tau macam mana susahnya nak dapatkan duit. dah penat-penat kerja, tau pulak nak cermat-cermat pakai duit kan? Tapi kenapa bila dah senang-senang dapat duit, kita pun senang-senang je nak gunakan duit tu sewenang-wenangnya. 

Untuk apa kita salurkan duit tu pun satu hal lagi. Untuk buat kita kenyang ke, untuk buat kita senang faham bila belajar ke, atau.........untuk buat diri kita terbakar? eh?... hm..... Untuk 'berfoya'foya'? eh lagi... hm...Kalian faham tak maksud berfoya - foya kat sini? haha, ni vocab baru yang sha dapat sepanjang sha belajar kat matrik ni. Berfoya-foya tu maksudnya bersenang-lenang membuat sesuatu. contoh ayat, "Berfoya-foya kau eh buat benda alah ni!" macam sinonim dengan buat sesuatu tanpa berfikir panjang gitulah.. hm..

Sha tak pasti sama ada mesej sha sampai atau tak untuk kalian faham. Tapi banyak yang tersirat kat sini. Kita dah besar panjang, sepatutnya tahu mana satu baik, mana satu buruk. Kalau kita mahukan sesuatu yang  baik dan sempurna untuk kita, apa salahnya kalau kita bentuk diri kita dulu ke arah yang lebih baik dan tinggalkan perkara-perkara yang buat kita dipandang lebih rendah daripada yang sepatutnya.  Kan?

Dan kalau kita fikir bila kita buat sesuatu yang kita rasakan boleh buat kita gembira tu sebenarnya akan buat orang yang kita sayang menangis dan kecewa, lebih baik tinggalkan. Kita semua ada kat sini sebab nak teruskan jihad untuk menuntut ilmu.kan?  Jangan pulak kita fikir, waktu kita jauh dari family ni lah waktu yang paling sesuai untuk kita buat apa saja yang kita suka. Kononnya nak rasakan kebebasan. Padahal, kalian tak bebas langsung sebab terpengaruh dengan kawan. Nampak dia buat macam tu, kita pun nak buat macam tu, kononnya nampak coolio habisan. Padahal makin buat orang rasa hilang hormat kat kalian. Fikir-fikirkanlah... =]

she said: nampak dia.......  nak menangis.. BENCI!!!!!!!!!!
i said: nak gugur jantung. tapi no wonder lah....
=.=