harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

July 03, 2013

Le Mushroom spaghetti with must eat Cheesy sausage!

Assalamualaikum dan hye

Harini hari rabu kan? Maka, genaplah dua minggu Sha bercuti di rumah sambil meluaskan aktiviti bermalas-malasan di rumah. Kalau rajin sikit Sha masakla apa2 yang best. haha. OK,  kali ni nak kongsi resepi spageti. Walaupun sebenarnya semua orang dah tahu nak buat spaghetti ni macam mana, tapi Sha peduli apa! hukhukhuk...

Abaikan sahaja nama panjang berjela kat tajuk tu sebab masuk ICU karang kalau nak sebut banyak2 kali sebab lidah terbelit. hoh!

Bahan-bahan:
1 Paket Spageti
1 Paket daging kisar. 
(Sha pernah guna fresh meat waktu raya haji lepas sebab dah  banyak sangat fresh meat dalam fridge kan. Maka dengan slumber dan haramnya Sha blender daging tu guna blender basah ibu. Maklumla, kami tiada mixer yang super moden yang memang digunakan untuk mengisar daging2 mentah ni. haha)
1 botol sos sedia siap Kimball aneka rasa. 
(suka hati kalian lah nak traditional ke, mushroom ke, apa ke, tapi yang ni Sha guna mushroom. Sedap  gila ana cakap!)
3 biji tomato
1 biji bawang merah
1 ibu jari halia
3-5 ulas bawang putih
sedikit minyak.
Pelbagai bahan tambahan. (sosej, lobak merah atau cendawan butang. Bergantung pada selera kalian.


Sosej ni, adik Sha beli, si kakak tukang perhabis je. =)


Daging kisar ni ada orang terus masukkan dalam sos spageti. Tapi kalau Sha, Sha basuh dulu guna penapis then rebus asing kat kuali lain dengan halia dan bawang putih bagi hilang bau hanyir.

CARA MEMASAKNYA:

1)Potong dadu tomato-tomato anda dan renihkan dalam periuk. Atau cara paling mudah untuk orang yang tak makan tomato, ouch! terasa i olls! Sha blender sahaja. Kalau tak letak tomato pun boleh. Tapi tomato menjadikan spaghetti kita lagi fresh dan awesome dengan zat galiannya! hoho..
2)Panaskan periuk dengan sedikit minyak untuk menumis bawang merah, bawang putih dan lebihan halia rebusan daging tadi, potong dadu-dadu juga. Tumis sampai naik bau.
3)Masukkan sos sedia siap. Kalau yang blender tomato tu boleh masukkan waktu ni. Kalau yang reneh tu tak perlu tumiskan bawang pun takpe, masukkan je. Tapi nak renih lambat la kan.
4) masukkan daging yang dah direbus tadi bersama kuah rebusannya dan masak sehingga mendidih. Kuah rebusan daging ni macam stok daging la, menyedapkan juadah.
5)Masukkan bahan-bahan tambahan macam lobak merah, sosej atau cendawan butang. Kalau  tak nak pun boleh. =) kemudian, selepas cukup masak bahan tambahan tu, boleh la diangkat dan dihidangkan.

Spaghetti? Didihkan air dalam periuk. Masukkan 1 sudu kecil garam dan 2 sudu besar minyak supaya tak melekat bila sejuk nanti. Dah cukup kembang, angkat dan toskan. Untuk hasil yang lebih cantik, siramkan spagetti yang dah ditoskan td dengan air panas. Siap!


Sedap!!!

Next entri resepi lagi tau! Curry Puff daging ehem-ehem namanya. haha!

sekian, adioss!!!




No comments:

Post a Comment