harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

April 08, 2011

'DOWN' syndrome!

Down syndrome? ish, ni bukan pasal down syndrome yang boleh dilihat dari segi masalah fizikal dan kekurang upayaan seseorang tu, bukan, bukan... ini tentang masalah 'down' yang selalu dialamai oleh manusia... bila kecewa, sedih, putus asa, tu dikira 'down' lah kan?


Sha selalu j rasa down ni. kadang2 bende kecik pun nak rasa down.. huhu... lagi bila kene marah, bile dapat result yang entah apa2 dan takpuas hati dengan sesuatu bende tapi tak berupaya nak membetulkan keadaan. kritikal ni! tapi alhamdulillah lah, bile sha rasa down ni, pandai2 lah kite tenangkan diri sendiri... bila semua orang sedang rase down, takkan kita pun nak rasa down jugak kan? nanti siapa pulak lah yang  nak rasa positif... chewah! 


langkah2 yang perlu diambil apabila anda merasa down:
1) selawat banyak2..... 
-dengan mengulang ALLAH, ALLAH, ALLAH je pun kita bleh rasa tenang... masyaALLAH...


2) bercakap dengan diri sendiri dalam hati tentang perkara2 yang positif
-sha selalu gune teknik ni.... sha selalu cakap pada diri sendiri, "tak pe sayang! ini pengalaman... ALLAH beri sha rasa semua ni dulu sebelum ujian yg lagi besar datang.. sekurang2nya, sha dah boleh bersedia dr awal! dah kene fokus betul2 bila buat sesuatu... n bla3......" akhirnya, sha tersenyum sendiri!


3) bila tak kurang jugak sampai rasa nak menangis meraung2... huhu, carilah kawan atau sesiapa sahaja yang dipercayai, ceritakan pada mereka. bukan lah niat nak mintak diorang ni tolong selesaikan atau dengar masalah kita.  there are times  bila kita rasa down, bercakap dengan orng lain walaupun tentang topik lain, kita akan rasa lebih ok. kita akn rasa ada lagi orang yang boleh teman kan kita bila kita rasa down.
-no comment. sebab tak semua orang ada cukup masa untuk diluangkan untuk kita. (aisey.... 2 kali `untuk`, betul k ayat ni?).. jadi janganlah pulak rasa down tu berganda2 bila takde orang nak dengar kita...


4)fikirlah perkara-perkara yang positif, hikmah yang besar disebalik kesedihan, kemarahan orang lain dan sebagainya.
-contohnya, kita dah tahu kalau kita buat macam ni, hasilnya akan jadi macam tu, kalau nak hasilnya lebih, usahanya kene lah lebih.. kalau tak nak kene marah, kenelah buat sesuatu pekerjaan tu dengan betul, jangan lalai dan leka. kalau tak nak orang lain khianat kita, kita janganlah khianat orang lain pulak. akhirnya kita akan berfikir macam ni,


" oh, ALLAH bagi aku rasa jatuh sekarang supaya nanti aku kuat berjalan di buminya, supaya aku lebih fokus, supaya nanti aku bangkit! sebab pengalaman itu adalah guru... mengajar kita untuk sentiasa mengingat zaman2 kejatuhan kita supaya kita tak kecundang lagi... wallahu`alam...


he said, " i`m not perfect".
heyya awak!  nobody perfect! kalau semua orang perfect, tak adelah rasa nak down.... kan3?... jangan gune "i`m not perfect" untuk pujuk diri sendiri. ini bukan kata2 positif. ini lebih kepada alasan untuk tidak terus ke hadapan.. sampai bila2 pun org lain boleh guna alasan ni, alasan ni boleh dipakai pada bila2 masa tapi tak akan mengubah apa2.. percayalah! wassalam.. =)







No comments:

Post a Comment