aku cari erti indah
aku jumpa bila bahagia
aku cari erti susah
aku jumpa bila gelita
aku cari erti puas
aku jumpa dalam kesungguhan
aku cari erti sahabat
aku jumpa dalam ukhwah
aku cari erti kesal
aku rasa bila air mata berderai
aku cari erti kesakitan
aku jumpa bila tersungkur
aku cari walau aku tahu
sebab terlalu banyak makna yang tidak tertafsir dalam satu pencarian
aku cari kesempurnaan, tapi aku terlalu jauh dari perkataan sempurna
aku cari punca, bila satu masa aku boleh jadi sempurna
yang boleh jadi walaupun aku tak sempurna mana
asalkan aku jumpa apa yang aku cari
apa yang aku cari
yang boleh buat aku rasa kekurangan aku adalah satu kesempurnaan untuk aku.
untuk dia
untuk mereka
untuk kalian
untuk hidupku..
aku masih cari semua tu.
harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........
baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)
September 11, 2014
August 28, 2014
biarkan je lah, boleh?
Kau hadir membawa seribu hikmah
Memanah senyuman yang kian pudar
Mengenal erti sebuah persahabatan
Menerima baik buruk seorang teman
Pengubat luka rindu dan kasih sayang
Memberi semangat dan harapan
Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku bukannya niatku
Untuk mencintaimu
Semua ini tiba-tiba
Berikanlah ku peluang
Untuk jadi yang terbaik untukmu
Takkan aku kecundang
Selagi kau bukan milikku
Biar, biar, biar aku menunggu
Sampai habis nanti semua hayatku
Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku
Bukannnya niatku untuk mencintaimu
Semua ini tiba-tiba
Biar, biar, biar aku menunggu
Sampai habis nanti semua hayatku
Biar, biar, biar aku tertunggu
Cinta tulus ikhlas dari hatimu
-seriuosly, tertinggal. T.T
August 01, 2014
RAYA 2014.
Salam. Klise tagline; SELAMAT HARI RAYA!!!
RAYA tahun ni best ke tak? Banyak collection duit raya ke tak? Puas beraya ke tidak???
Ok, jom, bercerita sambil menepek gambar!
RAYA tahun ni best ke tak? Banyak collection duit raya ke tak? Puas beraya ke tidak???
Ok, jom, bercerita sambil menepek gambar!
Ini gambar pagi raya, sesampai je nenek ngan cha` di muka pintu balik sembahyang, cepat2 suruh nenek sarung tudung pink! Biar nampak macam satu tema di pagi raya. Pink ni ibu yang pilih. Sebab nenek sangat obses dengan jubah putih di pagi raya. Tahun lepas berjaya melepaskan nenek dari belenggu obses tersebut, tapi tahun ni sibuk! Tak cukup tangan dan mulut nak memujuknya. Ceh, alasan!!! >< Tak percaya??? ha...
Nampak nenek macam muda kan? Nenek dah 70+ tau!!!
Pagi raya taun ni satu family je. Kemudian Cik Mon sampai, Cik Sal dan pengantin baru yang entri pengantin kaler biru tu...ha, Kak Shikin, Cik Min dan Abang Long. Bukan Abang Long Fadil please!!!
Petang raya pertama gerak balik BP pulak macam biasa. Done raya Pertama!!! Mokchik accident and i is sangat ralat. Tak best raya tanpa kaki normal mokchik. Ceh, itu bayangan sebelum beraya. Hakikatnya....
Ha!!! Nampak tak??? Gedabak habis dah ku tepek gambar ni, dia sorang pulak tu... Ni apa yang kalian nampak. Yang kalian tak nampak ialah 2 batang tongkat yang diketepikan buat sementara waktu dan mokchik yang tergoyang2 nak imbangkan badan. Ok, layankan je...
OK2... cinderella ini mencari sepasang lagi kasut saktinya, ada mana2 putera raja yang terjumpa kasutnya yang sebelah lagi tu??? kekeke... i olls nak menyelit jugak!!! baju SALMAH by aishah n tudung SALMAH by mokcik. we were salmah.
Potret THE MOKCHIKS!! Kalau perasan dan kalau la ada agaknya Sha buat entri raya taun lepas, tempat yang sama kitorang poss. ada lagi satu!!! ni scroll bawah ea. Ha, kakak manis tu, apa motif agaknya ku tepek juga gambarnya??? Because she said, duit raya budak besar lain sikit, sebab korang still belajar, and so, i and mokcik decide, meh kite blaja sampai PHD, confirm!!! dapat lagi duit raya dari kak mira tiap taun!!! ahaks!! gurau okeh, gurau! tak kemana la dengan niat macam tu nak buat PHD oiii!!! degree pun tercungap2 haa..
Ok, yang ni cuba teka, gambar siapa dengan siapa. poyo la. Ni gambar nenek saudara dengan cucu saudara. Muda tak nenek ni??? Pangkat. Pangkat Sha dan the Mokchiks dengan Faris ni, ialah, nenek. Sila pijak bumi yang nyata ini.
Ni gambar kat uma Tok Arah. tak cukup orang. Yang lain sibuk kerumun kuih raya. ><
12 malam 2 syawal tu, berangkat lah kite kembali ke rumah. Huh. Cha` dah kerja, kena ikut cuti dia. Hati tak rela, nak beraya lagi, tapi apakan dayaku.... nangis laju2 je la.... huhu
Last but not least,
Suka gambar ni, cucu dan nenek mengada semangkuk...taun depan kite amek gambar lagi k nek!!!
Sekian, ceritaku, hidupku, duniaku, bahagiaku..
MOTIPS!!!
missmylatemaklong.al-fatihah.
Subscribe to:
Comments (Atom)










