Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera,
Salam Satu Malaysia,
Salam pspm 2,
dan semoga masih gembira.
Sha dah lama tak update blog. Bukan tak ada topik yang nak dikongsikan tapi sibuk berfikir semula tujuan blog ni diwujudkan. Sejak belajar semula, setiap entri yang ditulis macam terpesong dari tujuan asal. Ok, cukup setakat ini mukadimahnya.
Study week dah habis. Sekarang dah mula exam. Esok first paper. eh, itu dia, mesej pertama dari classmate berbunyi mood exam. Takut tak? of course. Rasa macam SPM semula. Dah nak exam maknanya dah nak tinggalkan bumi matrikulasi. No more after this. InsyaALLAH. Dah nak tinggalkan bumi matrikulasi maknanya nak tinggalkan kawan2 kat sini. Kawan sekelas, kawan sebilik, kawan kepada kawan-kawan jugak.
Sedih?
Ini kan fitrah, ada jumpa ada pisah, ada awal ada akhir. Ada X, ada segalanya. huhu.. Sha tak ada mood!!!! Baik mood untuk senyum atau pun mood nak suka suki update blog. Mood sha sekarang , sha nak satu ruang kosong. Just for me. It sounds weird and selfish right? and i thing this is the space, my lovely blog. I don't think it is the best but it is one of the solutions. I want MY SPACE! MY SPACE!!!!!!!!!!!
Ok, cukup perenggan membuta tuli menaip, Sha nak membebel,
< SELAMAT DATANG KE DUNIA BEBELAN SAYA >
Pernah dengar perkataan hipokrit?
Ya, hipokrit = menipu diri sendiri, menipu orang lain, bermuka2 atau nama saintifiknya, berkelakuan seperti bukan diri kita yang sebenar. ( Sha sangat suka hati menaip tanpa berfikir, harap maaf). Hipokrit ni boleh buat orang lain sakit hati, tak suka dengan kita dan paling teruk tahap maksima bila orang yang lain pun terpaksa jadi hipokrit.
Hipokrit ada sebab?
Oh, ini sudah tentu dah masuk bab sha tulis macam2 kat entri sendiri. AWAS!
Sha tak suka. Tapi kalau nak jaga hati orang lain perlu jadi hipokrit macam mana? Sha ada jawapan!!!! Jawapannya, anda akan terkorban. Terkorban sebab anda fikir bila anda jaga hati orang lain, orang lain akan jaga hati kita pulak kan? mestilah! Sebab sha pun fikir macam tu. Sha pegang ini jugak, WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK! Kalau bukan sekarang tunggulah esok, kalau esok tak ada, lihatlah generasi anda yang akan datang. Kenapa terkorban ye? itu sha serahkan kepada pembaca yang budiman untuk berfikir.
Kadang2 kita ni terlupa nak fikir perasaan orang lain sebab asyik sangat fikirkan diri sendiri,
Kadang2 kita ni terlupa nak fikir perasaan sendiri sebab asyik sangat fikirkan perasaan orang lain.
Semua orang ada rasa,
Cuba berfikir dan bayangkan kalau kita di tempat mereka.
sekejap pun jadilah
Tanyalah pada diri, sanggup ke kita nak rasa apa yang dia rasa?
Mungkin dia tak sampai hati nak berkongsi dengan kita,
sebab dia jaga hati kita,
Kita ni,
Apa yang kita buat untuk jaga perasaan dia selama ni?
Adil tak rasa2nya?
~ Fikir-fikirkan dan selamat beramal!
ADIOSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
No comments:
Post a Comment