harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

March 18, 2012

THE LOVELY ONE! #2

Salam!
Sha singgah lagi di sini untuk menyambung apa yang mahu ditaip.

2 hari lagi birthday ibu! Genap lah umur ibu kurang empat tahun lagi untuk genap setengah abad. Hahaha.. kalian faham takni? cubalah sedaya upaya untuk mengira umur ibu. hehe 

Tadi baru sampai Kolej, kali ni ibu hantar. Kali terakhir nak merasa ibu hantar. Almaklumlah, Tinggal sebulan je lagi sha kat sini. Sedih la pulak... Sebulan sahaja?......
em...

Ok! Patutnya kena naik bas macam selalu, tapi, sha buat statement yang kat atas tu sebagai alasan pertama, alasan kedua, Sha perlu bawa kek untuk annual dinner malam ni. Takkanlah sha nak bawak kek tu naik bas? hancurlah kek itu.... em. Pagi2 lagi dah bangun, bersiap2 untuk balik ke markas ilmu. hoho. Cepat sungguh ibu membawa kereta. Kurang 2 jam dah sampai. Aiyooo... tak terasa lajunya sebab ..er.... sha tidur sepanjang perjalanan. hehehehehe... Tapi nampak sangatlah kan kereta itu dipandu dengan lajunya sebab Tangkak dengan Johor bukannya dekat. 

Kenapa balik pagi? Petang nanti ibu banyak kerja. Ibu busy setiap hujung minggu. Kebetulan kali ni sha balik waktu cuti sekolah, dapatlah merasa ibu hantar balik. [Mengada-ngada] =D lepas sampai, ibu terus pandu pulang semula. Rajin nya ibu melayan kerenah anaknya yang sorang ni. ......

Sibuk macam mana pun, ibu mesti bertolak ansur jugak pasal anak-anak. adeh, rasa bersalah pulak bila cakap pasal ni. hm. Ibu lah ibu, ibulah ayah. Kadang-kadang, sha pelik jugak, ibu boleh buat semua benda seorang. Tak macam orang lain. Bukanlah nak membandingkan ibu dengan ibu2 kalian, but, it`s true. She is the strongest woman i ever met. i ever know. Kagum! Tak pastilah sha boleh jadi macam ibu pulak satu hari nanti. Insya ALLAH. i try my best! =) 

Plus, ibu sangat positif. Kadangkala pandangan dan idea ibu memerlukan pengorbanan rasa. Rasa untuk menentang, rasa untuk melawan semula.Contoh? 

PESAN IBU:

Kalau ada orang tak suka kita, kita jangan rasa yang kita perlu jauhkan diri dari orang tu. Sebaliknya, teruslah buat macam biasa. Haha, pada pandangan sha,  pesanan ibu yang ni paling best. keh3, sebab sha fikir, mesti orang tu akan lagi geram dan bengang sebab kita buat tak tau je even kita tau dia tak suka kita. (maaf, ayat seperti ular kene palu.) 

Pesan ibu lagi, jadi orang, biarlah jangan terlalu dan selalu sangat bergantung pada orang lain. Sebab semua orang ada tanggungjawab masing2, Takkan lah kita nak susahkan orang selalu. betul ni!

Dah. 2 jelah sha kongsi. Nak jadi lokek sikit. Eh, teringat pulak. Ibu selalu pesan, jangan lokek. Kongsi. Kalau nak bagi sesuatu tu biarlah yang elok. Manisnya ibu saya! hehe. Ok, ibu2 seluruh dunia juga manis. of course! =p

Anggun. cantik. comel. macam SHA! hehe

I said,
 tq ibu! didik akak
 jadi seorang  manusia!
 until now
 and forever! ^^





No comments:

Post a Comment