Ehem! Umur bukan belasan tahun lagi dah,
maka timbullah soalan-soalan jenis yang er....hm.... tetttt....
Dah ada 'kawan'?
Dah ada boprens?
Sila buat2 batuk tersedak. =.="
soalan spesis ni memang popular ea bila kita dah besar?
haha, besar sangat ke?
besar kepala lagi ada.
Yang bertanya tu bukan kawan2 baya diri sendiri
orang tua... keluarga terdekat.
aiceh! Feeling2 pulak entri ni...
Kalau ditanya soalan begini jawapan piawai ialah:
"E... geli je.. ape ni... belum lah..."
"Ha? Tak ada lagila. Belum lagi..."
Perasan macam retis diserang wartawan hiburan.
Fuh!!! yang selamatnya soalan spesis tu belum dicabang2kan dengan soalan:
"Kenapa belum ada lagi?"
"Yang macam mana?"
wargh!!! rasa nak hantuk kepala je kalau soalan macam ni pun akan keluar nanti.
Eleh, kalau dengan kawan2 boleh pulak
nak yang macam tulah, tak nak yang macam ni lah..
manusia kan? Orang kata berangan tak perlukan duit
Sungguhlah manusia tu boleh hidup kalau makan angan2 je?
Mana boleh!
Tak payah nak berangan sangat!
Hutang PTPTN keliling pinggang,
diri sendiri tu banyak lagi yang kena betulkan.
Kalau Subuh pun masih bergajah, berdinosour,
Lupakan dulu.
Waima sijil pra perkahwinan dah tergulung ditangan,
tapi kalau belum yakin boleh jadi imam sembahyang,
ketepikan dululah soal yang tu.
Kalaupun dah cukup syarat dan lampu pun dah bertukar hijau
Fikir sekejap,
Dah sedia nak berdiri atas kaki sendiri?
Kalau perasaan keluarga sendiri belum terjaga,
bayangkan nak jaga dua kali ganda perasaan orang lain yang akan jadi keluarga kita.
Similinya mudah. Kalau hati orang tua sendiri pun masih rasa susah nak jaga,
inikan pula nak jaga hati orang lain yang sebelum ni tak ada kena mengena dengan kita.
Fitrah manusia ni banyak
Chewah!!!! Ini dah jauh menyimpang siap buat drift ni.....
Mahu difahami,
tapi sendiri cakap kadang2 tak faham
mahu disayangi,
tapi kenapa diri sendiri simpan rasa dengki iri hati?
mahu kehendak dipenuhi,
tapi kenapa kadang2 keperluan tak terjangkau lagi
dah pulun kata mahu itu mahu ini
mahu berjaya seperti orang lain,
padahal jaya yang penuh erti adalah hasil usaha sendiri
bukan dengan cara mudah.
Tiba2 rasa ada air terpercik ke muka sendiri.
Mahu rasa bahagia
padahal bahagia tu bukan hanya diertikan dengan
harta melimpah ruah dan ketawa sepanjang hari
apa guna ketawa sakan tapi dalam hati tahan sakit sendiri
apa guna harta melimpah kalau hati tak senang
apa guna meriah menunjuk harta kalau hutang sebenarnya keliling pinggang.
Kan?
Konklusinya satu.
Mereka tanya kita jawab,
Jawab biar cantik bahasanya
jangan sampai orangkata kita kurang diajar
cantikkan budi dengan bahasa
peace!
><
ADIOS AMIGOS!
No comments:
Post a Comment