harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

February 22, 2013

CHEESE CAKE CARA SAYA. =)


Assalamualaikum! Ok, seperti yang dijanjikan…

STRAWBERRY OREO CHEESE CAKE!
[atau apa-apa jelah nama yang kalian nak letak. Guna nama sendiri pun boleh hokkey!]

250 gram cream cheese
1 bekas standard yogurt  (depends kalian nak guna perasa apa.)
1 bungkus kecil biskut oreo!
1 sudu makan jus lemon. (Sha guna jus limau kasturi je pun. Hahaks)
1 setengah sudu makan gelatin yang dah dicairkan

Base.
Serpihan biskut
Butter secukup biskut.

Cara buat base.
Kalian hancurkanlah biskut tu jadi serpihan, cam tepung tu pun ok sangat dah! Cairkan Butter sebanyak mungkin asalkan anda rasa butter tu cukup untuk membekukan biskut yea! Haritu Sha gunakan Biskut Marie. Nak guna Biskut Tiger boleh, Oreo boleh, biskut Nestum boleh jugak kalau dah terlebih duit dalam poket tu nak buat base pakai biskut Nestum! Hoho.. Dah hancurkan biskut, cairkan butter. Masukkan dalam acuan yang kalian nak gunakan untuk kek ya! Boleh masukkan dalam peti ais dah ni.

Sha nasihatkan cover Loyang atau bekas yang kalian gunakan untuk acuan dengan aluminium foil supaya cheese tak melekat pada bekas dan senang nak keluarkan dan potong kek tu nanti. Haritu sha guna ¼  biskut Marie sebagai base dengan 50 gram butter. Hasilnya? Bederai base Kek … uhuk! Menyesal kedekut Butter. Hahaks..
Sha berharap sangat dapat uploadkan gambar kat sini. Tapi apakan dayaku……….

Cara seterusnya mudah saja. Since mixer SINGER ibu tak boleh bergerak pada kadar perlahan dan sederhana, maka Sha rela menggunakan tangan untuk mengepuk cream cheese tu. Oleh itu ya puan-puan dan tuan-tuan sekalian, biarkan krim cheese anda berada di luar peti sejuk sejam sebelum pembikinan kek untuk memastikan krim mudah diuruskan! Hoho..

Here we go!!

Mula-mula gaulkan sahaja cream cheese tu sampai dia tak berketul. Masukkan yogurt yang berperisa. Gaul lagi. Waktu ni dah nak keluar muscle dah ye kat tangan tu. Lepastu bancuh gelatin guna air suam, kasi gelatin tu larut semua then masukkan dalam adunan. Rata-rata ye gaul tu. Boleh lah masukkan barang sesudu jus lemon anda ke dalam adunan. Kalau nak bercorak2 apa pun pada kek anda tu terpulang lah yea. Pastu dah siap! Dah siap makcik-makcik sekalian!!
Sekejap je. Percaya tak ni? Pastu dah boleh hias-hiaskan kek anda seperti Raja Sehari yang disolek mak andam. [Pulak dah…..]. Tunggu tak lama, sejam lebih dah boleh potong dah. Masuk dalam Peti ais yea! Bukan Oven. Dah letak Gelatin tadi tu kan. Tapi pada Sha, it is better kalau kita biarkan kek tu dalam peti selama 3 jam lebih kurang. Bagi base dia pun beku cantik jugak macam cheese Cake tu yea! Ihik! >< Dah siap dah! Alhamdulillah! Selamat Mencuba. =)

TARA!!!!!!


He said ,
asyik masak jea, buat lah benda lain!

February 08, 2013

JURUTERA KEK!


Assalamualaikum wbt! 
AMARAN!  
Anda tidak dibenarkan membaca entri ini tanpa tersenyum riang kanak-kanak ribena!!! ahahahh...

Ok, Tahniah untuk semua yang selalu senyum-senyum kambing bila membaca entri di sini yea. Keep it up! Itulah sedekah anda yang paling besar kat blog ni. huhu.. Semester break dah sampai nyawa-nyawa ikan ni. Lalu Sha merasakan Sha dah menganak tirikan this little SYV dengan kerap kalinya. Dan sekarang tangan dah laju tahap maximum  sebab nak cerita kisah JURUTERA KEK. ha...

Mana dapat nama tu? Tajuk tu? Senang jea. Ini semua telah disumbangkan dengan sengajanya oleh Encik Hadi! wow?! Encik Hadi? yea. Encik Hadi yang nak terbang ke Spain
tu.. Alaaa yang kalau kat U Sha pakai uniform putih sebab dia Aeronautical Engineer to be! In Sha Allah. Doakan bersama yea semoga termakbul lah impian dan cita-citanya nak jadi seumpama itu di masa depan nanti. Ohla! Panjang sangat ni promote Encik Hadi. Sampai esok pun takkan habis. [Tahan gelak coz I adress him Encik Hadi. Gagagaga! Ini betul lawak!] Ok, nama glamour dia dalam kalangan sedara mara is Mimi. But i loved to adress him as Mi. Simple yet Valuable enough huh? ada aura2 makanan sikit. Keh3.. Sudah2... Mau naya Sha kalau dia baca entri ni.

Yesterday, dikala Sha sedang sibuk mengemas dalam keterpaksaannya dapur ibu selepas mengharu-birukan dapur itu sebab buat Cheese Cake, he texted me. Bila kitorang berbual2 mengalahkan Parlimen bersidang hingga membawa ke FB, lalu terkeluarlah, Jurutera Chef Elektrik Kek. hoh? Amende ni? Tak boleh nak panjang lagi ke nama?! Kan? Terbelit-belit lidah yang bergulung ni nak menyebutnya. Maka arakian Sha pendekkan sahaja menjadi Jurutera Kek. Ok, kenapa? kenapa? Sebab Sha suka buat kek! Pantang masuk dapur ibu, bukak peti sejuk. Nampak buttercup. wah... ni boleh buat ... boleh buat... lalala... 

Tepat waktunya bila handphone berbunyi selamat sudah sha masukkan first try first
Strawberry Oreo Cheese Cake entah apa-apa je lah namanya kan ke dalam peti. 


Nah. 

Rasalah! sedap tak? ha? Gemuk? Taklah. Takkan gemuk punya kalau makan sekali! haha.. huhu.. hehe.. nak resepi tak? Sha suka kongsi resepi sejak akhir2 ni.. hoho.. ok, next entry Sha attach sekali yea. hehe.. sekian.. WASSALAM! =)

Big Brother said
~  Asyik masak-masak jea, buatlah benda lain..
=)


February 01, 2013

HIKAYAT SERATA ALAM.

Grateful enough for every breath, for every oxygen  inhaled all this while. ALHAMDULILLAH. =>

Salam untuk semua. Alhamdulillah, rangkaian kosa kata yang dicari bagai nak gila untuk next entri hampir dijumpai. Hikayat Serata Alam tajuk ditaip. Sha letak jadi tajuk, so kalian boleh imagine zaman ala-ala Aladdin gitu. hm.. no sigh please! =)

Sampai takat mana kita rasa kita cukup bersyukur dengan apa yang ALLAH pinjamkan untuk kita sampai hari ini? Daripada yang sakit menjadi sihat, daripada yang susah menjadi senang, daripada yang kusut menjadi tenang dan daripada yang tiada kepada yang ada sekarang.  Unsur hiperbola memang wajib untuk digunakan disetiap penulisan, tapi bimbang tak sampai mesejnya kepada pembaca. 

I read an entri from one of my besty.Those tips that bring me back to my first entri back on 2010. A good blog is not a Cool Blog... (Eceh, sempat lagi!!) In fact, a cool blog should have the positive way to attract the readers. It might be tough. But remember, with effort and will, every hard things will be simply easy for you! Yea... I did mentioned and wrote  some or many personal thingy that might be too sensitive for some people. 

But do believe that if u take it in some good way. You will see the bright side instead of the other. You may blame others or just put me as an example, yes, what ever it is, it is successfully published! but sorry for caring, i know some of you feel uncomfortable to read that. Same here. Same here when i read some of the entries from other blog. I do blog walking. and I walk randomly.  ^_^

Semua orang ada pandangan masing-masing. Kalau semua orang lihat daripada satu pandangan yang sama, maka, tak berkembanglah ilmu. Tak adalah inovasi dan kreativiti. Sama juga dalam hal-hal kehidupan. Ada yang berpendapat, melontarkan idea 'gila' itu adalah kreativiti yang logik. Tapi ada yang berpendapat, melontarkan idea 'gila' itu satu pertaruhan. Bersedia untuk menerima impak positif ataupun sebaliknya.

Kritikan sangat perlu untuk memperbaiki diri. Satu kritikan boleh menyebabkan 2 perkara. pertama membina. Kedua meroboh. Membina itu boleh dibuat dengan bermacam cara. Memuji, menyatakan kekaguman dan sebagainya. Meroboh pula jelas menunjukkan kritikan yang diberi adalah berbentuk sudut negatif sesuatu. Impaknya besar jika yang mengkritik itu tidak tahu beralas madahnya. Impaknya juga besar jika yang dikritik itu cetek pemikirannya. Katalah apa pun, cakaplah apa pun. Tapi jika yang mendengar itu sentiasa positif dengan setiap perkara yang dilaluinya, beban setinggi Himalaya pun dikatakannya rahmat dan kasih sayang ALLAH.

From the tips that i read on her blog. Yes. She is true. A good blog should have the 'mesra alam untuk pembaca' stuff. haha! Pembaca ni bukan sahaja dalam kalangan kawan2 kita. Mungkin ada yang lebih dewasa , dan mungkin ada yang setahun jagung je... kot.. kan?! huhu.. Isi entri tu perlu ada pengajaran,  IN SHA ALLAH, ilmu tu akan tersebar. Jadi, untuk menyebarkan ilmu walaupun sedikit...[ ok, Sha tak lah hebat mana bab nak quote-quote hadis, but i do read them. Sampaikanlah walaupun sepotong ayat. =) ] Cari satu sudut untuk mereka berfikir. Walaupun mereka tak habis baca pun entri kalian sampai habis! kan? Sesungguhnya hikayat ini biasa-biasa sahaja. Dalam maksudnya. Sha rindu nak buat karangan untuk Cikgu Faridah waktu upper form dulu.. =.=.. It is for me actually, as practice make perfect, practiselah.. jangan malu. Tak perlu malu kalau berlatih tu akan meningkatkan keyakinan diri kita. Am not that good in english, but still, ada Sha kisah grammar berterabur kat entri ni? >< Kalau salah tegurlah. dengan cara yang baik yea. IN SHA ALLAH, segala yang baik dibalas dengan yang terbaik dari ALLAH! =)

WASSALAM!


hlovate said,
Life  full with uncertainties and free falls.
and those makes the journey adventurously whole.

SYV said,
the adventures come from everyone who lives around us.
How they reflect with our good and wrong doing. 
it is just you to take it, or leave it!
=)