harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

September 28, 2014

ENTAH

tak tahu apa yang kau tinggalkan
yang sebenarnya terlalu lapuk untuk dijaga
tak tahu apa yang terlalu berharga
sampai terlupa ruangku juga perlu dijaga

sampai juga masa itu
waktu rasa aku dah tak mampu
tak terbendung 
tak mampu menahan
tak terkunci mulut
teroboh ego

bukan sekejap
cukup lama
jika bayi mungkin sudah berlari
jika merangkak mungkin sudah petah bercakap

entah
tapi rembesan cecair di tubir mata
yang lama aku tahan
yang lama dah jadi pekasam
yang lama dah jadi bahan usang
tapi masih belum ada luputnya
mendatangkan tenang
menjadikan hati senang

jangan lupa yang kau belum tahu
jangan paksa aku untuk beritahu
jangan jadi mangsa entah tak tahu
sebab apa yang terbiar
apa yang tertinggal
cuma aku yang tahu.

aku selalu buat tak tahu
fikir diakhir nanti bukan aku yang sakit hati
hasilnya? ini dia.
aku puas jika habis setempayan
embun itu aku curahkan
bukan tanda aku kalah
bukan tanda aku pasrah
tapi terlalu penat menahan lelah

kata dia, menangislah
bukan kerana kau kalah
tapi kau kutip semula lelah

kata dia, keluarkanlah,
segala apa yang tak pernah terluah
jika aku mahu bahagia 
walau sebenarnya aku terlalu mencuba

kata dia, menangislah
sebab cuma aku yang tahu
betapa layaknya aku untuk tempayan embun itu.
tak ada apa-apa.
tapi entah....





September 18, 2014

BETUL


Kapasiti memori semakin penuh dengan banyaknya cerita
kenangan 
yang ada suka 
yang ada duka
yang ada diingat kerana luka
yang ada diingat kerana tak suka

apa yang kaki ini hayunkan untuk hari ini
apa yang tangan ini buatkan untuk hari ini
adakah sama dengan setiap langkah yang akan ditapak menuju esok
benarkah laluan ini yang akan membawa tuju hala 
atau hanya akan berlalu bagai angin yang menggila

kalau raksa ini masih mampu bertahan untuk hari ini
mengapa tidak untuk hari esok
kalau raksa ini mampu menepis embun pada tubir mata untuk semalam
mengapa tidak untuk hari-hari yang akan datang?

ya,
terlalu banyak nikmat yang dicurah
sampai melimpah ruah
alhamdulillah

ketawalah, bahagialah
kerana itu tanda kau hidup
menangislah
kerana air mata itu hadirnya menjanjikan kekuatan
tapi jangan leka
akan ada yang datang menduga
menduga bila mana kamu ada semuanya
menduga bila kamu terasa manisnya bahagia
menduga bila kamu terlupa dengan apa yang kamu lalui dulu

jadi,
hiduplah
laluilah
nikmatilah
apa yang ada di depan mata
tapi jangan kamu lupa
disebalik itu semua
ada yang mencipta
ada yang menyusun perkara.....

hoping to live with all those memories.
yet it hurts.







September 11, 2014

aku cari...

aku cari erti indah
aku jumpa bila bahagia
aku cari erti susah
aku jumpa bila gelita
aku cari erti puas
aku jumpa dalam kesungguhan
aku cari erti sahabat
aku jumpa dalam ukhwah
aku cari erti kesal
aku rasa bila air mata berderai
aku cari erti kesakitan
aku jumpa bila tersungkur

aku cari walau aku tahu
sebab terlalu banyak makna yang tidak tertafsir dalam satu pencarian
aku cari kesempurnaan, tapi aku terlalu jauh dari perkataan sempurna
aku cari punca, bila satu masa aku boleh jadi sempurna
yang boleh jadi walaupun aku tak sempurna mana
asalkan aku jumpa apa yang aku cari
apa yang aku cari 
yang boleh buat aku rasa kekurangan aku adalah satu kesempurnaan untuk aku.
untuk dia
untuk mereka
untuk kalian
untuk hidupku..

aku masih cari semua tu.