harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

August 20, 2013

BLUEBERRY CHEESE TART uhuk uhuk...

Assalamualaikum wbt. 
Masih raya lagi ni yea. Tolong feeling sibuk sikit nak terima tetamu beraya kat rumah. =D

Raya tahun lepas ibu beli satu bekas Blueberry Cheese Tart (BCT), berapa pcs je ada dalam tu tapi mahal. Nak makan pun bajet2 sendiri takut tak sampai raya dah habis. Hahaha... Makanya Sha pun Google, You tube campur majalah dan hasilnya adalah BCT air tangan sendiri.

TART
100gm Mentega
75gm gula. (Maksudnya gula halus ya. Jangan gula yang kasar2 tu dicampakkan ke dalam adunan pulak.)
200gm tepung. (Tepung gandum je Sha guna. Jangan lupa ayak kalau tak nak menyesal. Haha!)
esen vanila standard. (1 sudu teh)
1 biji telur gred c. (Setau Sha gred C paling kecik. Kalau telur saiz besar minta dibuang sedikit telur putihnya supaya tart kita tak keras ya. Info ni dapat bila blogwalking time Google. Rasionalnya, ingat tak masa nak buat pavlova guna putih telur je? Jadi crusty kan kulitnya? Ha, macam tu lah... )

Caranya mudah sahaja, hahaha!
Putarkan gula, mentega, telur sampai sebati, masukkan esen vanila, kacau rata, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Nak masuk semua sekali pun boleh. Kalau doh lekat pada tangan lagi, tambahkan sikit lagi tepung. sikit je tahu! Lepastu simpan dalam peti ais. Katanya doh lagi terbaik kalau simpan dulu sebelum bakar. Tak taula apa natijahnya. krik krik krik krik... Jangan lupa panaskan oven pada suhu 160 darjah.

Tak masukkan doh dalam peti ais dulu pun ok je. Makanan kan, akan diproses jua akhirnya oleh enzymes dalam perut ni. Haha! Bulatkan doh menjadi kecil2 supaya mudah nak ditekan pada cetak. Ada orang kata kalau nak tart senang keluar dari cetak, panaskan acuan dulu dalam oven, tekan garpu pada dasar tart sebelum masuk oven. Tapi bila Sha terlupa nak buat semua petua ni masa adunan kedua, tart lagi senang nak keluar. Hahahaha.... 

Bila dah tekan dalam cetak, bakar selama 20minit! Terbalikkan je cetak tu, Tart akan keluar dengan mudahnya. Cayalah!!! Kalau tak keluar, paksa dia keluar jugak!!!!

Inti. (Bukan Inti College yea.=.= )

250 gm Cream Cheese
1 biji telur gred C
Sedikit mentega. (Agak2 la dah berapa banyak lemak yang sudah dan akan diternak selama bercuti ni, lepastu pandai2 lah kira nak letak berapa banyak mentega kat Inti ni. Sha letak 1 sudu makan je.)
Gula halus 2 sudu, kurang atau ikut kesesuaian.
Blueberry Filling. (Sha rasa kalau guna jem roti biasa tu tak sedap. Pergi sahaja kedai bahan kek, cakap nak Blueberry Filling. Habis cerita. )

Cara Sha,
Masukkan semua bahan dan mengepuk bagai nak rak guna tangan sebab malas nak angkat mixer yang berat tu. (Kan puasa masa ni, excuse la sikit. hehehe)

Tapi lain kali kalau nak buat lagi Sha nak ikut cara sorang blogger ni, guna Blender basah je. Basuh bersih-bersih blender tu, masukkan semua bahan. Blend. Kalau tak bergerak, masukkan setengah cawan air suam. Mesti Filling ni lagi halus dan cantik. =)

Lepastu dah boleh picit Blueberry filling dan cover dengan cheese. Nak senang, masukkan dalam piping bagdulu. Dah siap semua, boleh decorate. Cara???
Letak setitik panjang pewarna yang dah digaul dengan sedikit cheese tadi atas tart yang dah siap. Buat la berapa banyak titik panjang tu pun, cepat2 tarik dengan pencungkil lidi atau peniti yang bersih, dari atas ke bawah titik yang panjang2 tadi. magis!!! Ada love2 pulak BCT kita. hoho.

Akhir sekali bakar dalam oven dengan suhu sama selama 5 minit sahaja. Ulang. 5 minit sahaja! Dah siap! Remeh tapi puas! Kan? Cetak ni Sha beli 1 karton rm6. Sha beli 2 karton je, jadi cuma ada 24 pcs cetak. Ulang 3 kali bakar sebab nak ganti cetak. Bahan tart tadi buat 2 kali adunan baru balance dengan Cheese. Means, 250gm Cheese tu Sha dapat 105 pcs BCT. Modal tak sampai rm30 termasuk cetak. Tapi kalau jual ni, 105 pcs tu  jejak rm100 kalau orang lain jual. Jimat kan? HAHA!! Gunalah kuasa tangan mu yang lincah di dapur. eceh.... Until then! 

Cetak tart.

Oven.

Buat bulat kecil, bulat kecil, bulat lah besar! Eh jangan! Nanti tebal sangat tak sedap!

Ini yang pertama sekali Sha buat. Tebal sangat. Jangan buat macam ni tau.

Ha, macamtu, lubangkan pakai garfu, tapi macam yang Sha kata tadi, makin tak buat,makin senang keluar pulak! hehe

Sha suka waktu ni! Main picit2 piping bag!

Dah siap decorate! Dah siap design! Sila makan. Pesakit ULSER ataupun lebih glamor mata ikan dikecualikan. keh3.... 

sekian,

WASSALAM. 

Dia macam tak lawa dan tak kemas kan? 
Sebab saya budak baru belajar la awok!!!

No comments:

Post a Comment