harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

June 24, 2014

UNGU LAVENDER.

SALAM!

PACKAGING BARU FM SIAP HOLOGRAM.

Kenapa Sha boleh tertarik nak jadi stokis FLORAL MASK ni? mula2 nampak iklan Dian cuma niat nak beli je. Dulu masa packaging besar sangat mahal tahap boleh pengsan sbb masih student. Ok, I sedar diri...

Tiba2 ad iklan lalu waktu sedang online kat FB! Packaging nye jadi kecil dan harga masih boleh bernafas lagi. Comel sgt, dan jadi excited nak beli. dah order confirm semua tinggal bank in je. Sha jenis kalau minat, suka dan teruja memang habis Sha selidik la produk tu. Tiba2 jumpa iklan dia offer untuk jadi stokis. Harga masa tu affordable lg. Siap keluarkan calculator tolak duit kalau confirm nak jadi stokis ni bahagi lagi baki minggu kuliah sebab waktu tu baru habis mid sem, dan Sha bergantung sepenuhnya pada PT. Bukan JPA, bukan MARA, bukan YAYASAN nak feeling kayo! No excuse. 

Alhamdulillah, sampai ke penghujung semester ni, makan cukup. Masa mula2 nak jadi stokis tu duit modal tu memang buat Sha fikir banyak kali. RM409.00, kalau tak berhasil, memang masak la!!! Tapi syukur nikmat! Kadang2 kalau tak sempat nak withdraw duit kat ATM tu, ad je duit untung jualan yang backup. Mula2 nak catu makan dan expenses sebab risau duit tak cukup lepas guna buat modal. Tapi tak tercatu pun, makin banyak makan ade.. T.T

Inbox semula Dian, kate tak jadi beli sebab terus nak jadi stokis. Masa tu senyap je... Tak bagitau org lain, ibu pun tak tau... Tau kenapa? sebab malu... Bila fikir balik, kenapalah nak malu, bukan jual barang haram pon. Sebelum confirm, tanya pendapat FIQAH dulu. Sebab ktorang ngam bila citer pasal bisnes. Mungkin sebab ada GEN bisnesswomen dalam darah memasing, tu yang borak macam bisnes juta2 tu. ngeh3... Lepastu cerita kat ATEN. Sebab ATEN sangat satu kepala kalau ckp pasal produk. Memnag best lah kalau borak ngan ATEN ni pasal produk! >< dia yang teman g bank in! wkakakakakaka.... budak2 lg kan, RM409 tu nilainya sangat besar pd kami! ngeh3... dan dia customer pertama yang beli. She support me well you know. G la cari kawan mcm diorang ni. best... haha

Masa tunggu parcel sampai, dah mula berani cakap kat MIN ngan CHAK LONG. Mula dgn y dkat2 dulu, sebab masa tu masih yakin tak yakin. Chak long kate, "Tak takut ke kalau tak jalan? Kenapa tak cuba jadi dropship dulu? Kan lebih sng." Sentap tak sentap, tapi tulah cabaran nyata yang pertama bila Chak long sendiri ckp gitu. Tapi kejap je, lama2 dia yang excited bila dengar bisnes smooth, siap tolong g pos lagi tau! MIN? dalam percaya tak percaya, dia kena percaya gak!!! =P

Sementara barang sampai, kepala dah siap susun strategi. Duduk kat KOLEJ KEDIAMAN kena gunakan sehabis baik peluang tu. Wink3!!! Dan kemudian lahirlah MY OFFICIAL PAGE . Sekarang sedang giat mencari dropship dan agen. untungnya jadi dropship/ agen bawah Sha, semua akan di guide dan tak akan dibiarkan.  Dropship ni tak payah keluar modal sesen pun. Tak payah keluar modal banyak2 mcm stokis dan sangat untung. Tapi Agen kena keluar modal, cuma tak sebanyak stokis lah. Kalau berminat dan nak tanya banyak lagi boleh klik je SINI dan inbox pada mesej. Jangan tulis 'pm' 'pm', PAGE tak boleh pm org dulu yea! Harap maklum.

Dan sekarang, ibu dah tau, siap pegang sebahagian stok untuk COD area Skudai. Available kat dobi ibu tau. Siapa nak, boleh g beli kat situ. =) 


To be continue...

WASSALAM!

June 14, 2014

Selepas itu...

Assalamualaikum wbt...

Ya, dah lama tak membebel panjang2 kat sini. Banyak sebabnya, study, assignment, projek, bisnes. Yes. Bisnes. Entri bisnes lain hari. Hari ni entri bukan bisnes.

Nikmat kesihatan sedang diuji. Bangun pagi tadi berdenyut2 kepala, tekak perit, hidung berair, mata tak selesa. Perkara2 yang macam tu biasa berlaku dengan pakej. Tapi tak demam. Syukur lagi...

Subuh dikejut adik2 rumah. Allahu, terima kasih! Malam sebelumnya tidur awal konon esok pagi boleh sedar lepas telan panadol. Manusia yang menaip ni bukan lah ciptaan yang mudah menelan ubatan. Kalau dah sampai telan Panadol, tu namanya dah tak tahan.

Lepas Subuh lelap lagi. Kepala berat tak boleh nak handle, Panadol oh Panadol!!! Seharian bantai tidur, bila kepala yang sakit, semua jadi sakit. Tak selesa. Adik bilik balik!!! "Kakak mau saya picitkan kepalanya?" dengan slang Sabah yang ketara.

Dari malam bawa ke pagi, sampai ke petang. Panadol dah, koyok pun dah, akhir sekali tawaran urut kepala di ambil. Usai itu, telan sebiji lagi Panadol. 2 biji dalam tempoh kurang 24jam?!!! Sungguh teruji. Bersihkan diri, siap semua. Alhamdulillah. berkurang. Sehingga mampu menaip semula di atas meja. Minta dipanjangkan kesihatan ini. Paper final berbaki dua. Sekian...

**selepas nikmat kesihatan diambil sementara waktu**

June 01, 2014

Matang kuasa 2?

Thanks ALLAH.
dua puluh satu. 
alhamdulillah.
berdiri lagi hamba yang bernama aishah.
dua puluh satu. 
syukur nikmat.
dikelilingi kurniaan-kurniaan terindah.
Thanks ibu,
dua puluh satu. 
melayan kerenah tanpa lelah.
membesarkan walau sendiri menanggung payah
dua puluh satu. 
alhamdulillah, terjaga makan dan pakai.
tertunai mahu dan perlu.
Thanks awak,
memang bukan dua puluh satu
tapi satu per tiga tanpa henti
jadi kawan jarang lawan, 
jadi teman bukan sepermainan,
duduk di belakang menyokong padu.
Thanks semua,
jadi kawan beri pedoman
suluh pandang putih dan hitam
beri contoh buat ingatan.
Thanks semua,
dua puluh satu masih bernyawa,
dosa pun pasti berganda-ganda
mohon teguran moga tak leka
agar ke Jannah bersama-sama.
=)