Betul,
Baitul
Muslim mungkin mampu mengubah seseorang,
Asal
kau bersedia dengan tanggungjawab,
Asal
kau bersedia menjaga hati keluarga yang akan berganda dua,
Asal
kau tahu yang kau lihat sebenarnya bukan bahagia cuma.
Asal
kau tahu,
apa
yang terhidang dimata kau hanyalah dia yang berada di depan kau,
Yang
ada masa silam, yang ada masa depan,
Yang
punya kelebihan, yang punya kekurangan,
Yang
boleh kau terima untuk menggoncang dunia,
dengan
mendidik bakal penghuni syurga,
Pahlawan
agama, pemimpin bangsa.
Bila
bahagia,
jangan
lupa,
Baitul
Muslim bukan hanya ada gembira sahaja,
Akan
datang duka, akan datang pancaroba.
Asal
kau tahu apa sebenarnya itu Baitul Muslim,
Yang
bukan hanya untuk menghalalkan yang haram,
Bukan
hanya untuk meramaikan umat Muhammad,
Tapi
untuk membina kualiti.
Untuk
memupuk nilai-nilai terpuji,
Menghadirkan
harmoni dalam masyarakat.
Baitul
Muslim itu kasih sayang.
Anugerah,
fitrah.
-ag.
Dan dan je kan, salam maal hijrah tapi tepek pasal Baitul Muslim. Hijrah jugak kan? <kelip-kelip mata>. Tahniah kawan-kawan sekolah yang dah berkeluarga tu, yang dari sekolah rendah tu, yang akan tukar status tak lama lagi tu, dan untuk yang yang seterusnyalah. ^^
Pasang azam molek2, tahun baru ni, buku baru. Semua baru. Yang tak senonoh tu tinggal2kanlah. =)
wassalam.