harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

July 30, 2012

APA NAK DIKATA?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Assalamualaikum wbt.


Perlu ke rasanya Sha menyambung entri yang lepas? tak perlu rasanya. Bila difikir balik, dahlah tulis tentang ALIEN dalam bulan RAMADHAN ni, astaghfirullahala'zim..... Er.. tapi tak bererti Sha nak remove entri tu! hahakzzzzz...


Apa lagi yang nak dikata kalau memang ada betulnya pada butir bicara orang yang berkata-kata. Mungkin pada dasarnya kita rasa sakit hati sambil memaki hamun dalam hati betapa kurang ajarnya orang itu berani mengeluarkan kata2 sebegitu kepada kita, walhal kita tak tahu mungkin orang tersebut tak jumpa cara lain untuk menegur kita? haha, perenggan ni tak ada kena mengena dengan entri yang lepas ea. Kalau sapa berpihak pada Alien yang tersesat tu, sila malu kalau anda rasa Sha kalah. Hahahahahhahahh! Tapi, dalam satu pandangan lain pulak, kita sendiri boleh fikir yang memang orang itu berniat untuk menyakitkan hati kita sebab mereka pernah kalah secara halus dan kasarnya dengan kita. Faham ke tak ni?


Perenggan baru ni pulak Sha nak selitkan tentang common sense yang semua orang ada. (Unless kalian rasa kawan tu bukan common sense kalian!) Selalu je kita semua tengok keadaan sekitar kita yang rata-ratanya berkisar tentang persahabatan. Heyy you! Sha nak sambung belajar kat tempat baru ni, mesti lah akan jumpa kawan2 baru kan? Zaman mula2 ada handphone dulu, (adelah dalam 6 tahun dulu, budak2 sekarang ni standard 3 pun kadang2 ade je  yang dah bercanggih dengan handphone sendiri kan?) memang rasanya obses sangat. Tak fahamlah pulak obses dengan apa, dengan handphone tu atau dengan friendship? Ehem2, relationship memang tak ada ea!


Sikit2 bunyi, sikit2 bunyi. Kalau dah asyik bunyi je, cuak lah jugak kan, lalu divibratekan aje handphone tu. Siapa yang hantar mesej? kawan. Itu soalan dan jawapan standard kalau ibu tanya Sha. Memang kawan pun. Entah apa lah agaknya yang sibuk dimesejkan dulu tu, Sha pun confuse! Dah macam operator dah. 


Dan sekarang,
tak ada maknenya semua tu dah! Mesej dalam inbox Sha ni kalau nak cari yang taun lepas punya pun  masih ade lagi. Bukan sebab Sha sayang lalu simpan semua mesej tu, tapi sebab memang tak ada masa dan malas nak padam satu2. (Siap kena complaint dengan roomate and classmate). Kalau tak kena bebel pasal inbox penuh memang tak sah. Apa cer pulak ni? Dulu obses sekarang? 


Mungkin sebab sekarang dah besar. dah matang sikit lah kot kalau nak ikut umur. Dah nak 20 pun, takkan semua benda nak kongsi ngan kawan2 kan? Dan kawan2 pun bukannya ada masa sangat nak baca mesej kita tu. Nak melayan jadi meleret2 pulak. (ok, sekarang tahu pulak nak menilai semua ni ea! hihihihi) Ape motif Sha? tak tau. Terasa? entah.


sekian. TRIMASSSSS

July 22, 2012

RAMADHAN!

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan! =)


sangat lama rasanya tak mengetuk papan kekunci ni. dan selama itu juga, macam2 yang dah jadi pada Sha ok! Dari dapat result UPU sampai lah hari ni. Memang satu tempoh yang sangat panjang untuk macam2 jadi. Ok, sangat poyolah mukadimah kali ni. [sangat tak selesa sebab MACHA poyo tu sibuk2 je bila tau Sha ada blog ni. Huh. sungguh poyo! hm..]


Sha mulakan dengan,


ALIEN YANG TERSESAT KAT BUMI.
Yang ni memang menguji kesabaran tahap Giga Tera lah kan. Siape je yang sangka kawan2 lama kita dulu yang boleh dibawak begurau jadi macam terlebih besar? Seriously memang Sha terasa for what he had done! Berlagak sungguh dengan kekurangan yang orang lain ada. Mungkin dari segi bahasa MAGNIFICIENT 7, dia alpha-male terlebih dose! He thought he was so big laa~ Haha, ok, another name should be bajet. You know bajet? Cari sendirilah dalam kamus. so la di daa... Kalau dia baca entri ni agak2, jadi perang dunia tak? hish! tak adelah sampai nak berperang bagai kan, cuma mungkin ape yang orang selalu cakap pasal ego tu terjadi kat sini. Tak nak kalah dengan kaum Hawa, tu yang keluar aura berapi. Dan kalau dia terbaca, (haha, untung sangatlah kalau dia terbaca dan terperasan entri ni) me, feel free to say to you that, langit tu tinggi, tak bertongkat tapi kukuh kat atas sana. Manusia, kalau tinggi sebab bertongkatkan rasa BESAR , bila2 boleh patah tongkat tu. Kalau dah jatuh sebab tongkat tu patah, susah nak bangun balik kalau orang lain yang sebelum ni ada kat sekeliling kita dah dipandang macam semut. kecik sangat. Sinis? I can do it the same way too!!


HATI MURNI.
This is another true story about my friend! Sha tak tau nak mengolah macam mana, tapi dia sangat berhati murni. Dia buat si comel macam adik dia sendiri. Dia tak kisah bawa si comel ke sana ke mari. Dia tak peduli apa yang orang akan kata tentang si comel, sempurna atau tidak itu bukan persoalannya. Jujur, the first time I met si comel was quite 3 years ago. Mula-mula memang rasa tak selesa, sebab Sha jarang jumpa dan dapat bergaul dengan orang macam si comel. Tapi bila Sha tengok kesungguhan kawan Sha jaga Si Comel, hati rasa tersentuh. [ok, a bit cheezy here] but it is true. Rasa sayang tu memang nampak dengan jelas bila Si Comel terdidik untuk buat semuanya sendiri mana yang boleh. Kawan Sha memang nampak sangat tegas, tapi dalam tegas dia didik Si Comel, Sha rasa kasih sayang dia pada Si Comel. Dia buat macam Si Comel adik dia sendiri. So sweet
Sha ingat ada ustazah cakap. 


         "Kenapa perempuan ada rasa kasih sayang yang lebih daripada lelaki? Sebab Allah jadikan perempuan dengan Rahim yang membolehkan zuriat terkandung di dalamnya, dan bukankah Ar-Rahim itu juga antara nama-nama Allah yang bermaksud KASIH SAYANG?" 


SubhanALLAH~~ Mungkin sebab itu Kaum Ibu penuh dengan kasih sayang?


Sha rasa sampai sini dulu, quite long lah kalau nak sambung lagi. Banyak mesej yang boleh kalian kutip daripada 2 cerita ni. Banyak sangat. To you alien, ini bukan ruang mengutuk aku, tapi kalau aku terus nak betah kau, lagi berganda lah rasa besar dan bongkak kau. Entri ni bukan atas dasar mengungkit, tapi atas dasar kemanusiaan. Mengingatkan itu boleh dibuat dengan banyak cara. Ini mungkin salah satu daripadanya.  Diam tak bermaksud kalah. dan mengalah juga tak bermaksud lemah. u`re totally different and i don't know the lattest you! haha. Bukan aku sorang cakap, tapi rasanya orang lain jugak. poyo? tapi ni realiti~~ 
Habis sudah entri berbaur lahar gunung api.


sekian, adiosss



















July 14, 2012

AN ENGINEER TO BE?

Assalamualaikum to all readers!

Alhamdulillah, semalam telah keluarnya result UPU yang sungguh mendebarkan. Kenapa mendebarkan? Sebab masa depan Sha bergantung pada course yang U bagi lah kan? Dibuatnya diorang bagi Sha course yang Sha tak mohon? Tak gigit jari ke nanti? Tapi, kita perlu ingat! ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU, BUKAN APA YANG KITA MAHU!

Sha dapat kursus pilihan ke 6 Sha daripada 12, pilihan ke 2 Sha daripada 8. KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI) DENGAN KEPUJIAN, UTHM! Ibu paling suka. almaklumlah, dekat je, kat kampung pulak tu kan. Tak macam heaven ke bagi seorang ibu? haha.. Tapi Sha pulak rasa ralat. dekat sangat. Alangkan KMJ pun lagi jauh tau! em.. Maka dengan ini, tata lah bidang idaman Sha, PSIKOLOGI. Sha letak 4 pilihan kat UPU untuk Psikologi, tapi tak dapat. Maknanya memang rezeki Sha dalam bidang engineering. Kan?

Sha happy dengan kursus tu even tak dapat Psikologi. daripada tak dapat langsung. Nak mana? hm... Tiba2 ada jugak beberapa kawan yang bertanyakan tentang kursus Sha tu. Mereka kata tak pernah dengar. Ok! Seram! Janganlah main-main! Lalu GOOGLE dan Sha jumpa ini,

The basic principles and performance of electronic devices and circuits are introduced in the course. Design and analysis of different analog and digital circuits are considered in detail. Different analog and digital modulation techniques used for communication, equipments and systems involved in wireless communications, satellite and optical communication technologies, computer communication and networking, design and development of microelectronic circuits for computation and processing, components and systems for electronic instrumentation and control etc,. form major content of the course. The course also covers the study of hardware and interfacing of computer systems, programming skills and application of computers in signal processing and communication.

haha, ok, the last sentence put me in little worry. Tak ada basic Sc Comp, Sha yakin, usaha tu eskalator kejayaan! Asalkan untuk SIGNAL PROCESSING tu, memang sangat buat Sha teruja lah! hehe..

Kali ni tak nak main2 dah, cukuplah zaman malas-suka-hati-nak-belajar-ke tak bermula dan berakhir di zaman Matrikulasi. Jadi-jadilah tu buat eksperiman Giga kat diri sendiri dengan problem statement,

 What will be if i don`t study that hard and smart during Matriculation Programme? 

sebab tak ada lagi tukang bebel suruh study dalam bilik macam cik tinggi dan tukang ingatkan Sha dah buat keje belum macam cik lagi sorang ni dalam bilik nanti. Tak adelah nanti kedengaran, 

Chang! dah siap ... belum?

Chang! Dah study ni belum?.... 

 hehe, nama special Sha, CHANG! HOHO. mereka berdua bagi. mane entah diorang jumpa nama tu.

dan conclusionnya,

Only those who are 'in the chosen' one can survive by neglecting their study and ain`t carry the responsibilities that hard and smart. 

huhu. sekian, ADIOSS!


~ SILVER LIGHTNING AFTER THE RAIN.
=)

July 13, 2012

klasikal UNTUKMU

Angin bayu membawa diriku

Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya



Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta



Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara kupasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar di taman hati



Walaupun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah
Untukmu



Saban hari diriku menuggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa
Kau jadi penawar



Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula
Janji bara cinta

~catchy, meaningfull, sweet.
friendship .

ADIOSSSSSSSSSS

July 08, 2012

I AM WONDERING WHY.....

Tak bersalam dah...

Kenapa pilih dan letak lagu yang sama? Dah dua kali ok! Kalau pertama kali tu kebetulan, kedua apa? Suratan? ~ HLOVATE
Er... perlu ke perkara ni dipersoalkan? tak kot...

Kenapa nak buat tajuk sebegini rupa? saje2? suka2? entah... enoughsaid. malas. sajesukasukilalalalalalalalalalalalala. Penat.

~Heyyah! thanks yaw for the Jejak Kasih. 
Tak sangka.  Alhamdulillah.. =)






July 05, 2012

ALAHAI KAKIKU.

Assalamualaikum wbt wahai sekalian kalian. =)


Kancil tak boleh start! wargh! Habislah Sha kalau Kancil tu tak boleh nak start. Walaupun tak adalah  nak selalu keluar, tapi, memang Sha gunakan Kancil tu untuk amek encik Arip balik sekolah. Hahah, Exora? Mintak maaflah ye, Sha tak berani nak drive kereta sebesar dan sepanjang itu.


Ibu and adik dah selalu sangat suruh Sha belajar drive kereta yang lagi satu tu, oklah, ada dalam 3 kali gitu Sha drive. First, masa kereta tu masih baru. Hahaha, bajet sangat lah tu ibu bagi lepas nak drive kereta baru Ibu! Second, waktu kat KMJ. Alihkan ke tempat yang sepatutnya, (bukan tepi jalan depan kaki lima blok.) hehehe... and the last was last week waktu ibu and adik habis punggah baju2 budak Sekolah Seni dari pintu belakang kedai. Itupun dah macam apa, meluncur gaya nak mengejar penjenayah aje! hohohoho...


Maybe kalau Exora tu tak ada power stering bolehla Sha feeling2 macam drive Kancil! Hahahaha... berangan lah disiang hari Cik Aishah oiii! huhu.. Baiklah! Semoga Si Kancil akan terus sihat dan segera keluar dari 'hospital' ye. hehe. Amin...


~Congrates to Sis Irine  Nadia! 
Selamat  pengantin baru! =)

SEKIAN, ADIOSSSSSSSS