harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

November 21, 2016

..hate..




"...all alone i watch you watch her
like she`s the only girl you`ve ever seen
you don`t care you never did
you don`t give a damn about me
yeah all alone i watch you watch her
she is the only thing you`ve ever see
how is it you never notice 
that you are slowly killing me.. "

June 07, 2016

DG SHORT VACATION!

Assalamualaikum.

nak straight to the point terus. org nak create lagi satu papan tanda kat sini.

2 JUN, KHAMIS.

seminggu dua sebelum tu, semua orang tunggang terbalik, nak kejar tu nak kejar ni... petang khamis decide sebulat suara seia sekata seiring sejalan untuk ke mersing. MERSING. MERSING WITH LADIES!!!

first time nak bermalam sepanjang hidup 23 tahun, tanpa family. perasaan? tak ada perasaan. excited je sebab nak g main air. hahah. malam sebelum tu pecah dua, i olls amek  alat barbeque kat uma maktah, tetiba mak tah bg pinjam khemah. chaklong kata amek je, sbb kita pun tak plan nak bermalam kat mana dan macam mana kan? while fiqah and aten shopping barang2 malam tu jugak.
tak pernah tak gila. semua on time, time tu plan, time tu prepare, time tu huru sana huru sini.


3 JUN, JUMAAT.

kitorang bawak apa? dari tikar sampai ke khemah, dari nasi goreng sampai spaghetti, dr periuk sampaila para barbeque. Semua tu tersusun dalam 4 wheel Saga aten! ><

Min masak nasi goreng pagi tu. acah2 nak makan masa sampai nanti. tapi sebab 'delay' dan tersasar sampai endau, eh??? haha.. so, kitorang makanla dalam kereta je. sedap jugak, best je. haha. kitorang jumpa Tanjung Gemok signboard sekali dengan Taman Jadi, maka, bila digabungkan, JADI GEMOK! hahahaha

lama dalam kereta, sampaila kami kat Pantai Pasir Lanun. Plan asal nak g pantai lain, lupala nama pantai tu, sekali sampai..... pantai tu bersambung dengan Pantai Pasir Lanun. Tak berdekah lima-lima tu dalam kereta? ><

Lanun pun lanun la.. yang penting percutian perlu diteruskan! chaiyok!




kereta berjasa. bonet luar biasa. hahaha




laparrrrr... makan dalam rice cooker paling win! asal dapat makan. well..


tak perasan pulak saiz penduduk Taman Jadi ni.. ehh?? ><

Dah sampai!! PANTAI PASIR LANUN.


nice view kan! sayangnya kena sewa wakaf ni. Kalau nak bermalam kat sini pun kena bayar sewa tapak siap bilik air semua RM8 1 kepala. mahal nak oiii.. 


Siap ada net kalau nak buat aktiviti main bola. 


Nindia!!! barbeque. Min incharge part bbq ni. memang sedap la. tak tipu. Rugi ni siapa tak mintak resepi dari dia.


lepas pasang khemah, gilir2 zuhur tepi pantai, then bakar2 and makan2 time! 


Buai laju2.. Ada 2 je buai yang kelihatan kat tepi pantai. konsepnya, siapa cepat dia dapat. kalau tak dapat g ambil nombor sana!


sebelum masuk dalam air, kena wefie berkali2.. sekali je tak cukup. ingat tu ya..

sedang berendam2 dalam air, hujan pun turun renyai2.. lelaju lah kita mengemas khemah dan markas kami. sebelum tu min dah masakkan air.. so, lepas kemas khemah, minum milo panas. bayangkan nikmat kau dah gigil2 sejuk lepas naik laut, minum milo panas. terbaiklah!!! tapi kitorang tak terus kemas pun.. sebab bila hujan dah reda sikit, manja2 alam gitu, kitorang masuk balik dalam air! perangai memasing kan.. chaklong dah surrender kesejukan dah masa ni. hikkhik.

dah nak maghrib, kita kena fikir checkpoint seterusnya, masa ni dah plan. kita akan tidur dalam khemah. bismillahi tawakkal tu `alallah..

lepas maghrib n jamak sekali kat surau terdekat, kitorang patah balik pekan Mersing. nak cari barang katanya. dah sempat minum air panas semua kat mamak, kita teruskan misi mencari markas baru untuk gegadis. ewah..

and finally.. Pantai Air Papan pun kami tawan. gitu.. Pukul 10 lebih, waktu malam, 5 org anak dara set up khemah. 



gambar memang blur ea. tak payah sibuk nak reload2 kasi terang. 


tadi kan cuma minum air panas je. so sekarang, kita akan set fire to the rain.. oh bukan, tak kelakar.. kita nak set up semua sebab min nak masakkan megi! Semua min, haahhaaha.. spaghetti orang masak ada lagi, so kita makan sekali. makan apa ada. jangan ngada2 tanak tu tanak ni. 

waktu makan dengan lahapnya, chaklong gelak2 sebab diorang katanya nak buat apelah tu dengan megi tu, pastu g nyanyi lagu belated birthday untuk mekcha kat situ jugak. Siapa mekcha? Fikir sendiri ya.

><


rajin kan min melayan tekak kitorang. dah rebus telur siap2 untuk buat breakfast esok. roti sarapan dalam kereta pagi tadi ada lagi, jadi , kenapa perlu membazir?


4 JUN 2016, SABTU

Dah la malam tadi tidur dengan desiran ombak, bangun pagi dihidangkan dengan pantai yang indah pulak, tak ramai org lagi. tipulah kalau perasaan 'Pantai ni kitorang yang punya' tak terasa kan?



Saujana mata memandang. sukenya kita sampai nak pejam2 mata rasa. 


sebelum serang air, breakfast duluan ya... Kita tolong min kupas telur pastu hancurkan, makan dengan roti n sos. kalau ada blackpepper dengan mayonis mesti lagi umpph! hype! puasa2!


meet me, fiqah, aten and min! Chaklong takde, dia sibuk jadi jurugambar sedang tauliah. 


dah puas mandi semua, kenalah berkemas2.. Ni tapak markas kitorang kat Pantai Air Papan. 



kacha2 jangan lupa, buat kenangan kat anak cucu nanti, "nanny dulu pergi vacation tidur dalam khemah tau. kawan2 nanny semua perempuan." ><



ok dah, jom balik! dah puas telan air masin kan? balik nanti kena bertempur dengan final paper pulak!

On the way pulang, jangan lupa belikan keropok lekor untuk keluarga yang memberi izin kami merealisasikan short budget vacation ini. stok makanan dah habis, so, lunch depan kedai keropok lekor tu. Strategik sangat makcik tu buat gerai makan kat situ, ABC dan Cendol pun ada tau!

so, kitorang sebenarnya tak galakkan korang berkhemah malam2 kat tepi pantai. 5 orang sekalipun, ingatlah korang perempuan. till then! terima kasih aten bawak kitorang jenjalan sebelum korang habis! terima kasih Min! jadi AJK markas dan chef! Terima kasih Fiqah! sebab jadi AJK fotografi. Last but not least, terima kasih chaklong! Jadi AJK kebajikan waktu2 emergency kita. >< 


June 01, 2016

23~ dah ke belum?

Tak payah mukadimah 
ni nak letak papan tanda
apa tu orang kata
supaya ingat dan tak lupa
ha...

it was my birthday
sebab yang ke 23, 
maka perlu lebih positif, lebih matang dan lebih dewasa,
tak ada orang akan selalu ingat
sebab manusia kan selalu lupa
haha...

first time dalam hidup kot
ibu lupa birthday kita
adik lupa birthday kita
in fact awak pun lupa!
hey awak tak pernah lupa ok selama 1/3 tu
mentang2 dah kerja,
lupa dah. motip!

pg2 call ibu nak pancing
betul ke ibu lupa ni?
serious weyyy ibu lupa..

call kali kedua
sebab nak remind ad org nak ambik vitamin
baru ibu gelak2 sebab memang lupa
adik? arep tu?
ha, tu lagi teruk
dia sambung je post mira kat fb tu
sabar je lah..
tu tandanya, kau dah boleh sepatutnya
berdiri atas kaki sendiri
celebrate sendiri sudah... ><

a day after..
tak puas hati awak tak muncul2
pancing jugak dengan whatsapp
eh, dia sungguh lupa
"sungguh ke lupa?
taula lupa ni?"
hahaha, perempuan.. 
matilanak,

"saya lupa apa?
kenapa?"
siap bg emoticon memikir
fuh fuh fuh....
rasa nak gelakkan diri sendiri je..
hua... oklah, perlu faham
tak ingat bukan diorang lupa pun sebenarnya
kan? (sedapkan hati sendiri)

DG? 
tq fiqah, mewakili mereka,
hihi.. tak penting pun sebenarnya
tapi entah, birthday adalah waktu paling excited
untuk membaca dan menunggu
hahahahahaha... 

dah dapat kek in advanced dari nasuha
tapi kita tak tunggu kek
kita tunggu ingatan. haha
lempang karang

tq semua,
habis berbelon2 rasa dunia
sbb ada org tu tak lupa
i appreciate that
tq. ><

~awaklupatakpesebabmrcoolingat

mau kena ligan keliling meja kalau ad DG membaca hashtag ni. hahaa