harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

May 22, 2014

SEKALIPUN...



Bertahanlah wahai raksa
Jangan kau terhenti
Berpautlah wahai nyawa
Ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang-- Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah-payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang-- dendam dan sayu

Tuhan jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati

yang mematah tegak itu terlalu ramai, kadangkala tersembunyi di antara khalayak yang merapati kamu, tanpa kamu sedari, tanpa kamu rasai, yang akhirnya hanya kau sedar bila setiap kata picisan yang mematahkan mu terlalu ringan keluar dari mulut-mulut mereka.

Saat itu, rasakan dengan jiwa, apa terlalu mudah kau mengaku patah dengan mereka? Apa kau lupa dengan jerih perih semalam saat mereka hanya mempermainkan mimpi dan angan kau?

Tiap yang menolak dan hanya tahu memijak henyak itu adalah mereka yang takut dengan bayang-bayangmu, yang tidak tahu cara menyokong kukuh mu, yang hanya tahu memperlekeh dan menjenakakan kamu. Maka berpautlah pada payah-payah semalam. hanya dengan cara itu akan buat kau tegak, kukuh, agam dan sasa di atas kaki sendiri! 

tibanya saat kau terbang tanpa kau sedar dengan ketinggian yang kau capai, mohon TUHAN jangan biarkan dirimu lupa, mendepang dada dan hanya memandang ke atas, minta dipasakkan segala upaya, minta dipaksakan cekal untuk terus tegak di hadapan!

Amin..



May 07, 2014

please sayang, dont!

Salam. 

Ya, lama tak menulis. Kerana kini sibuk dengan tambahan aktiviti, bisnes. FLORAL MASK. nak? jom whatSApp Sha kat sini 011 177 755 78. ahahahahaakkks!!! Sempat promo, haruslah promo, blog sendiri kan? ><

Baiklah, please sayang-sayang, adik-adikku, sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku, jangan. Jangan tone down your voices dengan non-muhrim. Mengaku, kadang-kadang diri sendiri pun terleka dan terlupa dengan benda ni. Benda yang kadang-kadang nampak macam tak ada apa2 pada kita. 

Sebelum lebih galak membebel, maaf jika, andai, kalau perkataan2 yang tertulis ni mengakibatkan anda terasa hati. Tapi, inilah sekecil2 usaha yang boleh disebarkan hatta begitu kecil komuniti yang bakal membacanya. Saya tak sesempurna seperti mereka yang bertudung labuh, kaki2 masjid dan golongan2 yang terbaik tarbiyahnya, tapi, saya juga mahu berkongsi, mahu berpesan2 semampu saya. 

HADITS KETIGA PULUH EMPAT
عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
[رواه مسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemunkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.
(Riwayat Muslim)
Kenapa tak boleh? kenapa jangan? Kenapa?

Sebab, cuba tanya diri semula, macam mana you cakap dan berbual dengan family, dengan suara macam tu ke? lebih kasar sebab nak nampak friendly? lebih lembut dan berlagu sebab nampak manja? Jadi kenapa, kenapa you layan golongan yang itu lebih high class dari golongan yang sepatutnya? 

You jerit-jerit dengan bestfriend, ya, sebab mereka tempat you menggila, dengan orang lain? dengan mereka yang 'non-muhrim' tu kenapa nak berlagu2 pulak? Diorang tu siapa? adik you? abang you? ayah you? Suami you

Banyak lagi yang kurang pada Sha sendiri, InsyALLAH, semoga ALLAH hantar orang2 yang akan tegur Sha dengan cara yang mudah diterima, yang tahu cara menegur dengan betul, sebab manusia, kalau salah caranya menegur, takut makin memberontak jadinya.

Cukup sekadar bercakap tanpa nada. Tak kasar sampai org fikir macam kite sedang marah, tak lembut sangat sampai org fikir dan label kita 'manja'. Sebab dan sebab, mereka. 

Mereka itu adalah kaum Adam yang kita tahu kelainannya. Things that are not matter to us, Hawa, are matters for them, Adam, and vice versa.



WALLAHUALAM.

do tegur and nasihat each other, 
saya juga manusia. =)
maaf adik2, kakak2, sayang2, andai terasa.









April 22, 2014

FLORAL MASK by Dian Pixy.


SALAM DAN HYE!


Pernah dengar nama Dian Pixy? Pernah tengok iklan Peel Off Masker yang warna purple tu? Tak ade ke? Ade ni, cuba ingat, mesti ada. Ok, yang macam ni...

Ini untuk botol 100ml, harga dia RM 65.00

Tapi!!!! Sekarang dia ada dalam botol 50ml, botol promotion dan harga pun sangat best!

Ha... Ini untuk botol 50ml yang datang bersama dengan harga best tu! 

Sangat berbaloi untuk mereka-mereka yang/dan ianya:
1) bermasalah dengan whitehead dan blackhead
2) kulit berminyak sebab bila muka dah berminyak, senanglah para jerawat nak tumbuh   melata di muka!
3) merangsang penghasilan tisu-tisu baru dan detoxifikasi so, jerawat akan susah nak     keluar lagi sebab mask ni dah tolong buat kerja2 detoxifikasi kat muka kita
4) ianya sesuai untuk semua jenis kulit, lelaki dan perempuan. Untuk muka yang sensitif pun boleh pakai!

Eh? Dah kenapa Sha duk cerita pasal Floral Mask ni pulak kan? Sebab, sebab, sebab, Sha stokis area Parit Raja buat masa ni. So, kalau balik bercuti, jadi area Skudai pulak! What a strategy kan? haha. 

So, dah cakap banyak2 ni, siapa yang berminat dan sangat excited nak feeling2 pakai mask warna ungu dengan bau Lavender yang sangat cool! Cepat sms atau inbox saya. 

Harga comel-comel akan diberikan KHUSUS YANG TERISTIMEWA untuk student UTHM

Wow!! Best nih! Best nih! ><

sms: 013 709 1372

ok2, skill promosi sangat kuno, later-later i blaja dengan cik Faten lalala, Datin Mira Gojes dan Cik Fiqah comel cara2 guna apps yang lain ye! =)

.sehingga menulis lagi.
wassalam