harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

August 20, 2013

HARI RAYA. =)


SALAM LEBARAN!

Dah habis daya nak memikirkan kelainan ayat atau patah perkataan yang akan digunakan untuk buat entri raya, tapi macamnya tak ada. Huh... Maka, Sha mengucapkan, SELAMAT HARI RAYA kepada semua warga manusia yang mengenali empunya SYV ini dan membaca setiap bebelan beliau selama ini. =)

Do you know how picture can story everything? hehehhh... Dipendekkan cerita, tahun ni macam tahun2 sebelumnya sebab memang setiap pagi raya akan beraya kat rumah nenek. Tema baju tahun ni warna purple okeyh... 2 hari raya baru merah. Dah, cukup lah tu, tak payah nak semakkan almari dengan baju yang tak selalu dipakai.. huhu...

Rumah nenek! Psst3!! Nenek tak pakai jubah raya tahun ni. Yeay!!! ><

Adik. Sepupu. Tapi ramai lagi sebenarnya. Nak kumpul semua dalam satu gambar belum tercapai lagi yea. Minta dengan doa. Ceh, ayat ... =.=


Family. Saje biar anda teleng kepala. =.=

Inilah mokchiks!!!!! Mereka mendengar segala apa yang terkeluar dari mulut, hati dan otak tanpa kata berhenti walaupun sebahagian besarnya adalah perkara-perkara yang mustahil terjadi! Mereka ohsem!!! 

ok. Interframe sikit. Colgate, Darley, Pepsodent, ada nak offer saya buat iklan tak? Hikss!!!

Bezanya tahun ni ialah tahap kerajinan Sha yang overboard sampai buat 2 jenis kuih yang remeh temeh la kalau Sha yang 5 tahun dulu nak describekan. haha... Semperit yang dah habis sebelum raya dan Blueberry Cheese Tart yang dibuat 2 kali. Sebelum raya dan selepas raya. Fuh, semangat tak? haha.... Kata dah besar, tunjuk berani sikitlah anak dara sorang ni dah teror pakai oven! haha..masuk bakul nampaknya.. =.=

Bila Sha rajin nanti, (ehem!!! entah bila nak datangnya kerajinan yang dimaksudkan tu..) Sha nak update pasal Cheese Tart. ngeh3... Walaupun semua orang dah boleh google dan tekan saja you tube, saya peduli apa, nak jugak tulis kat sini! =D

Raya tahun ni jugak ekstra meriah u olls! Sha dapat 2 orang anak buah baru. Lalalala.... Best bila diorang balik raya, tak sunyi rumah nenek. Tahun depan mesti lagi best sebab diorang dah dapat 'kaki' mesti nak lari-lari, lepastu kalau dah pandai cakap bising je mulut sibuk nak tanya itu ini. Masa tu memang Mak Echah ni bertukar jadi garang lah! Wargh!! Rindu zaman kecik-kecik dulu... Semua orang ikut telunjuk kita. hahahahaha.. Evil laugh sikit ya tuan-tuan dan puan-puan. >< ok, Fine! tak ada kena mengena. Haha...

Cukuplah dahulu kiranya warkah dari tuan hamba untuk entri kali ini. Rasa geram sangat sebab nak tulis banyak-banyak tapi malas nak fikir ayat dan menaip. Boleh gitu? Boleh je lah kan? hehe... Sehingga bertemu lagi di lain hari! Salam manis! ** =.=" **


WASSALAM


dekad kedua di muka bumi masih dapat duit raya. ^^
Syukran! syukran!

No comments:

Post a Comment