harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

June 25, 2013

PAVLOVA LOVA LOVE!!!

Assalamualaikum wbt.

hyeiyyyy!!!! long time no update la... cari itu mood juga tak datang-datang. Sekarang dah datang sebab macam semangat je kalau bab2 kat dapur ni. kuikuikui ;) Semua benda nak tunggu mood je, mau taknya moody yang datang..

Ok, belajar di Parit Raja means bandar paling dekat mestilah Batu Pahat kan? Kalau setakat pekan, memnag ada je kat Parit Raja tu. Tapi.... kalau outing kat Parit Raja macam.. er.. macam.... tak payah cakap lah k! Populariti dan populasi Pavlova kini semakin mendapat tempat di tekak masyarakat membuatkan Sha rasa macam nak rasa. huh? ayat...

Tapi tak tahu nak cari kat mana dan macam mana. Lalu pada suatu hari ku lihat di dinding muka buku ku sepupu mengupload pavlova yang dikatakan dijumpai di Batu Pahat. Dan taraa!!! dah dua kali Sha beli dan kalau dikira, macam tak berbaloi. Jadi, mari google resepi dan caranya!

Suka kepada keunikan makanan especially dessert, membuatkan Sha, (kenapa rasa pelik ni bahasakan diri Sha? =.=") wargh!!!! tukarlah, membuatkan 'me' nak lari-lari pergi dapur dan buat! buat! jadi tak jadi, sedap tak sedap, belakang kira lah amoi, janji puas!!!! hahaha . evil laugh sikit! >< muahahaha!

Maka, projek pertama Cuti Semester kali ini adalah untuk merealisasikan nafsu membuat manisan ini di dapur ibu.

BAHAN-BAHAN A


Putih telur 4 biji. 
(Hampir putus nafas nak pisahkan putih telur ni dengan kembar kuningnya. Kes tak jumpa pengasing telur milik ibu. =.= )
1 cawan gula castor. 
(Tak payah nak castor sangat!!!! blender kering je gula pasir buat air tu halus2!)
1 sudu teh tepung jagung.
(mungkin untuk lagi crispy. jangan tukar2 pulak letak tepung ubi eh.lain jadinya nanti!)
1 sudu teh serbuk tatar. 
(Youtube kata serbuk tatar ni untuk stabilkan putih telur. mungkin takut putih telur rindu kuning telur agaknya.Kan? )
1 sudu teh esen vanila.
(Nak bagi wangi tak mual mual  waktu dalam oven, sebab putih telur tu hanyir ya makcik-makcik sekalian.)
1 sudu teh cuka
(kebetulan kat dapur ada cuka sebab dolu-dolu ada satu zaman di mana orang dalam rumah ni sangat hantu kerabu mangga muda. kecur liur!!!!)
1 sudu teh cuka masakan. 
(bukan cuka getah please!!!)

BAHAN-BAHAN B.
Whipping cream 
(Whipping cream sahaja. Tapi depends pada kalian nak tambah gula atau tidak sebab ada krim yang dah bergula. Kalau nak letak gula, letak gula castor hand made ye. ihik! >< )

METHODOLOGY:

1) Masukkan putih telur. Mesin kan dia. 
(Mixer ibu sangat miracle u alls! Orang pusing pada minimum pun dia balunnya laju-laju. Maklumlah, mesin tu sebaya saya! Jadi maafkan sahaja. )
2) Semasa putih telur dimesin, masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung, serbuk tatar , esen vanila dan cuka ya.
3) Mesin adunan tu sampai dia jadi magic bila kalian tonggengkan adunan tu dia tak jatuh.
4) Jangan lupa baking paper. Bentang kat atas dulang yang akan dimasukkan sekali dalam oven.
5) Sebelum tu tolonglah ingat preheat oven tu!!! 150 darjah celcius. Bakar selama sejam ye. Tapi oleh kerana oven ibu juga sebaya saya, maka ada kesulitan yang berlaku. Masa perlu dilambatkan dek suhu yang tak mampu nak naik ke angka 150 degree. cobaan! cobaan!
6) bila dah sampai satu jam tu, jangan duk beria  nak bukak oven besar2, bukak sikit2 saja biar meringue tu sejuk gradually, tak mengejut. I guess kalau mengejut mesti meringue tu jadi leper sangat sebab terkejut!!!
7) Dah sejuk boleh keluarkan dari oven dan sedia untuk dihias bersama krim putar dan buah-buahan citrus.

8) krim tu putar je ye . =) Then hiaskan secantik rupalah. Suka hati je, Pavlova anda, tak ada orang akan marah. Dan hasilnya...


Meringue yang dah keluar dari oven. nampak macam masih lembik lagi kan? tapi dah keras2 kerak sebenarnya.  haha


Tudung periuk digunakan kerana pinggan leper yang lebar tiada. hakhakhak! itu anggur tanpa biji dan oren. 


Itu yang hitam di bahagian bawahnya adalah kerana masalah oven. Ceh! Oven jugak yang disalahkan! haha

Sekian sahaja untuk resepi kali ini, bertemu kita semula nanti di episod yang akan datang bersama resepi yang gedevas! 

ADIOSS!






June 14, 2013

BUKA LAH TOPENG ITU!

thatmomentwhenyourealisedthatsomeoneislookingatyoufortheverytimesandwhenyoulookathimback,heisblushing!

-jika kamu berani membuka topeng di muka,
 kamu pasti lebih bahagia! ^_^

June 05, 2013

study week tak bernyawa.

Assalamualaikum wbt people. 

ok, the study week has arrived. and me feeling like... OLLA!!!!! rasa tak bernyawa! I hate study week. yeke? Ok, mula2 memang la suka gila study week. bebas! Tapi bila dah masuk pertengahan, haih, naik lemas dah.... Bukan lemas sebab terlebih study, bukan lemas sebab tak cukup masa nak study, tapi lemas sebab.. entah.. no reason? Heyya! everything happen for reasons la makcik! 

Hari tu pergi POLKA DOT kan? ha, kelmarin pegi lagi u olls!!! Housemate ajak. Nahla, lemas nak update banyak2..


dengan Kak Ain. I`m the youngest in the house. BAHAGIA okeyh!


Ini Kak Rozi. Sama course dengan Sha tapi kelas lain sebab Sha ex-Matrik. =)


Ini Kak Arina. =>


Ini Kak Ija, Room-mate. Beria tunjuk ketam tu sebab duk teringin sangat nak makan. haha

until then, ADIOSS!

June 02, 2013

2 series aready?

Assalamualaikum people! =)

30 mei telah berlalu dan secara automatiknya, cukuplah 2 dekad Sha menghuni bumi ALLAH ini. Alhamdulillah, sepanjang hidup ni diberikan masa yang cukup banyak untuk belajar macam2 benda, untuk rasa macam2 keadaan dan yang paling penting cukup banyak masa untuk berfikir.

Celebration? No, tak rasa macam semua orang perlu tahu. tapi malam 29 Mei ada GIRLS DAY OUT!!!! at night u olls! ihik! The day was awesome! it was EE birthday actually. EE stands for Nur Syawatul Fitri. Sorry if any spelling error. =) Makan-makan dekat POLKA DOT! Then tukar2 hadiah..

A...!!!!!! Sha dapat mini bolster siap gambar teddy kat atas tu. Tukar-tukar hadiah la, standard game kan? ngahahahhaha!!!! Sha dapat hadiah dari Teha. Melihatkan saiz hadiahnya yang besar membuatkan Sha excited! Mujur (bak kata Aten) tak dapat MR OR MRS TEDDY. Fuh! Lega! Teddy dan semua yang berbulu2 sama ada halus (furry) huh? Ada ea perkataan tu dalam kamus? haha! atau kasar adalah kepantangan. means? Sha tak minat, tak berkenan... Ibu cerita sejak dari kecik lagi memang Sha tak ada Teddy melainkan kalau ada orang hadiahkan. Bukan ibu tak nak belikan, tapi kalau dah budak yang seorang ni siap melalak menjerit2 ketakutan tengok Teddy dari luar kedai, baik tak payah. Buat tangkap habuk je nanti kan?! So, boleh tukar senarai hadiah kepada material2 lain yang lebih unik daripada Teddy yea! hikhik.... 



POLKA DOT. MOTIPH?!


my treat!

Semoga beroleh keberkatan, 
dikelilingi oleh orang2 yang baik,
 mendidik ke arah kebaikan, 
menunjuk ke arah  cahaya!
Dimurahkan rezeki yang berkat,
dikurniakan kesihatan yang baik,
diberi peluang berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Jadikan wanita itu dihormati kerana peribadinya yang unggul.
Jadikan wanita itu tulang belakang yang kuat membantu pembentukan organisasi.
eceh, dah macam Aishah Ghani junior!

~
"AISHAH ABD GHANI..."
"your action look so much like Tan Sri Aishah Ghani."
"Do you know her?"
"yes, i know her."
"so, you are the Aishah Ghani Junior"
"In Sha ALLAH sir, I will be like her. I am  Aishah Ghani junior."
Bismillahirrahmanirrahim 
=)