harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

January 21, 2012

Just For Teens! =)

ASSALAMUALAIKUM WBT... 
Juga salam satu Malaysia untuk semua yang membaca. =)


Baca tajuk kat atas tu! Just For Teens? hah! Kenapa agaknya tajuk entri kali ni berbunyi begitu? heheh.. ada sebabnya... Tengok pulak picture kat atas ni. First time kan entri sha ada gambar? hahah...Picture ni sha buat sendiri tau! Guna drawing block + Buncho. Semata- mata, huhu... cantik kan? kan? kan? kan? Orang kata, tak baik membazir, daripada beli sampul hadiah kat kedai, baik buat sampul hadiah sendiri kan? em.. ok2, cukup. Jom!


Ok! kalau difikir2 kan, nama praktikum sha sangat signifikan (macam ni ke eja significance dalam bahasa? er.. hehe.....=.= ). 14 yang boleh disebut sebagai For Teen dalam bahasa Inggeris, yang membawa maksud Untuk Remaja. Kalini entri agak berbaur personal sedikit, kerana, Sha nak cerita pasal kelas sha! hm..... Tangan tak laju menaip, maknanya, entri kali ni akan berbentuk kaku tanpa nyawa. Jadi macam mana nak dapatkan mood menulis entri? let me think first.... 


1 minute...................


2 minutes..................


 ........ONLINE.............

5 minutes..................

........er...a......emm......


Finally,
The end! sambung bila2.... tak seronok tulis entri tanpa mood. kalau tulis jugak pun, kalian akan rasa kaku, tak bermaya dan tak seronok. kan? huhu... So, sha berhenti dulu lah ye.. hehe....


*status entri,
                   ^^ K.I.V ^^


sekian, 


adiossssssssssss

January 14, 2012

IN- dah =)

ASSALAMUALAIKUM WBT.. ^_^


Dah lama sangat rasanya sha tak update blog.. kan? macam2 yang nak ditulis tapi tak ada masa.. alangkan menapak pun macam tak cukup tanah... (dah lama tak ber-Hlovate) hm..


Minggu ni macam2 yang sha tempuh.... paling memenatkan adalah hari ini. Esok, lusa dan hari2 seterusnya. Banyak perkara baru yang sha belajar daripada kawan-kawan dan keadaan sekeliling. Sha baru terfikir bahawa, dah besar tak semestinya dah dewasa. euw.... macam tua sangat je perkataan dewasa tu di telinga sha... hm.... Pernah tak kalian terfikir macam mana kalian akan tempuh satu hari yang sangat,sangat,sangat, memenatkan. Menguji tenaga, kesabaran dan kadang-kadang kewarasan akal. Apa yang sha tak pernah terfikir untuk buat, sha dapat buat sekarang! 


Sampai ke hari ni, sha tak percaya yang sha boleh galas tanggungjawab kat matrik ni sampai macam ni sekali, dapat tugasan yang perlu diselesaikan kurang dari 5 hari! kena submit laporan itu dan ini, alhamdulillah kawan-kawan sangat memahami. Especially roommate! (mereka berdua buat sha rasa seperti berada di rumah bila pulang dari melalui hari-hari yang memenatkan. Macam ibu duduk ngan sha j rasanya kat sini. hehe.....) dan seorang kawan yang selalu jadi partner sha bila sha buat sesuatu. (kebanyakannya secara kebetulan tanpa dirancang) ~ ~


Seronok, sebab even sha busy tahap tak ingat, sha masih rasa happy. Sangat happy, sebab? sebahagian masalah dan tanggungjawab dah selesai. Kurang dari 1 minggu. Awesome! hm... Sha respect kat sesiapa sahaja yang masih boleh rasa enjoy dan gembira suka ria even banyak sangat kerja yang perlu digalas kat bahu tu...  Kira, smart lah! hehe..


Entri kali ni sangat random. Sha nak tulis lagi, tapi takut meleret2, maka, pray for me supaya sha ada masa nak update blog lagi waktu cuti minggu depan ye! 


Fikirkan betapa indahnya hidup anda bila hari yang memenatkan diakhiri dengan rasa gembira tanpa kekesalan. =)


She sent me, " bertahan, bertahan, think positive! kita boleh buat!"
i replied, "thank you kawan! ^_^"

December 18, 2011

Tak salah kan kalau kita tegur?...

Assalamualaikum wbt. semua! Mata yang redup dah tak berapa nak redup lagi sebab dah macam panda akibat 
stay-up di tengah malam. huhu..

Dah lama sangat tak update blog ni, update pun entri yang entah apa-apa kan? ish3.... Lalu sha memutuskan untuk kembali ke track asal. Jom kita fikir lagi!

Elaun dah masuk! sesungguhnya terlepaslah sikit azab nak ikat perut sementara tunggu elaun masuk dulu.. Masalahnya disini adalah, ADAKAH KITA MENGGUNAKAN ELAUN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN? atau, ADAKAH KITA TELAH MENGURUSKAN KEWANGAN KITA DENGAN BAIK? dan ADAKAH ANDA BERFIKIR BAHAWA, DUIT YANG KERAJAAN BAGI TU BOLEH DIBUAT UNTUK 'BERFOYA-FOYA?'

Kenapa sha tanya? sebab manusia mudah lupa. Mungkin dulu masa elaun tak masuk lagi, semua sibuk buat azam kalau elaun dah masuk nak pakai dengan baik. Tapi ade je kan sesetengah antara kita ni lupa diri sebab dah dikaburi dengan sejumlah wang yang banyak dalam bank.

Memanglah elaun tu hak kita dan terpulang pada kita untuk menentukan cara yang sepatutnya kita salurkan duit tu. Duit tu kan kita boleh buat beli buku, tampung belanja makan dan bayar duit fotostat untuk nota-nota kuliah kan? Tak dinafikan lah, sha pun kadang-kadang berkira sangat pasal duit ni. maklum saja, orang yang pernah bekerja je yang tau macam mana susahnya nak dapatkan duit. dah penat-penat kerja, tau pulak nak cermat-cermat pakai duit kan? Tapi kenapa bila dah senang-senang dapat duit, kita pun senang-senang je nak gunakan duit tu sewenang-wenangnya. 

Untuk apa kita salurkan duit tu pun satu hal lagi. Untuk buat kita kenyang ke, untuk buat kita senang faham bila belajar ke, atau.........untuk buat diri kita terbakar? eh?... hm..... Untuk 'berfoya'foya'? eh lagi... hm...Kalian faham tak maksud berfoya - foya kat sini? haha, ni vocab baru yang sha dapat sepanjang sha belajar kat matrik ni. Berfoya-foya tu maksudnya bersenang-lenang membuat sesuatu. contoh ayat, "Berfoya-foya kau eh buat benda alah ni!" macam sinonim dengan buat sesuatu tanpa berfikir panjang gitulah.. hm..

Sha tak pasti sama ada mesej sha sampai atau tak untuk kalian faham. Tapi banyak yang tersirat kat sini. Kita dah besar panjang, sepatutnya tahu mana satu baik, mana satu buruk. Kalau kita mahukan sesuatu yang  baik dan sempurna untuk kita, apa salahnya kalau kita bentuk diri kita dulu ke arah yang lebih baik dan tinggalkan perkara-perkara yang buat kita dipandang lebih rendah daripada yang sepatutnya.  Kan?

Dan kalau kita fikir bila kita buat sesuatu yang kita rasakan boleh buat kita gembira tu sebenarnya akan buat orang yang kita sayang menangis dan kecewa, lebih baik tinggalkan. Kita semua ada kat sini sebab nak teruskan jihad untuk menuntut ilmu.kan?  Jangan pulak kita fikir, waktu kita jauh dari family ni lah waktu yang paling sesuai untuk kita buat apa saja yang kita suka. Kononnya nak rasakan kebebasan. Padahal, kalian tak bebas langsung sebab terpengaruh dengan kawan. Nampak dia buat macam tu, kita pun nak buat macam tu, kononnya nampak coolio habisan. Padahal makin buat orang rasa hilang hormat kat kalian. Fikir-fikirkanlah... =]

she said: nampak dia.......  nak menangis.. BENCI!!!!!!!!!!
i said: nak gugur jantung. tapi no wonder lah....
=.=