harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

March 22, 2014

do response to your RESPONSIBILITY.

Salam. Hai.

Tajuk itu bakal menyentak kalbu kerana diri ini juga bakal terpukul dengan segala macam fakta yang akan tertulis di sini.

Ayat pukulan pertama yang bakal ditulis di sini pun sudah cakap membiratkan hati sang penulis yang kerdil ini. Ayatnya berbunyi begini:

Tanggungjawab yang bagaimana yang mahu kamu pikul dahulu sedangkan segala tanggungjawab yang sudah terbeban di bahu mu pun kau pandang sebelah mata? 

Sobs. Esok petang ada test CONTROL SYSTEM AND INSTRUMENTATION pun boleh duduk sedap menulis di blog. Motif? =.= [sentap sendiri]

kedua:

Tak dinafikan, suasana pembelajaran dan persekitaran manusia dan golongan-golongan yang hampir sebaya dengan usia kita menjadikan kita mahu merasa apa agaknya yang ada dengan tanggungjawab yang sedang mereka pikul. Lihat, kita sibuk nak ambil tahu tentang mereka sedangkan kita ni masih belum melunaskan dan meletakkan sesuatu kepada tanggungjawab kita sendiri. Siapa kisah kalau kita tak fokus pada pelajaran dan aktiviti harian sendiri selagi kita tidak mengganggu norma kehidupan mereka bukan?

ketiga:

Tanggungjawab pada diri sendiri yang ditakrifkan sebagai menjalani kehidupan sebagai seorang manusia Islam sekaligus memenuhi kriteria Deen itu sendiri. (Cara hidup Islam.)

So, kau fikir dengan duduk sorang diri di penjuru bilik sambil menyumbat telinga dengan lagu yang tak membawa apa-apa erti positif selain menyumbang penyakit termenung dan bermuram durja menjadikan kau sedang mempraktikkan Deen dalam hidup kau? Sheshh!

keempat:

Tanggungjawab pada ibu bapa yang selalunya diketepikan oleh anak-anak masa kini (mungkin juga termasuk penulis ataupun tidak atau mana-mana satu). Tanggungjawab yang macam mana?

-bermanis muka
-bercakap dengan lembut dan menyenangkan
-membantu tanpa merungut
-mengingati dan mendoakan
-menghubungi mereka setiap hari
-dan banyak lagi sebenarnya.

jadi, kau fikir dengan lebih mengingati siapa jodoh kau dan bila dia datang akan membuatkan kedua orang tuamu gembira? Cuba saja kalau kau boleh fikir bagaimana perasaan kau bila kau membantu orang lain tetapi di hujung kejayaan mereka sedikit pun kau tidak dihargai. sedikit pun jerih perih kau tak diingati tetapi orang lain yang mereka sibukkan. Apa kau rasa?

kelima:

Fitrah. Ya, fitrah manusia itu ada banyak. Tapi fitrah yang terlalu sangat dikatakan di kala ini  adalah tentang itu. Ya, itu. jodoh. pasangan. sayap kiri. Dan apa sahaja yang boleh kalian faham. Kenapa tak diutamakan dahulu fitrah seorang hamba yang wajib taat pada PenciptaNya? Kenapa fitrah yang satu lagi itu sahaja diutamakan sedangkan fitrah kamu yang lain itu tercicir-cicir dibelakang? Ini bukan lagi tahap klise yang boleh kau katakan perkara biasa yang dilalui. Tapi dari sudut pandangan yang berbeza, inilah sebabnya kenapa anak muda kita terlalu kecil fokusnya. Fokus dengan satu benda sahaja. Yang mahu berdua terus mencari pasangannya, yang mahu belajar terus dengan bukunya tanpa menoleh ke kiri dan kanannya manusia, yang mahu berdakwah terus lurus pandangannya dengan dakwah mereka sedangkan di sekeliling mereka masih ada insan2 yang memerlukan perhatian mereka terlebih dahulu. Jawapannya tetap sama, anda manusia yang berakal, anda boleh fikir dan pilih yang mana satu yang anda mahu tapi tak semua yang akan anda lakukan itu akan disenangi orang ramai. Kerana manusia itu diciptakan berbeza-beza. =)

Keenam.

Tanggungjawab untuk terus berpesan dan terus mengingatkan yang lalai dan lupa. Saya juga kadangkala tenggelam dan lemas dengan semua persoalan duniawi yang sebenarnya tak menguntungkan. Cuba untuk terus positif dan yakin apa yang dah terjadi ada sebabnya. Juga untuk apa yang ada dihadapan dan sedang menunggu kaki ini melangkah ke arahnya. Sama ada kiri atau kanan jalan itu di pilih, jangan tinggalkan 'sangka baik' di belakang dan memimpin 'sangka buruk' di sisi. Yang menemani perjalanan itu nanti pastinya ALLAH. Dia yang menetapkan dan menentukan, perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan. Yakinlah insan. Apa yang kau lupa hari ini bakal kau ingati satu masa nanti, cuma jangan sampai masanya kau mengingati apa yang kau lupa satu masa dahulu itu memakan dirimu di waktu hadapan.


Akhir sekali,

"JIKA FITRAH ITU DIBAWA DENGAN ALIRAN YANG BETUL, IA MULIA." sebab bila kita bawa fitrah itu ke arah yang betul, kita positif dengan tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita pada KITA, pada dia, pada mereka, pada DIA. Semuanya mudah jika kita tak beralasan. Ya, mulut empunya diri ini juga terlalu biasa mengeluarkan senarai alasan yang negatif dari senarai solusi yang positif. 

habistu tanggungjawab yang ni macam mana?Jom! Bukak CSI, esok test! wakakaka!!!! klise sekali, tetapi bila kita mengingatkan, kita juga teringat. Ya, tanggungjawab yang itu. Yang pada buku dan gulungan IJAZAH yang bakal diterima nanti! =P

<3 SELAMAT BERTANGGUNGJAWAB! <3

March 20, 2014

Jangan Kerek sangat boleh?

Salam! Hello kerekers outta there!


Working with kerek people is not easy. Yup. Mungkin anda mahupun saya sendiri, (saya huh?) tak perasan tentang kewujudan manusia spesis ini tetapi mereka boleh dikesan melalui perlakuan yang macam uhh.... blergh....



Working with and facing with is not the same sebab facing with kerek people ni kita cuma perlu sabar dan layankan je. Tapi kalau working with them, possibility untuk mendapatkan heart attack adalah sangat tinggi!


Kenapa perlu kerek sangat?! Ya, even you have enough experience and knowledge yang boleh membezakan hasil kerja masing-masing, why not you share that skill, how to be that so good like you in doing works and task kan? Bolehla dapat pahala sebab kongsi ilmu. And more, if the experience and knowledge that you own cuma boleh dipakai untuk diri sendiri, jangan berangan the task given will going well and well.

because discussing is better than giving work without you know the expertise among the team. Musyawwarah itu perlu sebab semua orang ada idea dan pendapat masing-masing yang perlu diambil tahu. Get what i mean? Good.



dear you, stop being that overloaded kerek guy. Zip mulut doesnt mean i wont voice out this matter.

March 08, 2014

complicated!

Fake people are everywhere and please be aware.
Fake things are everywhere too and please make a good choice.
Fake hopes hurt the most.
The most.
The most.


March 01, 2014

Untuk hidup bersama SKOLIOSIS.

Tulang belakang yang membengkok. Yup, i am the one who suffer from this scoliosis. Bila Sha selalu tak join aktiviti sukan atau apa2 aktiviti yang memerlukan pergerakan yang keterlaluan. Orang akan fikir budak ni mengada-ngada betul! Sha tak salahkan diorang, tapi Sha akan rasa menyampah kat diri sendiri. You tak boleh buat apa kawan-kawan lain nak buat. Kalau you buat jugak, tanggunglah sakit sendiri. =.= Paling tak suka bila you need to explain every single thing about scoliosis all over again pada orang yang baru tahu you ada scoliosis. 

Bila orang lain dah tahu apa itu skoliosis, diorang akan selalu pot pet pot pet macam Chak Long and the sisters bila you beria nak tolong diorang angkat barang, bila you need to walk to your class instead of tunggu bas sampai dan lewat beberapa minit kemudian. Nak tak nak you have to face the problems. Untuk orang yang tak tahu pulak, mereka akan terus bertanya, dan ya, untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan diri anda sendiri selalunya membuatkan anda rasa bosan untuk menjawab. Langkah terbaik, bawak surat doktor ke mana-mana and just say, saya tak sihat. 

It was, dulu, masa zaman sekolah rendah, Sha memang tak minat nak bersukan. eventhough masa tu masih sihat dan boleh je join semua aktiviti, tapi kerana saiz badan yang dirasakan macam extra besar daripada kawan2 seusia yang lain, i prefer to ngelat kat cikgu kata harini saya sakit perut. Esok saya sakit kaki, semalam saya jatuh jadi kaki saya sakit. Oh my! 

Lepastu naik darjah lima banyak program, kem smart student la, apa lah untuk upsr, dan dari situ persepsi untuk bersukan bukanlah hanya dipadang tapi banyak lagi. And Sha keep on join program yang berunsurkan camping. Pernah Sha pergi satu kem ni sampai 3 kali even Sha tau Fasilitatornya sama, pengisiannya lebih kurang sama, apatah lagi tempat tinggal dan aktivitinya. Tapi Sha suka. Then jadi pengawas sekolah, lagilah macam2 kem kena pergi dan Sha suka! Naik sekolah menengah, sangat rajin berkawad, warna kulit tak pernah menjadi isu masa zaman tu sebab konon remaja sangat. =.= Hari sukan tu setiap tahun memang tak ada muka lain, kalau bukan untuk rumah sukan, Sha join kawad PPIM (Puteri Islam Malaysia.) Excited tau kawad macam polis ngan askar tengah padang. 

Tapi waktu dah hujung2 nak PMR tu, Sha perasan ada merah2 macam darah beku sebab lebam tapi tak sakit kat bekas operation kaki kiri Sha masa kecik dulu. Sha inform ibu, then ibu ajak jumpa doktor sebab doktor yang operate kaki Sha masa kecik dulu pesan, lepas 15 tahun, ada kesan sampingan atau tidak, tolong jumpa doktor. Tepat pada masanya kan?

Check punya check dan wajiblah x-ray, lain pula yang dijumpai. Tak de kene mengena pun dengan kaki yang konon2 merah macam darah beku tu, backbone! Backbone I bengkok u alls! Imagine la budak 15 tahun dengar doktor ortho explain pasal skoliosis dengan terms science yang patutnya belajar waktu form 5 tu, memang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan la. Apa yang Sha ingat, doktor ada la tanya soalan2 yang relevan dan masuk akal.

Contohnya, ada rasa sakit pada bahagian pinggang atau belakang badan? Rasa lain macam pada badan sendiri ke? Yes. Ada. Bila bersin dalam keadaan baring atau meniarap, pinggang memang rasa macam nak putus. Kalau batuk apatah lagi. Lepastu macam cepat lenguh bila belajar sambil duduk, so, preparation nak PMR dulu Sha banyak meniarap dan akhirnya syahid. keh3...

Buat follow up dekat hospital sebab doktor syorkan fisioterapi dan Sha tak suka. Tak suka fisio sebab nanti rasa sakit. Tapi lagi sakit hati bila mengadu kat ibu n terapist pasal sakit buat exercise yang macam2 tu. Haha. Haruslah sakit, bila rasa sakit means exercise tu memang membantu lah kan. Itu kata mereka. Juga kata Chak Long and the Sisters. Lahai! =.=

So far, rasanya cukup untuk memberi kefahaman kepada anda2 tentang saya. Ya, saya tahu adakalanya saya menyusahkan anda2 semua sebab saya tak mampu nak menyumbang tenaga untuk membantu anda dan rumah sukan dan walau saya melakukannya, saya sudah dibebel oleh bonda tercinta. Serba salah kan bila anda lihat orang lain perlu dibantu tetapi anda tidak boleh membantu atas alasan seperti yang saya berikan. bersyukurlah.

-pemilik tulang unik
pinjam nama fb yang tergoogle tadi. ^^