harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

November 26, 2011

tapi hari ni?.....

mata yang selalu redup kembali menulis...=)


satu sudut cerita yang dicorakkan melalui pengalaman.
indah? tak seberapa..
pahit? kelat saja mungkin.
ceria? penuh dengan ketawa.
sedih? kedengaran kata-kata indah memujuk.


tapi hari ni...
indah, tapi tak macam dulu. sebab?
jauh
pahit, tapi dah boleh telan. sebab?
mungkin pahit tu ubat.
ceria, tapi tak tinggalkan kesan. sebab?
cuma sementara
sedih, sampai rasa kecewa. sebab?
harapan.


melihat dia terduduk. diam.
kerusi di depan ditarik. lalu duduk menghadapnya. bertanya, kenapa?
senyum diganti sebagai jawapan.
~kertas ni. sengih sumbing.
down? mata bulat seperti `Ya`.
kau boleh! aku tau!
tak cukup percaya?entah.
kita lumba. 
bila? sekarang! 
siapa menang? 
dia puas.
terima kasih... 


bangkit tapi masih senyum.
pulih tapi masih sesal.
cuba tapi macam tak ikhlas.
ikhlas, rupanya bersebab.
berhasil, tapi tak pernah puas.
jauh. rupanya itu yang terakhir...


tapi hari ni?..
datang lagi, cuma bertanya sebarang dua.
kecil hati, rupanya tak tahu.
salahkan dia, tapi siapa yang tau?
dah tolong, dah berterima kasih.
tapi sampai situ je? mungkin ya.


tak mintak lebih.
cuma jangan jadi lain. 
maaf, tetap terasa.
tapi hari  ni?
tak dengar angin goyangkan pokok.
tapi nampak awan berarak pergi.


dalam. sampai nak terjatuh.
mereka kata,
betul ke?
tak sangka macam tu.
betullah masa bergerak untuk satu perubahan.
masih tunggu. sia-sia 
sampai?
sakit dengar janji.
dah ok? entah.


tapi harini...
MASIH TEGAK BERDIRI
masih tunggu 
siapa tahu masa berpatah balik
atau kesan tapak mahu dijejak


masih terus berlawan
tapi tak jumpa puas nya di mana
masih terbayang kisah sedih
dipujuk
dilawan...


tapi harini...
tak tahu apa akan jadi.
insyALLAH! akan terus dan akan berdiri
walaupun tak ada yang menentang
tak ada yang nak dengar
tak ada yang nak dikejar..
nak tunggu jugak..


degil? sikit je. takkan tak boleh?
tapi harini orang tak suka spesis budak degil.
salah! tapi harini orang tak suka
budak yang cuma mengatakan `ya` sahaja..


harini nak mula yang baru.
tinggalkan harapan tu.
cari lawan baru.
mungkin cukup kalau lawan yang salah sahaja


tapi harini masih ingat kisah semalam.......
cukuplah, cari awan yang lain.
cari lawan lain.
buat yang baru,
ganti yang lama.
kalau tak nak esok jadi macam harini...


PEACE!















November 10, 2011

trust me, 143! ( euwwww)

ASSALAMUALAIKUM dan Selamat sejahtera buat semua! 

Pelik tak? sha dah lama balik rumah untuk cuti sem, tapi blog sha tak ter update walau sekali pun! Parah ni parah! actually, ada 2 3 kali jugak sha cuba taip entri baru, tapi sha tak rasa apa yang sha taip tu relevan untuk dibaca pihak umum. wink wink... ;)


Jadi, oleh kerana hari ini hari Khamis, (hari yang sepatutnya sha update blog seminggu sekali, kan?) sha datang ke blog sendiri untuk tulis entri terbaru!


Jari makin lama makin laju menaip, hati rasa tak tahan lagi dah nak bersabar untuk tulis lambat2, no! no! no! kene taip laju-laju!!!! 


would like to talk about....
these songs!


1*Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
  Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
  Menantikan kehadiran dirimu
  Entah sampai kapan aku harus menunggu

2*aku tak tahu apa yang ku rasakan
  dalam hatiku saat pertama kali
  lihat dirimu, melihatmu

cukup dulu rangkap pertama lagu2 ni ye......

OK! Sha selalu jugak dengar lagu2 ni... sha tak tau kenapa, tapi pada sha, 2 lagu ni ada kaitannya... euwwww.... itulah reaksi pertama sha tiap kali roommate bukak lagu ni.. frankly speaking, geli.... [masalahnya, sha macam dah sebati dengan telinga dan lidah, i like the melody, but not the lyrics...] boleh tak macam tu? haha.. kenapa ye?

cuba baca lirik yang ni,

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

boleh percaya ke macha oii? belum apa2 lagi dah tabur janji macam tu.. aduiyai....mula2 tadi kata tak tau apa yang dia rasa, lepastu suka2 hati dengan yakinnya nak bagi cinta dan sayang die kat entah permpuan mana yang dia baru tengok tu.. logik ke? mungkin logik untuk love at the first sight lah kot, tapi tak langsung kalau ikut kewarasan akal kan? haha....

kalau sha lah kan, sha akan cakap,
"betul ke nak tunggu even jauh? betul ke tak kisah nak jaga sampai hujung waktu die? [yarksssss] habistu, macam mana kalau dalam penantian tu, perempuan yang dia tunggu accident then cacat, tak lawa, kalau masih lawa pun mbe pekak, bisu, dsb.. berbaloi ke penungguan dia tu? kalau dia ikhlas, mestilah bulat2 dia terima kan? tapi kalau dia tunggu sebab cantiknya seorang perempuan tu, tak berbaloilah... am i right? hm... kalau terima pun mungkin tak redha.. uhuh.... suka2 hati je sha ni kan... apa boleh buat.. haha.. wink wink..;)

yang ni pulak,

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Hah! baca tu... terfikir jugak kan nak cari pengganti? CIS!! jauh sikit, mulalah nak cari pengganti... aduss.... manusia, manusia... (hello! including you aishah!) hehe.. Taupun susah bila da kena duduk jauh2 ni, lepas dah mengaku susah, mulalah nak mengorak langkah seterusnya untuk cari yang lain... kan? Obviously, right?! JADI, APA SEBENARNYA MOTIF SHA TULIS TENTANG LAGU2 NI DALAM ENTRI NI? [er...... i`m not that clear about the reasons....hehe] saja2 je kot.... mengupas pandangan sendiri mungkin.. walah gitu! =")

Bukannya apa, kadang2 tak dinafikan, ada orang akan terbuai dengar lagu macam ni, lagu macam ni lah yang akan buat pendengarnya jadi tak betul sebab they hold the promises... Jangan main2 dengan janji ye.. sha tak suka orang yang tak tepati janji. Once you make a promise, you should hold them tight! mesti buat apa yang dijanji.. Kalau setakat janji bunga2 tahi ayam, baik tak payah. menyusahkan hidup sendiri. 

Berbalik pada isi pokok kita tadi, (eceh..) suka hati kalian lah untuk menilai, pada sha, apa yang sha tulis, itulah pandangan sha... mungkinkah ada kena mengena dengan janji? misteri ni, misteri! adeih.... so, kalian rasa, apa valuablenye entri kali ni? moral of the story? hm...

Yang berharga adalah kata2 yang dikeluarkan yang sepatutnya difahami maksudnya. Bukan sekadar melontar kata untuk menyedapkan hati orang lain. Moralnya pulak, JANJI. faham2 sendirilah ye.. Terima kasih sebab kalian baca entri kali ni yang rata2nya memang agak merapu dan terbelit2... 

Sha tak tau lagi nak tulis apa untuk 'she said, he said' kali ni, macam tak ada yang sesuai. tapi sha nak cakap jugak yang lagu ni sebenarnya sweet, tapi cukuplah sweet untuk tidak difahami liriknya... chewah! 

sekian , tamatlah sudah entri yang panjang berjela....
 <adiosss>