harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

April 16, 2012

LAST BUT NOT LEAST.

Assalamualaikum wbt.

Salam sejahtera,
Salam Satu Malaysia,
Salam pspm 2, 
dan semoga masih gembira.

Sha dah lama tak update blog. Bukan tak ada topik yang nak dikongsikan tapi sibuk berfikir semula tujuan blog ni diwujudkan. Sejak belajar semula, setiap entri yang ditulis macam terpesong dari tujuan asal. Ok, cukup setakat ini mukadimahnya.

Study week dah habis. Sekarang dah mula exam. Esok first paper. eh, itu dia, mesej pertama dari classmate berbunyi mood exam. Takut tak? of course. Rasa macam SPM semula. Dah nak exam maknanya dah nak tinggalkan bumi matrikulasi. No more after this. InsyaALLAH. Dah nak tinggalkan bumi matrikulasi maknanya nak tinggalkan kawan2 kat sini. Kawan sekelas, kawan sebilik, kawan kepada kawan-kawan jugak.

Sedih?
Ini kan fitrah, ada jumpa ada pisah, ada awal ada akhir. Ada X, ada segalanya. huhu.. Sha tak ada mood!!!! Baik mood untuk senyum atau pun mood nak suka suki update blog. Mood sha sekarang , sha nak satu ruang kosong. Just for me. It sounds weird and selfish right? and i thing this is the space, my lovely blog. I don't think it is the best but it is one of the solutions. I want MY SPACE! MY SPACE!!!!!!!!!!! 

Ok, cukup perenggan membuta tuli menaip, Sha nak membebel,

< SELAMAT DATANG KE DUNIA BEBELAN SAYA >

Pernah dengar perkataan hipokrit? 
Ya, hipokrit = menipu diri sendiri, menipu orang lain, bermuka2 atau nama saintifiknya, berkelakuan seperti bukan diri kita yang sebenar. ( Sha sangat suka hati menaip tanpa berfikir, harap maaf). Hipokrit ni boleh buat orang lain sakit hati, tak suka dengan kita dan paling teruk tahap maksima bila orang yang lain pun terpaksa jadi hipokrit.

Hipokrit ada sebab?
Oh, ini sudah tentu dah masuk bab sha tulis macam2 kat entri sendiri. AWAS!
Sha tak suka. Tapi kalau nak jaga hati orang lain perlu jadi hipokrit macam mana? Sha ada jawapan!!!! Jawapannya, anda akan terkorban. Terkorban sebab anda fikir bila anda jaga hati orang lain, orang lain akan jaga hati kita pulak kan? mestilah! Sebab sha pun fikir macam tu. Sha pegang ini jugak, WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK! Kalau bukan sekarang tunggulah esok, kalau esok tak ada, lihatlah generasi anda yang akan datang. Kenapa terkorban ye? itu sha serahkan kepada pembaca yang budiman untuk berfikir.

Kadang2 kita ni terlupa nak fikir perasaan orang lain sebab asyik sangat fikirkan diri sendiri,
Kadang2 kita ni terlupa nak fikir perasaan sendiri sebab asyik sangat fikirkan perasaan orang lain.

Semua orang ada rasa,
Cuba berfikir dan bayangkan  kalau kita di tempat mereka.
sekejap pun jadilah
Tanyalah pada diri, sanggup ke kita nak rasa apa yang dia rasa?
Mungkin dia tak sampai hati nak berkongsi dengan kita,
sebab dia  jaga hati kita, 
Kita ni, 
Apa yang kita buat untuk jaga perasaan dia selama ni?
Adil tak rasa2nya?

~ Fikir-fikirkan dan selamat beramal! 

ADIOSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

March 23, 2012

RANDOM.

ASSALAMUALAIKUM WBT. DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA!
 BERTEMU LAGI KITA DALAM SATU RUANGAN YANG SELALU SIMPLE DARIPADA BIASA.

Ok, telah kantoi waktu disini. adeih... Lihat tajuk di atas tu, RANDOM. banyak sangat event yang terjadi pada minggu ni sampaikan Sha rasa macam nak cerita semuanya! Tapi apakan daya, masa begitu menghimpit, banyak lagi benda yang boleh sha buat daripada melongok depan lappy. huhu. APA YANG TERJADI?

18 MAC 2012
ANNUAL DINNER KOLEJ TERCINTA =.="
-Dapat handbag baru! rezeki game SECRET ADMIRER

20 MAC 2012
BIRTHDAY IBU =)
-call ibu malam2 and nyanyi the birthday song with roomates

21 MAC 2012
RESULT SPM KELUAR!
-sungguh bangga menjadi senior batch 2011 ini. 37 orang straight a, memang masuk buku sejarah lah...
-one of my cousin jugak, straight a! Tahniah3!!

22 MAC 2012
-Game motivasi oleh Miss Linda. Awesome! Best!

itu sahaja rasanya. em. mungkin ada lagi. Tapi sha rushing update entri ni! ada rezeki sha elaborate habis-habisan. huhuh.... Until then. Ok! 

sekian,
wassalam.
~STAY SIMPLE YET VALUABLE
=D

March 18, 2012

THE LOVELY ONE! #2

Salam!
Sha singgah lagi di sini untuk menyambung apa yang mahu ditaip.

2 hari lagi birthday ibu! Genap lah umur ibu kurang empat tahun lagi untuk genap setengah abad. Hahaha.. kalian faham takni? cubalah sedaya upaya untuk mengira umur ibu. hehe 

Tadi baru sampai Kolej, kali ni ibu hantar. Kali terakhir nak merasa ibu hantar. Almaklumlah, Tinggal sebulan je lagi sha kat sini. Sedih la pulak... Sebulan sahaja?......
em...

Ok! Patutnya kena naik bas macam selalu, tapi, sha buat statement yang kat atas tu sebagai alasan pertama, alasan kedua, Sha perlu bawa kek untuk annual dinner malam ni. Takkanlah sha nak bawak kek tu naik bas? hancurlah kek itu.... em. Pagi2 lagi dah bangun, bersiap2 untuk balik ke markas ilmu. hoho. Cepat sungguh ibu membawa kereta. Kurang 2 jam dah sampai. Aiyooo... tak terasa lajunya sebab ..er.... sha tidur sepanjang perjalanan. hehehehehe... Tapi nampak sangatlah kan kereta itu dipandu dengan lajunya sebab Tangkak dengan Johor bukannya dekat. 

Kenapa balik pagi? Petang nanti ibu banyak kerja. Ibu busy setiap hujung minggu. Kebetulan kali ni sha balik waktu cuti sekolah, dapatlah merasa ibu hantar balik. [Mengada-ngada] =D lepas sampai, ibu terus pandu pulang semula. Rajin nya ibu melayan kerenah anaknya yang sorang ni. ......

Sibuk macam mana pun, ibu mesti bertolak ansur jugak pasal anak-anak. adeh, rasa bersalah pulak bila cakap pasal ni. hm. Ibu lah ibu, ibulah ayah. Kadang-kadang, sha pelik jugak, ibu boleh buat semua benda seorang. Tak macam orang lain. Bukanlah nak membandingkan ibu dengan ibu2 kalian, but, it`s true. She is the strongest woman i ever met. i ever know. Kagum! Tak pastilah sha boleh jadi macam ibu pulak satu hari nanti. Insya ALLAH. i try my best! =) 

Plus, ibu sangat positif. Kadangkala pandangan dan idea ibu memerlukan pengorbanan rasa. Rasa untuk menentang, rasa untuk melawan semula.Contoh? 

PESAN IBU:

Kalau ada orang tak suka kita, kita jangan rasa yang kita perlu jauhkan diri dari orang tu. Sebaliknya, teruslah buat macam biasa. Haha, pada pandangan sha,  pesanan ibu yang ni paling best. keh3, sebab sha fikir, mesti orang tu akan lagi geram dan bengang sebab kita buat tak tau je even kita tau dia tak suka kita. (maaf, ayat seperti ular kene palu.) 

Pesan ibu lagi, jadi orang, biarlah jangan terlalu dan selalu sangat bergantung pada orang lain. Sebab semua orang ada tanggungjawab masing2, Takkan lah kita nak susahkan orang selalu. betul ni!

Dah. 2 jelah sha kongsi. Nak jadi lokek sikit. Eh, teringat pulak. Ibu selalu pesan, jangan lokek. Kongsi. Kalau nak bagi sesuatu tu biarlah yang elok. Manisnya ibu saya! hehe. Ok, ibu2 seluruh dunia juga manis. of course! =p

Anggun. cantik. comel. macam SHA! hehe

I said,
 tq ibu! didik akak
 jadi seorang  manusia!
 until now
 and forever! ^^