harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)
Showing posts with label with or without. Show all posts
Showing posts with label with or without. Show all posts

January 01, 2016

HELLO TOMORROW

Bismillah...

Habis sudah satu tahun
habis sudah 12 bulan
habis sudah 365 hari

terima kasih untuk 365 hari yang lepas
untuk seperti manusia yang macam ini.. 
macam aku...
bukan jenis yang senang lupa apa 
bukan jenis yang senang lupa semua

tapi yang selalu terlalu susah untuk meninggalkan semalam
sebab banyak kenangan
sebab aku takut lupa
sebab aku takut kalau itu tidak terjadi lagi
supaya aku beringat untuk selalu ada 

ada hari yang pernah terlalunya indah
ada hari yang pernah terlalunya menyakitkan
ada hari yang pernah terlalunya menjengkelkan
dan ada hari yang pernah terlalunya menakutkan aku

hello 2016...
hello 23...
hello PSM...


hello tomorrow...

November 01, 2015

TUNGGU

dengar dia dari jauh
lihat dari jauh
jauh, sungguh jauh

bukan sebab jarak
bukan sebab bersebab
bukan 
bukan

nanti kalau terlupa
aku letak kat sini
kalau tak ingat juga
maka aku menang

nanti kalau tak lupa
aku letak kat sini
juga di sini
hilang lagi

tarik keluar
tolak ke tepi
tutup ruang yang ini
paksa angkat kaki









October 21, 2015

BUTA?

"kalau kau kata aku buta sebab tak nampak dia, jadi kau pun buta sebab tak nampak aku" 
~LP

- fairkan? sama2 buta. T.T

December 13, 2014

A moment to remember...

Apa pun yang kau buat, kalau kau tahu apa tujuannya, kalau kau tahu apa kesannya, kalau kau tahu itu lebih menggembirakan dan memenuhi kehendak orang-orang tersayang, dan kau boleh terima dan hadam semua , maka jalan yang ada terbentang di depan hanya menanti untuk kau pilih. 

Untuk memuaskan hati semua orang sangat mustahil. Untuk aku sendiri faham walhal aku juga pernah berada di tempat itu. Saat mana perlu memilih, meletakkan noktah atau terus menarikan pena di atas kanvas kehidupan. Kita manusia, kita ada perasaan mahu menjaga semua perkara walaupun itu di luar batas kemampuan. Sama ada terus memekakkan telinga dan cekal, atau mempertimbangkan keadaan sekeliling.

Semua orang akan mempersoalkan, kenapa? Kenapa? Kenapa? sebab semuanya bersebab. Orang boleh assume kita akan explain semua benda dari A sampai Z. Tapi tak semua orang boleh  fikir sama ada kita punya kemampuan untuk memahamkan mereka. They expect that they can put the situation in their shoes. But we dont share the same path to travel to. 

Bukan senang nak tinggalkan maktab, bukan senang nak tinggalkan kawan-kawan, bukan senang nak jelaskan kenapa. Tapi itu yang aku pilih. Sebab aku disepit, dengan kasih sayang dan perhatian keluarga dan kawan-kawan. Tapi hari ini aku persoalkan semula, kenapa? Sedangkan aku pernah merasa keadaan ini. Yang manis tetap dikenang, yang pahit tetap menjadi parut. 

Dan bila sebatang pen yang tak selalu digunakan, tapi selalu ada dalam bekas pensil, hilang dari tempatnya, ghaib mengosongkan tempatnya, aku terasa. Moga ALLAH mudahkan segala urusan, DIA tahu semua yang kita tak tahu, Dia tahu semua yang dihijabkan, Dia tahu apa yang menanti kita untuk masa depan terlalu cantik dan indah.

Selama jadi paling bongsu, kakak-kakak selalu manjakan aku. Dari Kak Ain sampai Kak Fida. Dari Kak Ceku sampai Kak Ija. They love me in different ways. Sungguh aku tak lupa. celoteh aku, gurau aku, permintaan aku, hatta tangis aku di bahu2 mereka. Dan ilmu kakak2 tu aku apply untuk dia dan yang lain-lain. Jaga diri, adik perempuan pertama yang akak ada tak ada depan mata dah. Habis semua ilmu menjadi kakak akak gunakan. To treat a younger sister is not an easy thing. Sebab 20 tahun menghadap adik lelaki. Ketawa. Moga sayang ini sampai, moga ukhwah ini panjang. Ameen...


WASSALAM.

September 18, 2014

BETUL


Kapasiti memori semakin penuh dengan banyaknya cerita
kenangan 
yang ada suka 
yang ada duka
yang ada diingat kerana luka
yang ada diingat kerana tak suka

apa yang kaki ini hayunkan untuk hari ini
apa yang tangan ini buatkan untuk hari ini
adakah sama dengan setiap langkah yang akan ditapak menuju esok
benarkah laluan ini yang akan membawa tuju hala 
atau hanya akan berlalu bagai angin yang menggila

kalau raksa ini masih mampu bertahan untuk hari ini
mengapa tidak untuk hari esok
kalau raksa ini mampu menepis embun pada tubir mata untuk semalam
mengapa tidak untuk hari-hari yang akan datang?

ya,
terlalu banyak nikmat yang dicurah
sampai melimpah ruah
alhamdulillah

ketawalah, bahagialah
kerana itu tanda kau hidup
menangislah
kerana air mata itu hadirnya menjanjikan kekuatan
tapi jangan leka
akan ada yang datang menduga
menduga bila mana kamu ada semuanya
menduga bila kamu terasa manisnya bahagia
menduga bila kamu terlupa dengan apa yang kamu lalui dulu

jadi,
hiduplah
laluilah
nikmatilah
apa yang ada di depan mata
tapi jangan kamu lupa
disebalik itu semua
ada yang mencipta
ada yang menyusun perkara.....

hoping to live with all those memories.
yet it hurts.







June 14, 2014

Selepas itu...

Assalamualaikum wbt...

Ya, dah lama tak membebel panjang2 kat sini. Banyak sebabnya, study, assignment, projek, bisnes. Yes. Bisnes. Entri bisnes lain hari. Hari ni entri bukan bisnes.

Nikmat kesihatan sedang diuji. Bangun pagi tadi berdenyut2 kepala, tekak perit, hidung berair, mata tak selesa. Perkara2 yang macam tu biasa berlaku dengan pakej. Tapi tak demam. Syukur lagi...

Subuh dikejut adik2 rumah. Allahu, terima kasih! Malam sebelumnya tidur awal konon esok pagi boleh sedar lepas telan panadol. Manusia yang menaip ni bukan lah ciptaan yang mudah menelan ubatan. Kalau dah sampai telan Panadol, tu namanya dah tak tahan.

Lepas Subuh lelap lagi. Kepala berat tak boleh nak handle, Panadol oh Panadol!!! Seharian bantai tidur, bila kepala yang sakit, semua jadi sakit. Tak selesa. Adik bilik balik!!! "Kakak mau saya picitkan kepalanya?" dengan slang Sabah yang ketara.

Dari malam bawa ke pagi, sampai ke petang. Panadol dah, koyok pun dah, akhir sekali tawaran urut kepala di ambil. Usai itu, telan sebiji lagi Panadol. 2 biji dalam tempoh kurang 24jam?!!! Sungguh teruji. Bersihkan diri, siap semua. Alhamdulillah. berkurang. Sehingga mampu menaip semula di atas meja. Minta dipanjangkan kesihatan ini. Paper final berbaki dua. Sekian...

**selepas nikmat kesihatan diambil sementara waktu**

May 22, 2014

SEKALIPUN...



Bertahanlah wahai raksa
Jangan kau terhenti
Berpautlah wahai nyawa
Ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang-- Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah-payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang-- dendam dan sayu

Tuhan jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati

yang mematah tegak itu terlalu ramai, kadangkala tersembunyi di antara khalayak yang merapati kamu, tanpa kamu sedari, tanpa kamu rasai, yang akhirnya hanya kau sedar bila setiap kata picisan yang mematahkan mu terlalu ringan keluar dari mulut-mulut mereka.

Saat itu, rasakan dengan jiwa, apa terlalu mudah kau mengaku patah dengan mereka? Apa kau lupa dengan jerih perih semalam saat mereka hanya mempermainkan mimpi dan angan kau?

Tiap yang menolak dan hanya tahu memijak henyak itu adalah mereka yang takut dengan bayang-bayangmu, yang tidak tahu cara menyokong kukuh mu, yang hanya tahu memperlekeh dan menjenakakan kamu. Maka berpautlah pada payah-payah semalam. hanya dengan cara itu akan buat kau tegak, kukuh, agam dan sasa di atas kaki sendiri! 

tibanya saat kau terbang tanpa kau sedar dengan ketinggian yang kau capai, mohon TUHAN jangan biarkan dirimu lupa, mendepang dada dan hanya memandang ke atas, minta dipasakkan segala upaya, minta dipaksakan cekal untuk terus tegak di hadapan!

Amin..



May 07, 2014

please sayang, dont!

Salam. 

Ya, lama tak menulis. Kerana kini sibuk dengan tambahan aktiviti, bisnes. FLORAL MASK. nak? jom whatSApp Sha kat sini 011 177 755 78. ahahahahaakkks!!! Sempat promo, haruslah promo, blog sendiri kan? ><

Baiklah, please sayang-sayang, adik-adikku, sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku, jangan. Jangan tone down your voices dengan non-muhrim. Mengaku, kadang-kadang diri sendiri pun terleka dan terlupa dengan benda ni. Benda yang kadang-kadang nampak macam tak ada apa2 pada kita. 

Sebelum lebih galak membebel, maaf jika, andai, kalau perkataan2 yang tertulis ni mengakibatkan anda terasa hati. Tapi, inilah sekecil2 usaha yang boleh disebarkan hatta begitu kecil komuniti yang bakal membacanya. Saya tak sesempurna seperti mereka yang bertudung labuh, kaki2 masjid dan golongan2 yang terbaik tarbiyahnya, tapi, saya juga mahu berkongsi, mahu berpesan2 semampu saya. 

HADITS KETIGA PULUH EMPAT
عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
[رواه مسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemunkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.
(Riwayat Muslim)
Kenapa tak boleh? kenapa jangan? Kenapa?

Sebab, cuba tanya diri semula, macam mana you cakap dan berbual dengan family, dengan suara macam tu ke? lebih kasar sebab nak nampak friendly? lebih lembut dan berlagu sebab nampak manja? Jadi kenapa, kenapa you layan golongan yang itu lebih high class dari golongan yang sepatutnya? 

You jerit-jerit dengan bestfriend, ya, sebab mereka tempat you menggila, dengan orang lain? dengan mereka yang 'non-muhrim' tu kenapa nak berlagu2 pulak? Diorang tu siapa? adik you? abang you? ayah you? Suami you

Banyak lagi yang kurang pada Sha sendiri, InsyALLAH, semoga ALLAH hantar orang2 yang akan tegur Sha dengan cara yang mudah diterima, yang tahu cara menegur dengan betul, sebab manusia, kalau salah caranya menegur, takut makin memberontak jadinya.

Cukup sekadar bercakap tanpa nada. Tak kasar sampai org fikir macam kite sedang marah, tak lembut sangat sampai org fikir dan label kita 'manja'. Sebab dan sebab, mereka. 

Mereka itu adalah kaum Adam yang kita tahu kelainannya. Things that are not matter to us, Hawa, are matters for them, Adam, and vice versa.



WALLAHUALAM.

do tegur and nasihat each other, 
saya juga manusia. =)
maaf adik2, kakak2, sayang2, andai terasa.









March 22, 2014

do response to your RESPONSIBILITY.

Salam. Hai.

Tajuk itu bakal menyentak kalbu kerana diri ini juga bakal terpukul dengan segala macam fakta yang akan tertulis di sini.

Ayat pukulan pertama yang bakal ditulis di sini pun sudah cakap membiratkan hati sang penulis yang kerdil ini. Ayatnya berbunyi begini:

Tanggungjawab yang bagaimana yang mahu kamu pikul dahulu sedangkan segala tanggungjawab yang sudah terbeban di bahu mu pun kau pandang sebelah mata? 

Sobs. Esok petang ada test CONTROL SYSTEM AND INSTRUMENTATION pun boleh duduk sedap menulis di blog. Motif? =.= [sentap sendiri]

kedua:

Tak dinafikan, suasana pembelajaran dan persekitaran manusia dan golongan-golongan yang hampir sebaya dengan usia kita menjadikan kita mahu merasa apa agaknya yang ada dengan tanggungjawab yang sedang mereka pikul. Lihat, kita sibuk nak ambil tahu tentang mereka sedangkan kita ni masih belum melunaskan dan meletakkan sesuatu kepada tanggungjawab kita sendiri. Siapa kisah kalau kita tak fokus pada pelajaran dan aktiviti harian sendiri selagi kita tidak mengganggu norma kehidupan mereka bukan?

ketiga:

Tanggungjawab pada diri sendiri yang ditakrifkan sebagai menjalani kehidupan sebagai seorang manusia Islam sekaligus memenuhi kriteria Deen itu sendiri. (Cara hidup Islam.)

So, kau fikir dengan duduk sorang diri di penjuru bilik sambil menyumbat telinga dengan lagu yang tak membawa apa-apa erti positif selain menyumbang penyakit termenung dan bermuram durja menjadikan kau sedang mempraktikkan Deen dalam hidup kau? Sheshh!

keempat:

Tanggungjawab pada ibu bapa yang selalunya diketepikan oleh anak-anak masa kini (mungkin juga termasuk penulis ataupun tidak atau mana-mana satu). Tanggungjawab yang macam mana?

-bermanis muka
-bercakap dengan lembut dan menyenangkan
-membantu tanpa merungut
-mengingati dan mendoakan
-menghubungi mereka setiap hari
-dan banyak lagi sebenarnya.

jadi, kau fikir dengan lebih mengingati siapa jodoh kau dan bila dia datang akan membuatkan kedua orang tuamu gembira? Cuba saja kalau kau boleh fikir bagaimana perasaan kau bila kau membantu orang lain tetapi di hujung kejayaan mereka sedikit pun kau tidak dihargai. sedikit pun jerih perih kau tak diingati tetapi orang lain yang mereka sibukkan. Apa kau rasa?

kelima:

Fitrah. Ya, fitrah manusia itu ada banyak. Tapi fitrah yang terlalu sangat dikatakan di kala ini  adalah tentang itu. Ya, itu. jodoh. pasangan. sayap kiri. Dan apa sahaja yang boleh kalian faham. Kenapa tak diutamakan dahulu fitrah seorang hamba yang wajib taat pada PenciptaNya? Kenapa fitrah yang satu lagi itu sahaja diutamakan sedangkan fitrah kamu yang lain itu tercicir-cicir dibelakang? Ini bukan lagi tahap klise yang boleh kau katakan perkara biasa yang dilalui. Tapi dari sudut pandangan yang berbeza, inilah sebabnya kenapa anak muda kita terlalu kecil fokusnya. Fokus dengan satu benda sahaja. Yang mahu berdua terus mencari pasangannya, yang mahu belajar terus dengan bukunya tanpa menoleh ke kiri dan kanannya manusia, yang mahu berdakwah terus lurus pandangannya dengan dakwah mereka sedangkan di sekeliling mereka masih ada insan2 yang memerlukan perhatian mereka terlebih dahulu. Jawapannya tetap sama, anda manusia yang berakal, anda boleh fikir dan pilih yang mana satu yang anda mahu tapi tak semua yang akan anda lakukan itu akan disenangi orang ramai. Kerana manusia itu diciptakan berbeza-beza. =)

Keenam.

Tanggungjawab untuk terus berpesan dan terus mengingatkan yang lalai dan lupa. Saya juga kadangkala tenggelam dan lemas dengan semua persoalan duniawi yang sebenarnya tak menguntungkan. Cuba untuk terus positif dan yakin apa yang dah terjadi ada sebabnya. Juga untuk apa yang ada dihadapan dan sedang menunggu kaki ini melangkah ke arahnya. Sama ada kiri atau kanan jalan itu di pilih, jangan tinggalkan 'sangka baik' di belakang dan memimpin 'sangka buruk' di sisi. Yang menemani perjalanan itu nanti pastinya ALLAH. Dia yang menetapkan dan menentukan, perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan. Yakinlah insan. Apa yang kau lupa hari ini bakal kau ingati satu masa nanti, cuma jangan sampai masanya kau mengingati apa yang kau lupa satu masa dahulu itu memakan dirimu di waktu hadapan.


Akhir sekali,

"JIKA FITRAH ITU DIBAWA DENGAN ALIRAN YANG BETUL, IA MULIA." sebab bila kita bawa fitrah itu ke arah yang betul, kita positif dengan tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita pada KITA, pada dia, pada mereka, pada DIA. Semuanya mudah jika kita tak beralasan. Ya, mulut empunya diri ini juga terlalu biasa mengeluarkan senarai alasan yang negatif dari senarai solusi yang positif. 

habistu tanggungjawab yang ni macam mana?Jom! Bukak CSI, esok test! wakakaka!!!! klise sekali, tetapi bila kita mengingatkan, kita juga teringat. Ya, tanggungjawab yang itu. Yang pada buku dan gulungan IJAZAH yang bakal diterima nanti! =P

<3 SELAMAT BERTANGGUNGJAWAB! <3

January 04, 2014

itu plastik, ini kaca.

kalau kau boleh lihat bekas plastik yang berisi bahan panas
kau akan fikir betapa plastiknya dia menahan panas
tapi cuba kau buang isi plastik yang panas 
dan kau rasa dasarnya
kasar dan kadangkala menggerutu

Kalau kau boleh lihat bekas kaca
yang berisi bahan panas di dalamnya
pasti dasarnya tidak kasar apatah lagi menggerutu
akibat kepanasan bahan tadi.

cuba pula kau isi bahan yang sejuk dan tidak panas pada bekas plastik lain
dasarnya masih sama
cuba lagi kau isi bahan yang sejuk dan tidak panas pada bekas kaca lain
ya, dasarnya masih sama seperti mula-mula
tak kasar, 
tak menggerutu.
bahkan tetap sama.

bukan kadar optimumnya plastik itu berfungsi menjadi topik
tapi sifat kaca dan plastik itu sendiri

kau betah kata kau tak kisah tentang itu ini
tapi hakikatnya dasar hati kau dah jadi kasar dan...
menggerutu mungkin?

Kau kata kau tak mahu bersifat plastik
tapi kau jadi kaca yang terlalu mudah pecah

Kau kata kau tak ada simpan apa-apa iri dan dengki
tapi kau biarkan orang lain bercakap tentang kau di belakang kau

plastik tu sifatnya sementara tapi tidak mudah urai
kaca memang fragile 
tapi kalau tak isi bahan panas dan sejuk silih berganti,
jangka hayatnya pasti lebih lama
pasti lebih banyak baktinya

kau boleh pilih
sama ada mahu jadi plastik?
jadi kaca?
atau jadi diri sendiri.

Dan bila kau pilih untuk jadi diri sendiri
tak semua orang akan suka dengan cara pembawakan kau
dan yang pasti tak semua orang akan beritahu kau
apa yang mereka tak berkenan dengan kau
akhirnya kaca dan plastik juga pilihan yang ada. 
dan kau perlu pilih mengikut situasi.
maka pilihlah dengan bijak!

hye 2014, 
may you bring thousands happiness and millions  barakah!
<ameen>




December 22, 2013

Alkalikan segala Asid!

There are times when we endure failure but it is from that failure that we learn amazing things that winners never!

have faith, ALLAH with us always! <3

November 09, 2013

Definisikan cantik.


Mata kasar cuma boleh lihat apa yang diluar
tidak yang di dalam.
yang di dalam tu apa pulak?
Hati.
Orang boleh nilai dia cantik
awak cantik
saya cantik
opsss!!! 
Tapi apa yang dikatakan cantik sebenarnya?

Cukup cantik dah ke kalau hati tu tidak?
Hati pun boleh cantik ke?
Boleh. 
Bila kita selalu basahkan hati dengan zikrullah.
kadang tak perlu dibibir
cukup di hati
Bila kita selalu bersangka baik
Bila kita selalu ikhlas
Bila kita selalu senyum dalam hati 
gembirakan diri sendiri
Pakailah apa pun
kalau diperhalusi yang halus
di mata kasar pun sebenarnya tidak
kalau hati yang satu tu tak boleh dicantikkan
All The Best!
Cantikkan hati, indahkan diri. 
Walau bukan dimata manusia
biarlah padaNYA sahaja.
peace! 
Salam Maal Hijrah.
=)


September 29, 2013

Oh Mimpi!

Orang kata,
Biar mimpi sampai ke bintang.
Tapi kalau tengok balik cerita sampai ke bintang tu, 
macam tak patut pulak kan..

Memang lah kalau kita nak sesuatu tu, kita kena berusaha untuk dapatkan! tAPI janganlah sampai nak menipu-nipu semua.. kan? Eh? Ini bukan apa yang mahu dikongsikan. =.=

Mimpi. Mimpi mainan tidur. Mimpi tak bawa apa-apa tanda pun. It depends on you. What you obsess the most, what you craving the most that day, or maybe what you afraid of that day.

Kalau asyik difikir-fikirkan pun boleh jadi mimpi. 
Boleh jadi, mimpi pun mainan syaitan tau.
Jadi jaga-jaga, sebab old folks selalu kaitkan mimpi dengan kejadian2 yang sebahagian besarnya tak masuk dek akal. The best thing is, basuh kaki sebelum tidur. Ambil wudhu` sebelum tidur...

Lepastu kalau mimpi jugak dengan adanya wudhu`, barulah boleh relate sikit-sikit.
Oh my.. ape kau merapu ni? Mana storyline yang kukuh sepanjang kerja2 pembebelan dilakukan? Dah lama tak menulis, rasa janggal nak buat ayat. Never mind. hohoho

 mimpi tak boleh blah!

mimpi tu blurr...

ehem.. amboi, lawanya baju, putih sangat ni.... =.="

ADIOSS






June 02, 2013

2 series aready?

Assalamualaikum people! =)

30 mei telah berlalu dan secara automatiknya, cukuplah 2 dekad Sha menghuni bumi ALLAH ini. Alhamdulillah, sepanjang hidup ni diberikan masa yang cukup banyak untuk belajar macam2 benda, untuk rasa macam2 keadaan dan yang paling penting cukup banyak masa untuk berfikir.

Celebration? No, tak rasa macam semua orang perlu tahu. tapi malam 29 Mei ada GIRLS DAY OUT!!!! at night u olls! ihik! The day was awesome! it was EE birthday actually. EE stands for Nur Syawatul Fitri. Sorry if any spelling error. =) Makan-makan dekat POLKA DOT! Then tukar2 hadiah..

A...!!!!!! Sha dapat mini bolster siap gambar teddy kat atas tu. Tukar-tukar hadiah la, standard game kan? ngahahahhaha!!!! Sha dapat hadiah dari Teha. Melihatkan saiz hadiahnya yang besar membuatkan Sha excited! Mujur (bak kata Aten) tak dapat MR OR MRS TEDDY. Fuh! Lega! Teddy dan semua yang berbulu2 sama ada halus (furry) huh? Ada ea perkataan tu dalam kamus? haha! atau kasar adalah kepantangan. means? Sha tak minat, tak berkenan... Ibu cerita sejak dari kecik lagi memang Sha tak ada Teddy melainkan kalau ada orang hadiahkan. Bukan ibu tak nak belikan, tapi kalau dah budak yang seorang ni siap melalak menjerit2 ketakutan tengok Teddy dari luar kedai, baik tak payah. Buat tangkap habuk je nanti kan?! So, boleh tukar senarai hadiah kepada material2 lain yang lebih unik daripada Teddy yea! hikhik.... 



POLKA DOT. MOTIPH?!


my treat!

Semoga beroleh keberkatan, 
dikelilingi oleh orang2 yang baik,
 mendidik ke arah kebaikan, 
menunjuk ke arah  cahaya!
Dimurahkan rezeki yang berkat,
dikurniakan kesihatan yang baik,
diberi peluang berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Jadikan wanita itu dihormati kerana peribadinya yang unggul.
Jadikan wanita itu tulang belakang yang kuat membantu pembentukan organisasi.
eceh, dah macam Aishah Ghani junior!

~
"AISHAH ABD GHANI..."
"your action look so much like Tan Sri Aishah Ghani."
"Do you know her?"
"yes, i know her."
"so, you are the Aishah Ghani Junior"
"In Sha ALLAH sir, I will be like her. I am  Aishah Ghani junior."
Bismillahirrahmanirrahim 
=)

April 21, 2013

chang on the board!

Assalamualaikum..



Mid Sem Break dah habis. Baru seminggu naik cuti dah mula tension macam 3 bulan tak dapat cuti. Dah tension-tension lepas tu tak leh nak hold lagi dah.. Dengan orang yang dekat tak reti nak spill, dengan orang jauh  jugak... 


sometimes and the very all times, i need them! 

Diorang pun sibuk jugak. tahu. tapi nak jugak mesej. just type this 
>>> Locker kat sini kecik. tak macam locker dulu<<<
 and they know aready how is my condition.  tika ngan ama akan respon. lama pun takpe, sha tunggu. ='[ suddenly mesej masuk and there is tika!!! ok, dia patut lebih rasa tension, 3 test dalam masa seminggu, balik camping lagi. see, u feel u are the busiest one but came another people who still can let you compare your condition with them. really miss the night talk with them. 


this is chang and she miss her angels...


keep this friendships alive yea sayangs! This little girl is getting older and hope u both  selalu ada beside me is totally impossible... =.=


the million little things that nobody wonder to know but u both know. hati saya kecik tapi kalian selalu buat saya rasa besar. ahaks! ><

the cats . not a big deal anymore!
hehe

ADIOS!

April 05, 2013

SUSAH SANGAT KE?!

Siapa kata hidup tu senang bila satu rasa yang obvious tu dah mula jadi bold?
 Susah, nak paksa tangan supaya jangan tekan kekunci2 yang akan mengundang sakit hati.
 Susah, nak paksa mata jangan baca papan-papan pemuka yang boleh buat mood jadi kosong.
 Susah, nak paksa otak berhenti cari sebab kenapa mesti rasa meluat. 
Susah, nak paksa diri buat percaya realiti.
 Susah, nak jalankan terus misi sendiri. 
Susah, nak buat diri sendiri buat-buat selesa dengan apa yang dah jadi. 
Tak boleh nak pusing cari jawapan. 
kenapa?
 Siapa suruh mulakan? 
Kan dah pesan jangan!!!! 
Tapi degil jugakkan?!
 Kan dah ada janji sejak dulu lagi.
 Itu pun masih tak percaya lagi ke?

=.=

positif!!!! ^_^

ADIOSS!


March 15, 2013

READ AND HEED.

Assalamualaikum dear readers!

How things going on?  Ada masalah?   read and heed love!!!

DOA RABITAH

Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana Mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu (jalan yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/ keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada` dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya ALLAH, perkenanlah permintaan kami ini.

Orang selalu kata, tak kenal maka tak cinta.Tak baca maka tak faham, tak hayati maka takkan dapat merasai... Mula-mula baca Ma`thurat dulu memang Sha sekadar baca tanpa baca maknanya. Mungkin sebab dah terbiasa baca masa kat maktab dulu. Tak dibiasakan baca tafsirnya. Tapi haritu, lepas baca Ma`thurat tergerak nak belek maknanya. Doa pertama yang Sha baca maknanya dalam Ma`thurat ni Doa Rabitah. Sebab Sha selalu dengar  orang kaitkan Doa Rabitah dengan ukhuwah. 

Mula-mula baca memang i am fully touched . Hands down. Eyes watered. Hati teringat kat kawan-kawan. Sungguh. Kawan-kawan MS14, BEB... Kenapa baru sekarang nak tergerak baca?! Rasa menyesal sebab dulu cuma baca tp tak fahamkan. Ya ALLAH!

Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana Mengasihi-Mu,
dengan kasih sayang ALLAH, kita bersahabat. Kita kata kita sayang kawan kita, sebab mereka orang terpenting selepas keluarga.

bertemu untuk mematuhi perintahMU,
ukhwah fillah yang terjalin sebenarnya untuk mematuhi perintahMU, bekerjasama untuk saling melengkapi.

bersatu memikul beban dakwahMu.
berkongsi setiap bebanan yang ditanggung. Tak terlarat rasanya diri dibiarkan seorang diri.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
kak long. Terima kasih. =") hugs.

maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
walaupun awak berkubang bawah pokok kelapa, saya nak awak selalu buat saya ketawa. Fiqah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
Kekalkanlah Ya ALLAH kemesraan ini kerana dengan izinMu kami bertemu, dan dengan izinMu kami melalui kehidupan ini bersama. Mega Fourteen.

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu (jalan yang sebenar).
terasa dipimpin seperti anak kecil, tapi saya tau saya perlu dipimpin. Min.

Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
At the other side, saya tahu awak kesiankan saya. Ten.

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/ keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Kenal belum lama, but we need to be together, learning new things. BEB


Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu.
Jangan simpan dalam hati, tak selesa, make it clear.

(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada` dalam perjuangan agamaMu.
bangga Kerana ALLAH pinjamkan kalian.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
ALLAH selalu beri semua yang Sha perlu.

Ya ALLAH, perkenanlah permintaan kami ini.
Sesungguhnya ALLAH maha Mengetahui.

Hands down. Eyes watered

wassalam