harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

June 13, 2015

Friends are like balloons, tie them tightly!!!!

salam. senyum. simpul. 

Sebab tak mahu lupa, 
maka disini tempat menyimpan harta,
30 Mei 2015. double two. Dah 22. alhamdulillah. 

Minggu yang sangat mencabar ditutup dengan hari yang ditunggu-tunggu.
Tanpa perlu apa2, 30 Mei setiap tahun adalah hari yang paling istimewa.
Special sangat. 

Terima kasih ibu,
yang selalu mengelat dan mahu jadi yang pertama untuk wish birthday.

ada tahun akan awal seminggu,
ada tahun akan awal sebulan,
ada tahun akan awal 2 3 hari,
sungguh!!! teruja.

keadaan minggu tu yang berhempas pulas untuk siap dan bentang projek,
bersama DG terchenta, diharung juga hari2 yang penuh pancaroba.
Alhamdulillah. 

malam 30 MEI.
Earphone melekat di telinga. sebab? Mokcik Lol sibuk menyanyi untuk sepupu dia ni. sebab Miera Maira Is Mumbling Troubling pun tak tertinggal sama. Dapat jugak dengar orang bisik kat telinga, bagai bunyian Yusoof Taiyoob yang digantikan dengan Happy Birthday. Tq fiqah. Aunty is terharu gilossss.. weeeee ><

1 Jun 2015. Hari belon sedunia. tak tipu, sungguhpun tak ada air mata terharu seperti minmon ketika kami keluarkan cheesekut dari bonet kereta Aten. Tapi girang nya hati, ALLAH saja tahu. Tak sia2 beria berangan mengada-ngada pada Chaklong. angan2 dulu waktu Tasha Manshahar meletup pom pom pom dengan BE MINE. aduhaiiii.... senyum lebar2 sungguhpun masa tu sedang puasa, DG was too determined to celebrate my day. Tak kisah di mana jua, ku hargai berbillion2 usaha kalian meniup belon2.... ><

2 Jun 2015. Hadiah paling bermakna lepas bertungkus lumus berbulan2 email sana email sini, telefon sana telefon sini, dapat jugak tempat praktikal. Alhamdulillah, syukur nikmat. Thank you everyone, dari hati paling dalam. chewah! 


Kurang sentimeter itu ALLAH bagi. Alhamdulillah. Sampai harini, belon2 ni tergantung kat tingkap. suka overloaded! till then. sayang semua. eh??? ><










March 26, 2015

2015

berkurun tanpa entri
jadi kekok menaip
jadi kekok 
tapi takpa, 

kita mula semula ya? 
In Sha Allah. =)

December 13, 2014

A moment to remember...

Apa pun yang kau buat, kalau kau tahu apa tujuannya, kalau kau tahu apa kesannya, kalau kau tahu itu lebih menggembirakan dan memenuhi kehendak orang-orang tersayang, dan kau boleh terima dan hadam semua , maka jalan yang ada terbentang di depan hanya menanti untuk kau pilih. 

Untuk memuaskan hati semua orang sangat mustahil. Untuk aku sendiri faham walhal aku juga pernah berada di tempat itu. Saat mana perlu memilih, meletakkan noktah atau terus menarikan pena di atas kanvas kehidupan. Kita manusia, kita ada perasaan mahu menjaga semua perkara walaupun itu di luar batas kemampuan. Sama ada terus memekakkan telinga dan cekal, atau mempertimbangkan keadaan sekeliling.

Semua orang akan mempersoalkan, kenapa? Kenapa? Kenapa? sebab semuanya bersebab. Orang boleh assume kita akan explain semua benda dari A sampai Z. Tapi tak semua orang boleh  fikir sama ada kita punya kemampuan untuk memahamkan mereka. They expect that they can put the situation in their shoes. But we dont share the same path to travel to. 

Bukan senang nak tinggalkan maktab, bukan senang nak tinggalkan kawan-kawan, bukan senang nak jelaskan kenapa. Tapi itu yang aku pilih. Sebab aku disepit, dengan kasih sayang dan perhatian keluarga dan kawan-kawan. Tapi hari ini aku persoalkan semula, kenapa? Sedangkan aku pernah merasa keadaan ini. Yang manis tetap dikenang, yang pahit tetap menjadi parut. 

Dan bila sebatang pen yang tak selalu digunakan, tapi selalu ada dalam bekas pensil, hilang dari tempatnya, ghaib mengosongkan tempatnya, aku terasa. Moga ALLAH mudahkan segala urusan, DIA tahu semua yang kita tak tahu, Dia tahu semua yang dihijabkan, Dia tahu apa yang menanti kita untuk masa depan terlalu cantik dan indah.

Selama jadi paling bongsu, kakak-kakak selalu manjakan aku. Dari Kak Ain sampai Kak Fida. Dari Kak Ceku sampai Kak Ija. They love me in different ways. Sungguh aku tak lupa. celoteh aku, gurau aku, permintaan aku, hatta tangis aku di bahu2 mereka. Dan ilmu kakak2 tu aku apply untuk dia dan yang lain-lain. Jaga diri, adik perempuan pertama yang akak ada tak ada depan mata dah. Habis semua ilmu menjadi kakak akak gunakan. To treat a younger sister is not an easy thing. Sebab 20 tahun menghadap adik lelaki. Ketawa. Moga sayang ini sampai, moga ukhwah ini panjang. Ameen...


WASSALAM.