harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

November 26, 2013

WHAT MIRROR REFLECTS YOU.



What mirror reflects you?
It reflects what you doing 
You smile, the mirror smile 
You cry, the mirror cry
You laughs, the mirror laughs 

"Mirror mirror on the wall"
who is the prettiest lady?
the answer will be you
"Mirror mirror on the wall"
who is the happiest lady?
the answer will be you




Mahu kenal siapa diri kita? 
Pandanglah cermin. Buatlah apa saja, itulah kita. Lihat apa yang cermin pantulkan pada kornea kita bila kita senyum padanya, diri kita akan senyum kembali pada kita.Cuba marah apabila memandang cermin. Dan kita akan melihat sendiri bagaimana buruk dan sakitnya hati bila kita lihat diri kita sebegitu. Dan kita masih mahu mempamerkan air muka sebegitu di khalayak ramai? Jawapannya pasti tidak.


Carilah 'kita' dalam cermin 
bila kita jumpa
kongsikan bersama yang lain
pasti mereka juga mahu tahu siapa 'mereka'
sebab,

Bila lihat cermin
kita lihat diri kita
Bila lihat cermin
Kita lihat kita.

WASSALAM.
^^



November 09, 2013

Definisikan cantik.


Mata kasar cuma boleh lihat apa yang diluar
tidak yang di dalam.
yang di dalam tu apa pulak?
Hati.
Orang boleh nilai dia cantik
awak cantik
saya cantik
opsss!!! 
Tapi apa yang dikatakan cantik sebenarnya?

Cukup cantik dah ke kalau hati tu tidak?
Hati pun boleh cantik ke?
Boleh. 
Bila kita selalu basahkan hati dengan zikrullah.
kadang tak perlu dibibir
cukup di hati
Bila kita selalu bersangka baik
Bila kita selalu ikhlas
Bila kita selalu senyum dalam hati 
gembirakan diri sendiri
Pakailah apa pun
kalau diperhalusi yang halus
di mata kasar pun sebenarnya tidak
kalau hati yang satu tu tak boleh dicantikkan
All The Best!
Cantikkan hati, indahkan diri. 
Walau bukan dimata manusia
biarlah padaNYA sahaja.
peace! 
Salam Maal Hijrah.
=)


October 27, 2013

bila kita cuba, kita ada peluang untuk berjaya!

ASSALAMUALAIKUM WBT! 

Alhamdulillah! Akhirnya tercuri juga masa untuk menulis di sini. Eceh, bajet skema je ayat... hoho.. Sekarang ni Sha sedang menghitung hari untuk cuti pertengahan semester. Tak sabar hokkey! Dah selalu pening kepala sebab projek, assignment, dengan kuliah dan testnya. Khamis lepas last paper untuk test 1. Signal and System. Tak sabar nak cuti!!!!

Ok, cukuplah pendahuluan tentang situasi Sha seminggu dua kebelakangan ini. Berkenaan dengan projek yang Sha tulis kat sini, Sha nak promote produk kumpulan Sha yang diberi nama myHIJAB collection. Kami menjual keperluan para muslimah untuk ke kuliah dan aktiviti harian. Material pakaian yang kami sediakan adalah daripada kain cotton dan denim. Yang paling best! Kami ada variasi saiz. Umum mengetahui bahawa saiz adalah masalah utama untuk mereka yang tinggi lampai memiliki waima sepasang jubah. Tapi jangan risau! InsyALLAH! mHc sedia membantu! =) Para pelanggan hanya perlu mencuba saiz sedia ada yang kami sediakan dan kami akan membantu anda untuk mencari saiz yang sesuai. Then, the size is not a big deal anymore!

Feminin Jubah. Paling laku, laris macam pisang goreng panas-panas. =)

Jubah denim stok baru. 



myHIJAB collection ini bertulang belakangkan 6 orang mahasiswa UTHM, termasuk Sha sendiri, (keh3...), dari FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK. See, siapa kata bisnes hanya untuk orang bisnes? Semua orang boleh ok! Setakat ini sambutan amat menggalakkan! Dalam masa dua hari sahaja 9 helai jubah untuk stok kedua sudah terjual. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab kita nampak apa yang kita dah usahakan tu membuahkan hasil. Rasalah susahnya nak dapatkan duit, nak promote kat orang supaya beli produk kita. Ianya bukan mudah, tapi bila mencuba, kami ada harapan untuk berjaya. Percayalah! Yeah!!! Fuhh, semangat lebih ni. 

Akhir sekali, Sha sediakan link myHIJAB disini dan minta kalian lihat dan bandingkan harga kami. Sesungguhnya, ianya mampu dimiliki! =) mHc tak ada blog rasmi. Dan Sha sebagai antara 6 tulang belakang mHc hanya menggunakan blog Sha sebagai medium mempromosi. Sebarang pertanyaan berkaitan mHc boleh terus pm ke link di atas tu yea dan bukan di blog ini. ><

Sekian sahaja daripada saya, wakil myHIJAB collection,

WEAR THE CONFIDENCE! 
=)