harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

April 22, 2011

...ain`t easy, tapi semuanya berhikmah...

UNTUK SEMUA yang terus membaca, alhamdulillah....


hikmah = perkara baik yang berlaku selepas kita diuji tanpa kita           sedar, membawa kebaikan yang tak sudah pada kita...


susahnye lah hidup ni kalau asyik nak mengeluh tak sudah. sampai bila tak akan habis. lupa yang hidup ni `anugerah`, kerana semuanya berhikmah....


bila diuji sikit, "Ya ALLAH , apa lah aku nak buat ni, kenapalah jadi macam ni?"
bila rasa sempit sikit mulalah nak mengeluh. Bila rasa tak senang sikit mulalah nak persoalkan semua yang dah jadi depan mata. Bila dah terhantuk barulah nak terngadah.


Ini hidup, satu pelajaran untuk manusia menimba pengalaman. jadikan yang baik itu contoh, yang tidak itu sempadan..... Yang selalu kita dengar, sigh comes first... barulah mata terbuka mengiakan kebenaranNYA, peluang yang Dia beri untuk rasa pengalaman hidup yang tak semua orang dapat. dapat, tapi tak sama... sebab tu wujud perkataan KONGSI. we share  experience... dari situ kita behave untuk masa depan. sebab dah kena pada orang lain, sendiri mau ingatlah....


"oh, jangan macam ni, nanti tak pasal2 jadi macam orang tu"
"oh! kalau nak belok kena bagi signal lah! kalau tak mau free j kene hon dengan orang belakang. tu ok lagi, kalau tak sempat hon? terus dia langgar je? apa jadi?" 
apply lah sendiri kata2 untuk mengingatkan diri sendiri... 


perkara simple yang sepatutnya tak perlu orang lain ingatkan.... kadang2 tu ada je perasaan putus asa nak pujuk diri sendiri, dah tu, nak suruh siapa lagi pujuk? pujuklah diri sendiri... lagi bermakna.... kena tunjuk yang kite kuat sebab orng lain pun perlu kuat untuk orang lain. simbiosis lah kawan! tapi kalau dah tak tahan tu, jangan telan sorang2... free j nanti tension tak ingat dunia padahal banyak lagi benda lain yang kena fikir.. nak berkabung dengan rasa down sehari dua tu bolehla, tp jangan makan minggu... bila masuk minggu, bulan, tahun, apa kesudahannya?


tak semua orang perasan hikmah yang ALLAH nak tunjukkan. ada j orang yang perasan hikmah tu datang bila kawan2 lain suruh fikir sendiri. bila dah mula tersenyum lepas kepayahan....


     "ALHAMDULILLAH, ini rupanya hikmah yang ALLAH beri... sungguhlah payah tu kebahagiaan masa depan" eceh, mula dah ayat bunga2 hati...


TAK SENANG NAK JADI SENANG, TAPI SENANG JE NAK JADI SUSAH. sungguh.....
bukan nak guna ayat piawai `hidup perlu diteruskan' cuma inilah yang dinamakan hidup.
hampir 18 tahun hidup, banyak yang DIA ambil, tapi banyak juga yang DIA beri. mungkin yang DIA ambil tu yang dinamakan PAYAH , tapi bila lihat semula apa yang DIA beri tu........ masyaALLAH, besarnya keindahan hidup.....


another he said: ...fikir positif. Cari contoh yang paling dekat....

and i...... : baik! [terima kasih ALLAH,   betullah, roda  hidup terus berputar, melihat orang lain  terus hidup tu sebenarnya contoh untuk aku.] terima kasih sebab mengingatkan!

they said : .. yang penting hati!.. 
[thanks kawan2 ku...]

WASSALAM => 

April 14, 2011

tentang sahabat: KOLEKSI KISAH BENAR..

dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PEMURAH...
minggu ni sha update sehari lebih awal sebab tangan ni dah gatal sangat nak tulis panjang2 kat blog sendiri... hehe.... tajuk macam ni sha akan tulis bila2 j bile sha rase sha nak tulis...  saja nak share kat kalian macam mana kawan2 sha yang lain valuekan freindship...


macam2 cara, macam2 gaya... dan salah satu yang bertuah akan sha kongsikan kat sini. buat renungan sama2... sama2 fikir semula zaman sekolah dulu yg colourful mengalahkan pelangi, yang indah mengalahkan wonderland pun ade kot! segala data bagai sha tak sertakan kat sinilah... cume sha kongsi jadi pedoman bersama! harapnya takde lah yang bangkitkan isu2 berbangkit.... 


    everyone! welcome aboard....... (copy ayat sapelah ni...... =_=" ) =p



           "Assalamualaikum kak! boleh saya jalan dengan akak?" erk! budak mane pulak ni sesat nak jalan dengan aku malam2 ni? dah lama jugak aku kat sini tapi macam tak perasan budak ni wujud....
       
         "Wa`alaikumussalam. eh, boleh j, akak tak kisah!"  haha, manis punye ayat. dalam hati punye la melangut2 tak selesa budak ni ade kat sebelah...  muka dimaniskan dengan senyum nak tak nak... budak ni pun macam nak tak nak aje jalan dengan aku.... takpelah, sekejap lagi naik tangga, belok kiri, terus masuk kelas....

         Banyak benda jugaklah yang ditanya budak ni pada aku, tapi aku ok je lah, dapat kawan baru. hikmah Siti, Nurul dan Azi ada benda lain yang perlu dibuat.. jalan sorang2 bukannya tak best cume tak 'kick' j la... tapi, kawan baru pun, aku terlupa nak tanya nama dia, kelas apa dan soalan2 yang sewaktu dengan soalan yang dia ajukan pada aku. haha... otak tak boleh pusing!


         Rasa nak gelak bila tiba2 budak tu cakap,

         "akak, kejap eh.budak tu terus ke belakang, aku pulak terus je sambung hayun kaki aku ni dengan kelajuan kura-kura... (sebab sedang fikir, "nak tinggal budak tu terus kat belakang k, atau nak tuggu die?)


         Maka terdengarlah aku akan suaranya seperti separuh berbisik tapi aku masih boleh dengar! 

         "Semua soalan dah tanya kat kakak ni, nak tanya ape lagi?" aisey...... apa kes ni.... jadi spy ape? nak lancarkan misi serang hendap? nak sabotaj aku?!


         satu suara menjawab 

         " Tanya je lah apepun, yang penting kau teman die jalan sampai depan pintu kelas die."     
aku dah pusing kepala 1 saat dan tengok depan semula.. oh.....  ni nak rasa apa pulak sekarang ni? 


         mulut dah gatal nak cakap budak tu yang dah berjalan kembali dengan aku waktu ni, 

         " kalau tak selesa jalan dengan akak, adik bleh pergi kelas adik sekarang."  tapi memandangkan aku ni taklah sejahat tu nak perli2 k apa, aku buat tak tau.... 


         budak tu memang teman aku sampai pintu kelas. lepas tu terus pergi j.. aku pun tak kisah apa. kelas dah nak mula, zon yang paling membosankan pun dah tinggal 2 3 minit je lagi nak mula.. 
     
         *tapi, kalau kalian jadi sha pun, tipulah kalau kalian  tak nak fikir apa motif suara tadi suruh budak tu teman sha jalan kan?kan3????

         takkan nak pegi tanya kot apa motif suara tu buat macam tu.... takpelah,

        *konklusinya, sha ada kawan2 yang cukup jaga kebajikan sha.. ahahaha.... yang cukup perihatin pasal sha.. skema betul ayat. yang cukup fikir keperluan sha... hahahahha.... aisey... rase cam digeletek ketawa pulak bile bace semula...


So, kat sini sha nak officially berterima kasih kat suara tu kalau tersesat  membaca sebab hantar skuad tambahan teman sha masuk kelas bila geng sendiri ada hal nak buat... huh? ade geng? cam brutal habis j bunyinye.... huhu


another she said: "friendship never ends...."
        and i said: INSYALLAH.... 


WASSALAM =]

April 08, 2011

'DOWN' syndrome!

Down syndrome? ish, ni bukan pasal down syndrome yang boleh dilihat dari segi masalah fizikal dan kekurang upayaan seseorang tu, bukan, bukan... ini tentang masalah 'down' yang selalu dialamai oleh manusia... bila kecewa, sedih, putus asa, tu dikira 'down' lah kan?


Sha selalu j rasa down ni. kadang2 bende kecik pun nak rasa down.. huhu... lagi bila kene marah, bile dapat result yang entah apa2 dan takpuas hati dengan sesuatu bende tapi tak berupaya nak membetulkan keadaan. kritikal ni! tapi alhamdulillah lah, bile sha rasa down ni, pandai2 lah kite tenangkan diri sendiri... bila semua orang sedang rase down, takkan kita pun nak rasa down jugak kan? nanti siapa pulak lah yang  nak rasa positif... chewah! 


langkah2 yang perlu diambil apabila anda merasa down:
1) selawat banyak2..... 
-dengan mengulang ALLAH, ALLAH, ALLAH je pun kita bleh rasa tenang... masyaALLAH...


2) bercakap dengan diri sendiri dalam hati tentang perkara2 yang positif
-sha selalu gune teknik ni.... sha selalu cakap pada diri sendiri, "tak pe sayang! ini pengalaman... ALLAH beri sha rasa semua ni dulu sebelum ujian yg lagi besar datang.. sekurang2nya, sha dah boleh bersedia dr awal! dah kene fokus betul2 bila buat sesuatu... n bla3......" akhirnya, sha tersenyum sendiri!


3) bila tak kurang jugak sampai rasa nak menangis meraung2... huhu, carilah kawan atau sesiapa sahaja yang dipercayai, ceritakan pada mereka. bukan lah niat nak mintak diorang ni tolong selesaikan atau dengar masalah kita.  there are times  bila kita rasa down, bercakap dengan orng lain walaupun tentang topik lain, kita akan rasa lebih ok. kita akn rasa ada lagi orang yang boleh teman kan kita bila kita rasa down.
-no comment. sebab tak semua orang ada cukup masa untuk diluangkan untuk kita. (aisey.... 2 kali `untuk`, betul k ayat ni?).. jadi janganlah pulak rasa down tu berganda2 bila takde orang nak dengar kita...


4)fikirlah perkara-perkara yang positif, hikmah yang besar disebalik kesedihan, kemarahan orang lain dan sebagainya.
-contohnya, kita dah tahu kalau kita buat macam ni, hasilnya akan jadi macam tu, kalau nak hasilnya lebih, usahanya kene lah lebih.. kalau tak nak kene marah, kenelah buat sesuatu pekerjaan tu dengan betul, jangan lalai dan leka. kalau tak nak orang lain khianat kita, kita janganlah khianat orang lain pulak. akhirnya kita akan berfikir macam ni,


" oh, ALLAH bagi aku rasa jatuh sekarang supaya nanti aku kuat berjalan di buminya, supaya aku lebih fokus, supaya nanti aku bangkit! sebab pengalaman itu adalah guru... mengajar kita untuk sentiasa mengingat zaman2 kejatuhan kita supaya kita tak kecundang lagi... wallahu`alam...


he said, " i`m not perfect".
heyya awak!  nobody perfect! kalau semua orang perfect, tak adelah rasa nak down.... kan3?... jangan gune "i`m not perfect" untuk pujuk diri sendiri. ini bukan kata2 positif. ini lebih kepada alasan untuk tidak terus ke hadapan.. sampai bila2 pun org lain boleh guna alasan ni, alasan ni boleh dipakai pada bila2 masa tapi tak akan mengubah apa2.. percayalah! wassalam.. =)