harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

December 28, 2012

PART 1: The TRIP... uhuhuuuhu

Assalamualaikum wbt.. sila tersenyum bahagia semua!!!! :P

Nak share these awesome n fantastic picture with all!

i-City..


Hah! cantik tak? seriously chantek hokey! awesome gila picture ni.. sampai Sha download buat jadi desktop background dan bagi korang tengok. awesome... lawa seyh... hu...


Ok, ni pokok bonsai. Sha tak minat pokok2 bunga ni tapi yang ni boleh dikira nice.. ahakss!

SURIA KLCC



Tara!!! Ok, semua orang tau ni gucci, apa yang best kat sini? Angle yang diambil dari posisi ini, (cewah, ayat lagi tak boleh blah! ) menampakkan Gucci tu bertambah2 lah mewahnya...


My comment is just simple and valuable, which is, FULL OF ART! good job!

The Members....


The members lah... as said before... =) kekekeke. diorang nice! akan bersambung kemudian, nak makan ni...

mendownload tanpa meminta keizinan tuannya! keh3...

ADIOS!!!







December 24, 2012

how long would it takes?

giving you questions
how long would it takes?
during  the happy moment
while spending those time with u
that never can be forgotten
but those memories that breaking hearts
with pieces of love
am giving u questions
`till when?
and how long would it takes
deep inside just telling that i`ll waiting
when the misses are still mine
and giving u questions
yet never make u listens
coz am waiting...
And all along I believed I would find you
IN SHA ALLAH.

December 23, 2012

STUDY WEEK IS COMING DEAR!

Assalamualaikum wbt. 
senyum!!!! =)

Berkurun jugak rasanya tak update blog ni. pegi sana la labah2!! sibuk je nak buat sarang kat sini kan! ok, poyo, tak yah nak labah2 sangat la..

Tiba-tiba dah study week. Percaya? Yup! Dah satu sem jadi mahasiswa. Another 7 sem to go!! Project dah siap ke belum? ada yang dah siap, ada yang belum. Same goes to assignment as the lecturer agreed to extend the due date. And what a HOLLA!! report tak siap lagi 1. Mentang2lah kena bagi soft copy je. hm.. Perangai sebegini lah yang perlu di ubah ya kakak2 dan abang2 sekalian. Tak baik bertangguh. Bertangguh2 nanti jadi bertimbun lah kerja tu yea. 

As study week memang dah menjengah, maka masa yang diperuntukkan untuk ke kelas sekarang dah diperuntukkan untuk belajar. Study, jangan tak study. 6 subjek tu... banyak. Tak main dah duduk kat kerusi 2 jam ke, 2 jam setengah ke, menala 3 jam terus kot semua subjek. So, it shows the difference u know.. Effort, mindset, spirit and all those thing yang memang memerlukan kekuatan mental, fizikal dan rohani yang kuat!!! ceh, semangat yea Chang. Bagus2...

My first paper will be on 2nd January and the last will be on 14 January 2013. Lepastu..... ehem2... seronoklah. cuti!!!! ^^

Ok. itu je kot. Tak pasti nak tulis tentang apa sebenarnya. Tunggu 1 lagi post yea sebelum 2012 habis. In sha Allah yang tu nanti berharga untuk semua. Valuable as it is. Yes, in sha Allah.....

Talking to the Moon.Trying to get to You
In hopes you're on The other side
Talking to me too.Or Am I a fool
Who sits alone Talking to the moon?
- it ain`t working if u talking to the moon, talk to the heart!

December 08, 2012

SAGAT VS TEGAK!

ASSALAMUALAIKUM wbt! 

baiklah kepada semua readers, Sha berhajat nak menulis tentang satu tajuk yang melibatkan semua orang. Mungkin entry ni akan terlalu panjang jadi Sha akan post bila Sha rasa sesuai pada masanya dan Sha pun tak sibuk mengejar masa.

Minggu ni dah minggu 12. Minggu depan minggu 13 ok! bayangkan lah Sha dah survive dengan campus life ni selama 13 minggu!!! Alhamdulillah, semuanya ok. Kawan-kawan lah terutamanya kan.

 Kerja? tu tak payah cerita, serius, tak cukup tanah Sha berkejar ke sana sini nak print dan hantar report. Tak cukup mata rasanya nak stay up malam2 buat report dan assignment sampai tersyahid. Tak cukup tangan rasanya nak buat project, assignment dengan report! oh my.. memang lah kena rasa bersyukur dengan apa yang ada Sha oii!!! Minggu lepas ada 2 test. Minggu depan ada 2 test. Tapi petang Sha akan bertolak ke Kl! hamboi! skema sungguh lah ayat... hm.. Itu pun sebab trip bawah keusahawanan. 

Selasa ada test programming, pagi tu ada speaking test. dengan projek engineer and society tak gerak lagi. Projek programming masih dalam draft. Hola!!! Semoga semuanya berjalan dengan lancar! In sha Allah...

salam!

December 02, 2012

HELLO WORLD OUTTA THERE!

SALAM!!


Nampak tak happy sangat sampai rasa nak lompat2 seperti ini?!!!! hahahahaha

saya jumpa benz. ok mungkin bukan benz sebab  dia tak seteruk benz. Mungkin boleh dikatakan Juki? Lee? Atau Air-Jee the Panah Arjuna? atau mungkin K-oi? atau pun sesiapa sahaja daripada Mags 7!

He treats his life well? it is a question, not a fact. I`m asking to my screen. haha! awesome, seronok, happening, itu yang dapat digambarkan. Tak percaya? percayalah korang semua! saya jumpa benz! Benzkjovo azkazific a.k.a NATRIUM BENZOATE okey! tengah senyum meleret2 ni... hamboih!!! jangan nak lebih2 ye, i did found benz, his art, his skills, his words, his theory, analogy, equal to benz! Benz Alif. 

Habis tu? kalau dah jumpa nak buat apa? 
buat buku lah. dah cari, dah jumpa, nak cari Jade pulak! Nak cari Roul! Nak cari AO! Nak cari Apis Milo, nak cari Abang Shah, Nak cari CHAD, nak cari Fend Nak cari.... ops. Lupa nama abang Ed Sassin la, sape eh? ok, lupa... ala, future husband Kak Nawal tu.. Okey, lupa dan masih tak ingat. =) It starts with K... kan? hm.. nothing in progress. tak berkesan. terlebih makan maggi... Ked! yes! Ked. Lupa nama hujung. Ked... dengan kamera ala2 DSLR! ok, kalau jumpa KED, of course nak jadi Kak Nawal! Gedik lah pulak. hm...ok, DSLR... ok. DSLR.. hm...yah! KED FLOP la!!!! =)

till then!
><




November 30, 2012

i wish as it is...





As simple as it is.
I wish that i could write anything and let it fly, 
high in the sky...
So i cant read what i have written there,
even more i dont  have to worry if others read what i`ve wrote,
this is a dream.


November 29, 2012

cliche huh?!

Assalamualaikum wbt to all readers! 

Ok, dah lama tak menaip dan rasanya terlalu banyak perkara yang boleh dikongsikan disini. Tapi selalunya orang akan suka bercakap mengenai things that cliche (or wat so eva to spell it in english!) U know why? because those cliche things are easy to be understand, easy to be delivered and for me it is everyone who will think and feel the same way too.

Sila hargai apa yang Sha akan taip selepas ini sebab Sha ade test Jumaat dan Sabtu ni..(how i wish i can go home!~again, is my grammar correct? what so eva lah kan. WHO cares?~~) hoho... The story begins like this...

 not really started. wanna tell everyone that i`m wearing the new specs!

apa yang cliche nye? bila orang pakai barang baru, orang yang selalu dengan kita akan perasan! ok, ini bukan perkara sebenar yang Sha nak sampaikan...

Dulu, dulu la ok! bukan sekarang, zaman budak kecik tak tau ape2, ala2 hingusan lah kan, (unless kalian tak define budak form 5 = budak hingusan) ... ~ perlu ke mention benda ni? haha.. the lovey dovey stuff that make me suck nak fikir sebab waktu ni kan pendidikan islam tengah hot nak blajar perkahwinan semua tu.. pernah la jugak berfikir who is my destiny. hadoii ayat tak boleh blah! ade grammar error sebenarnya kat ayat tu.

Lalu dengan penuh keyakinan dan entah apa-apanya Sha senaraikan la few things yang should and shouldnt seseorang itu untuk mengisi borang kekosongan.. 

p/s: I feel itchy when talking bout this but still i want to complete this entry, this is the NO MATTER WHAT that matters for me. do take note stalkers! haha.. ade ke? perasan la kamu! hmm...

Syarat tak masuk akal:
1) yang berloghat @ berdialek dikira gagal
2)yang berangan nak jadi polis, doktor, askar , pilot juga dikira gagal sebab alasan yang tak munasabah, taknak lah waktu2 genting nak g holiday kat disneyland ke, kat Bali ke tetibe die on call kena jalankan tugas! HomaiGOD! bila baca2 dan fikir2 semula, things happen unalarmed la makcik!. anda faham? tidak? ok, fine!
3)taknak yang hot sangat macam sape tu? Aron Aziz? ha, sape2 je la kan, biasa2 sudah, kira selamat lah nak main jeles2 ni. huh? kw da lebih ni Sha oii!
4)Nak yang rajin mengemas rumah tapi taklah lembut kurita... sebab jelasnya di situ ialah, Sha kurang gemar mengemas dapur. OK, take note jugak kalau tak kemas tempat lain tapi kemas dapur tu pun kire ok. 

lawak? entah. merapu? mungkin. Buang tebiat? agaknya. Tak ade kerja lain? minggu ni ada 2 test. Tapi kalau tangan dah gatal nak menulis, inilah hasilnya...

~no matter what, it matters for me!

November 26, 2012

Life is Not just about LOVE!

assalamualiakum readers!

just wanna right a few things before next entry! 

ADIOSSSSS!

November 12, 2012

having a blast!

Assalamualaikum wbt. 
please smile readers! =)

Having a blast? Hiperbola habisan! 



KAMI DI DALAM MAKMAL ELECTRIC CIRCUIT YANG TERAKHIR.
< bahagia! bahagia! itu bukan segalanya! >

Itu adalah gambar kedua kami yang Sha ada. Nice? gambar diambil menggunakan teknologi yang boleh tahan dah lama ada kat Malaysia tapi alatan yang digunakan adalah baru2 belaka ye! hehe.. kebanyakan hari kitorang terpakai baju yang warnanya seakan2 sama, tapi harini semua orang berbeza! no one noticed bout this difference!



LETS WALK EVERYONE!!! 
< dengan fiqah sahaja sebab min busy >

Waktu ni best! Jalan2 pusing kampung belakang perwira. Siapa sangka belakang perwira ade kampung dan pemandangan yang sangat cantik kan? Oleh kerana Sha masih menggunakan handphone yang teknologinya masih di takuk lama, tiada gambar lain yang boleh dikongsikan melainkan gambar daripada ihsan orang lain. Hhahaks! skema terlampau ayat Sha ni...


Ini hasil seni kreatif Afiqah Azween yang diambil dalam makmal komputer. 
~~ 'kreatif sangat' kan kawan yang sorang ni! haha
<Waktu ni kelas cancel tapi kitorang dengan rajinnya nak buat assignment kat sana. AWESOME! >

^^

"Sha! tengok tu! lembuuuuuuuu!!!"
- memanglah tu lembu. takkan tak pernah nampak?!
"Kat KL mane ade lembu real macam ni! Jarang tengok! excitednye Sha!!!!"
=.=

~nice one memory~ 
=)

adios!

November 02, 2012

TENDA lalalala!!!

Assalamualaikum  readers! 


Alhamdulillah, mid sem break kali ni ade jugak Sha buat entri baru ye! bagus2! Kalau ikut sejarah dan pengalamannya, ada masa cuti pun Sha tak update SYV ni. em.. Ehem! Tenda? U know what is TENDA actually guys? Tenda tu pelamin lah. Kan ada lagu Tenda Biru. 

Tak percaya
tapi ini terjadi
kau bersanding
duduk di pelaminan
Tanpa undangan!
Diri ku kau blablabla.... 

#Sha hentam je lirik ni.

Agagaggaga, kenapa keluar tajuk luar alam bagai nih? Aha! Sebab, kawan Sha is getting married! next week! 2 person in one day! Tak percaya weyh! have i grown up enough? sampai kawan sepermainan nak kawin nih! Opsss! Tapi tak sebayalah. Waktu kat kampung dulu, kalau berkawan mana tanye umur awak berapa, darjah berapa segala bagai tu kan? haha.. Mereka lebih tua dari Sha. 3, 4 tahun lebih tua kot. 

But if you`re in my shoes, then u know la rasa happy nih !Excited overloaded okeyh! Kecik2 dulu kakak berdua ni suka layan Sha. Almaklumlah, budak kechiks kan. Mestilah dimanja lebih. ahaks! Lagi pula bila 1 of them ni memang ada bau2 bacang, so, rasa macam kakak sendiri kahwin lah. Ok, tu saje nak cerita, nanti Sha melalut sampai cerita macam2 dah jadi lain pulak kan? hoho!!

Oh ye! Sha dapat cucu baru! perempuan! Dah lama tak ada baby girl dalam family besar. Lelaki semata2 je. eh, cucu sedara okey! Itulah untungnya ada family besar! Alhamdulillah!
=)

Waktu kecik2 dulu,
"Dah besar nanti awak kawen dulu okey,
 nanti kite follow!! "
^^

SEKIAN!!

October 30, 2012

QUESTIONS PLEASE!!!

SALAM.

rightio! Aha! dengar itu lagu sudah tukar punya??? yeah, BIG GIRL! em. Cik tinggi yang cantik manis tu pesan, jangan suka dengar lagu ni, ni lagu orang putus cinta. Hoo? yeke? o... i see.... Suka je Sha dengar lagu ni. Bukan senikata, tapi rentak. Best melody. Rileks2 sahaje. 

You GEDIKS lah! So?
homaigod! u say what? i gedik? okey! who cares! hoho...
Tak kisah lah kan nak cakap apa pun. I am still the real me. hO? tak pernah dengar kisah orang yang mula rasa bosan dengan kehidupannnya dan mahu bergurau dengan orang lain? chill, take it easy. sikit pun tak ambik hati! =P

I cemburu. then how?!
A thousand years. it is about blogging. something to do with the word 'blogger' and her blog. Means, me. myself. Wondering what if the time could be turn back and i would rather to stay on that moment when he ask me to stay. 'Stay' in terms of remain. Do not stop. be it up or down. the valuability. [huh? ade ea perkataan ni dalam kamus? huhu.] 
lexus chocolate biscuits. forces. probability. the cake! and of course, ALLAH create everything that take my breath away! him. such a breathtaking, overwhelming creature on earth! [homaienglish!] hm..

Roulll! Can i have one? 
~of course! take it.
-cannot. i can`t. because i wanna wait! give me the best, if so! Even with staring red hair, left eye with the red lens, but he still, can make me think, make me wondering how grateful i am should be in this big big world! that will make  me happy. Please take note that happiness is not good enough for you to survive during the thick times!

U annoying! u know why?
here. the answer. Sebab yeou suka sangat ada orang yang boleh diajak bertikam lidah. and that`s it! u thought that u`ll be the winner all the time. and if so, so good lah till no one cares about yeou. I noticed they sometimes do to make everything unseen. would like to start it from the beginning. bt then, u`re spoiling again.

maaf. entri over overloaded. Seperti menuding jari, terlalu personal. But this happened a`ready.

standing alone doesn`t mean i`m alone.
its mean i`m strong enough to  handle things all by myself.
~INSYALLAH. AMEEN


ADIOS
                                  


October 24, 2012

OH AWAN!

Terasa nak membebel panjang. 



duduk sambil memerhati itu mudah
tetapi berjalan seorang diri itu susah.
Hiburkan hati dengan monolog seorang diri
cakap suka hati
tak perlu berhati-hati...

Tunggu tak sampai2 lagi
tapi yakin akan datang nanti
bawa satu hati
jadi berbunga hari-hari

Lihat kanan lihat kiri
semua sibuk urusan sendiri
lihat semula diri sendiri
banyak lagi yang perlu diisi

Ada satu rasa ingin merajai diri
tapi hati kata belum lagi
masih kecik lagi
jadi jangan susahkan diri di kemudian hari

Mata mengecil lihat kawan sendiri
suka hari-hari
bahagia semacam pasti
tapi takut memakan diri

~ Wah... berpantun ke ni? hm...


still simple and valuable! 
~insyaALLAH...

October 06, 2012

ASSALAMUALAIKUM! ok, Sha berada di rumah sekarang. Sila jeles ye kalau anda berada di luar rumah! [huh?]

Fine!  cik tiqa tau Sha tengah buat ape. Untunglah ada orang ingat  habit saye. huhu. Sejak bila pandai guna kata ganti diri 'saya' ni? sejak saya berkawan dengan mereka berdua yang ada dalam gambar ni!



ok, gambar ni je yang ada setakat ni. (maklum sahaja, baru sebulan lebih kot...hehe)




Ini pulak gambar course mate! ramai lagi sebenarnya. Ada yang tak ade sebab ada keje dan ada rasa 'humble' yang terlebih. huhu



Sha tak ada gambar bersama roomate, so, macam tak lengkaplah post yang ni kan. Tapi, takpe2.. ada masa lagi kan. em. Dulu Sha ada cakap yang 1 kelas cuma 9 perempuan tu je kan? Itu kalau kelas ikut P.A., P.A ni macam mentor lah kan kalau matrik dulu. em... so far so good, nice!

Perasan tak? Sha sangat semangat nak upload gambar sebab rase seronok Internet laju kat rumah. Tak sampai 1 minit pun upload. hm... [ok, itu pun nak bagitau ke?] hm..

Sekian sahaja, 

                      ADIOS!

she said,
SEMAK! (suka ayat ni untuk sementara waktu!!!)
B)




September 28, 2012

BERMULANYA HIDUP BARU!

Assalamualaikum wbt!

Alhamdulillah, akhirnya, sempat jugak Sha nak update this little SYV setelah memasuki 1 lagi fasa baru dalam hidup. [Ecewah! skema sungguh ayat!!]

Uthm? Best atau tidak? Mestilah best! Uthm, salah satu daripada Universiti teknikal kat Malaysia ni, and i`m the girl who never thought to enter this such university! Awesome? Mula2 Sha fikir tidak, sebab keajaiban dunia dah jadi 8 bila Sha berada dalam aliran teknikal. hoho... But then, everything goes well and i have fall in love with uthm. [Ecewah lagi sekali sebab gaya menulis dah keluar aura bunga2 tahi ayam]. Okey, siapa yang tak sayang universiti sendiri kan?

Dapat room mate, house mate, block mate, residential mate, classmate, course mate, lab mate, faculty mate dan segala mate lagilah yang tak dapat nak diselitkan. em...

Tapi selalu je teringat kat ex segala mate di atas. huh? Ayat jenis apa Sha sedang pakai nih?






i) terjumpa gambar yang macam tak perasan wujud dalam folder. hoho



ii) dan ini gambar selepas nasyid. hoho =) kat kmj dulu lah ye...

Entri yang ni dah lama jadi draft sebab line mengalahkan siput untuk publish post ni. Ini pun rasanya macam ade error kan kat gambar2 tu. hm ok, sekian! adiossss!!!! ^^

She wrote on a paper for me,
it doesn`t matter how slowly you go as long as you never stop, 
and i put her miracle wishes in my calculus notes! =)
Ouch! i miss her very much! ^^






August 30, 2012

KRIK KRIK KRIK

Assalamualikum wbt!

wah! Lihatlah Sha, dah pukul berapa ni tak start masak lagi tapi nak update blog. Sungguh lah tak menang tangan nak layan borang kemasukan tu... Macam2 kene buat. (eleh, sebenarnya kalau buat satu hari je sekaligus pun boleh. ahaks... )

Sha tinggalkan 1  gambar raya dulu untuk deposit entri seterusnya keyh! B) 



 Dari kiri, IKA, AQISH, AJI AND AISHAH! =)

Sekian, ADIOSS!

August 24, 2012

EXTRA PELIK!

ASSALAMUALAIKUM WBT. =]

Selamat Hari Raya! okeyh, mood syok sendiri.


Extra pelik? Pelik sebab.... HUH... sebab... EM.... sebab...... sebab... ???????!!!!!!@@@@#######

OK, ini entri poyo saya. apa2 ajelah. Minggu depan dah daftar sebagai mahasiswi. InsyaALLAH! Janganlah terjebak dengan entah apa-apa perkara. Study elok2, comel2, pastu boleh kerja, ada duit sendiri, and wowx3, saya tak kacau hidup orang lain. wink3!!! ^^

haha, mari jadi pelik. em... o.0 TAPI!!!!!



SALAMEIDMUBARAK! 

July 30, 2012

APA NAK DIKATA?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Assalamualaikum wbt.


Perlu ke rasanya Sha menyambung entri yang lepas? tak perlu rasanya. Bila difikir balik, dahlah tulis tentang ALIEN dalam bulan RAMADHAN ni, astaghfirullahala'zim..... Er.. tapi tak bererti Sha nak remove entri tu! hahakzzzzz...


Apa lagi yang nak dikata kalau memang ada betulnya pada butir bicara orang yang berkata-kata. Mungkin pada dasarnya kita rasa sakit hati sambil memaki hamun dalam hati betapa kurang ajarnya orang itu berani mengeluarkan kata2 sebegitu kepada kita, walhal kita tak tahu mungkin orang tersebut tak jumpa cara lain untuk menegur kita? haha, perenggan ni tak ada kena mengena dengan entri yang lepas ea. Kalau sapa berpihak pada Alien yang tersesat tu, sila malu kalau anda rasa Sha kalah. Hahahahahhahahh! Tapi, dalam satu pandangan lain pulak, kita sendiri boleh fikir yang memang orang itu berniat untuk menyakitkan hati kita sebab mereka pernah kalah secara halus dan kasarnya dengan kita. Faham ke tak ni?


Perenggan baru ni pulak Sha nak selitkan tentang common sense yang semua orang ada. (Unless kalian rasa kawan tu bukan common sense kalian!) Selalu je kita semua tengok keadaan sekitar kita yang rata-ratanya berkisar tentang persahabatan. Heyy you! Sha nak sambung belajar kat tempat baru ni, mesti lah akan jumpa kawan2 baru kan? Zaman mula2 ada handphone dulu, (adelah dalam 6 tahun dulu, budak2 sekarang ni standard 3 pun kadang2 ade je  yang dah bercanggih dengan handphone sendiri kan?) memang rasanya obses sangat. Tak fahamlah pulak obses dengan apa, dengan handphone tu atau dengan friendship? Ehem2, relationship memang tak ada ea!


Sikit2 bunyi, sikit2 bunyi. Kalau dah asyik bunyi je, cuak lah jugak kan, lalu divibratekan aje handphone tu. Siapa yang hantar mesej? kawan. Itu soalan dan jawapan standard kalau ibu tanya Sha. Memang kawan pun. Entah apa lah agaknya yang sibuk dimesejkan dulu tu, Sha pun confuse! Dah macam operator dah. 


Dan sekarang,
tak ada maknenya semua tu dah! Mesej dalam inbox Sha ni kalau nak cari yang taun lepas punya pun  masih ade lagi. Bukan sebab Sha sayang lalu simpan semua mesej tu, tapi sebab memang tak ada masa dan malas nak padam satu2. (Siap kena complaint dengan roomate and classmate). Kalau tak kena bebel pasal inbox penuh memang tak sah. Apa cer pulak ni? Dulu obses sekarang? 


Mungkin sebab sekarang dah besar. dah matang sikit lah kot kalau nak ikut umur. Dah nak 20 pun, takkan semua benda nak kongsi ngan kawan2 kan? Dan kawan2 pun bukannya ada masa sangat nak baca mesej kita tu. Nak melayan jadi meleret2 pulak. (ok, sekarang tahu pulak nak menilai semua ni ea! hihihihi) Ape motif Sha? tak tau. Terasa? entah.


sekian. TRIMASSSSS

July 22, 2012

RAMADHAN!

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan! =)


sangat lama rasanya tak mengetuk papan kekunci ni. dan selama itu juga, macam2 yang dah jadi pada Sha ok! Dari dapat result UPU sampai lah hari ni. Memang satu tempoh yang sangat panjang untuk macam2 jadi. Ok, sangat poyolah mukadimah kali ni. [sangat tak selesa sebab MACHA poyo tu sibuk2 je bila tau Sha ada blog ni. Huh. sungguh poyo! hm..]


Sha mulakan dengan,


ALIEN YANG TERSESAT KAT BUMI.
Yang ni memang menguji kesabaran tahap Giga Tera lah kan. Siape je yang sangka kawan2 lama kita dulu yang boleh dibawak begurau jadi macam terlebih besar? Seriously memang Sha terasa for what he had done! Berlagak sungguh dengan kekurangan yang orang lain ada. Mungkin dari segi bahasa MAGNIFICIENT 7, dia alpha-male terlebih dose! He thought he was so big laa~ Haha, ok, another name should be bajet. You know bajet? Cari sendirilah dalam kamus. so la di daa... Kalau dia baca entri ni agak2, jadi perang dunia tak? hish! tak adelah sampai nak berperang bagai kan, cuma mungkin ape yang orang selalu cakap pasal ego tu terjadi kat sini. Tak nak kalah dengan kaum Hawa, tu yang keluar aura berapi. Dan kalau dia terbaca, (haha, untung sangatlah kalau dia terbaca dan terperasan entri ni) me, feel free to say to you that, langit tu tinggi, tak bertongkat tapi kukuh kat atas sana. Manusia, kalau tinggi sebab bertongkatkan rasa BESAR , bila2 boleh patah tongkat tu. Kalau dah jatuh sebab tongkat tu patah, susah nak bangun balik kalau orang lain yang sebelum ni ada kat sekeliling kita dah dipandang macam semut. kecik sangat. Sinis? I can do it the same way too!!


HATI MURNI.
This is another true story about my friend! Sha tak tau nak mengolah macam mana, tapi dia sangat berhati murni. Dia buat si comel macam adik dia sendiri. Dia tak kisah bawa si comel ke sana ke mari. Dia tak peduli apa yang orang akan kata tentang si comel, sempurna atau tidak itu bukan persoalannya. Jujur, the first time I met si comel was quite 3 years ago. Mula-mula memang rasa tak selesa, sebab Sha jarang jumpa dan dapat bergaul dengan orang macam si comel. Tapi bila Sha tengok kesungguhan kawan Sha jaga Si Comel, hati rasa tersentuh. [ok, a bit cheezy here] but it is true. Rasa sayang tu memang nampak dengan jelas bila Si Comel terdidik untuk buat semuanya sendiri mana yang boleh. Kawan Sha memang nampak sangat tegas, tapi dalam tegas dia didik Si Comel, Sha rasa kasih sayang dia pada Si Comel. Dia buat macam Si Comel adik dia sendiri. So sweet
Sha ingat ada ustazah cakap. 


         "Kenapa perempuan ada rasa kasih sayang yang lebih daripada lelaki? Sebab Allah jadikan perempuan dengan Rahim yang membolehkan zuriat terkandung di dalamnya, dan bukankah Ar-Rahim itu juga antara nama-nama Allah yang bermaksud KASIH SAYANG?" 


SubhanALLAH~~ Mungkin sebab itu Kaum Ibu penuh dengan kasih sayang?


Sha rasa sampai sini dulu, quite long lah kalau nak sambung lagi. Banyak mesej yang boleh kalian kutip daripada 2 cerita ni. Banyak sangat. To you alien, ini bukan ruang mengutuk aku, tapi kalau aku terus nak betah kau, lagi berganda lah rasa besar dan bongkak kau. Entri ni bukan atas dasar mengungkit, tapi atas dasar kemanusiaan. Mengingatkan itu boleh dibuat dengan banyak cara. Ini mungkin salah satu daripadanya.  Diam tak bermaksud kalah. dan mengalah juga tak bermaksud lemah. u`re totally different and i don't know the lattest you! haha. Bukan aku sorang cakap, tapi rasanya orang lain jugak. poyo? tapi ni realiti~~ 
Habis sudah entri berbaur lahar gunung api.


sekian, adiosss



















July 14, 2012

AN ENGINEER TO BE?

Assalamualaikum to all readers!

Alhamdulillah, semalam telah keluarnya result UPU yang sungguh mendebarkan. Kenapa mendebarkan? Sebab masa depan Sha bergantung pada course yang U bagi lah kan? Dibuatnya diorang bagi Sha course yang Sha tak mohon? Tak gigit jari ke nanti? Tapi, kita perlu ingat! ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU, BUKAN APA YANG KITA MAHU!

Sha dapat kursus pilihan ke 6 Sha daripada 12, pilihan ke 2 Sha daripada 8. KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI) DENGAN KEPUJIAN, UTHM! Ibu paling suka. almaklumlah, dekat je, kat kampung pulak tu kan. Tak macam heaven ke bagi seorang ibu? haha.. Tapi Sha pulak rasa ralat. dekat sangat. Alangkan KMJ pun lagi jauh tau! em.. Maka dengan ini, tata lah bidang idaman Sha, PSIKOLOGI. Sha letak 4 pilihan kat UPU untuk Psikologi, tapi tak dapat. Maknanya memang rezeki Sha dalam bidang engineering. Kan?

Sha happy dengan kursus tu even tak dapat Psikologi. daripada tak dapat langsung. Nak mana? hm... Tiba2 ada jugak beberapa kawan yang bertanyakan tentang kursus Sha tu. Mereka kata tak pernah dengar. Ok! Seram! Janganlah main-main! Lalu GOOGLE dan Sha jumpa ini,

The basic principles and performance of electronic devices and circuits are introduced in the course. Design and analysis of different analog and digital circuits are considered in detail. Different analog and digital modulation techniques used for communication, equipments and systems involved in wireless communications, satellite and optical communication technologies, computer communication and networking, design and development of microelectronic circuits for computation and processing, components and systems for electronic instrumentation and control etc,. form major content of the course. The course also covers the study of hardware and interfacing of computer systems, programming skills and application of computers in signal processing and communication.

haha, ok, the last sentence put me in little worry. Tak ada basic Sc Comp, Sha yakin, usaha tu eskalator kejayaan! Asalkan untuk SIGNAL PROCESSING tu, memang sangat buat Sha teruja lah! hehe..

Kali ni tak nak main2 dah, cukuplah zaman malas-suka-hati-nak-belajar-ke tak bermula dan berakhir di zaman Matrikulasi. Jadi-jadilah tu buat eksperiman Giga kat diri sendiri dengan problem statement,

 What will be if i don`t study that hard and smart during Matriculation Programme? 

sebab tak ada lagi tukang bebel suruh study dalam bilik macam cik tinggi dan tukang ingatkan Sha dah buat keje belum macam cik lagi sorang ni dalam bilik nanti. Tak adelah nanti kedengaran, 

Chang! dah siap ... belum?

Chang! Dah study ni belum?.... 

 hehe, nama special Sha, CHANG! HOHO. mereka berdua bagi. mane entah diorang jumpa nama tu.

dan conclusionnya,

Only those who are 'in the chosen' one can survive by neglecting their study and ain`t carry the responsibilities that hard and smart. 

huhu. sekian, ADIOSS!


~ SILVER LIGHTNING AFTER THE RAIN.
=)