harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

October 24, 2014

SALAM MAAL HIJRAH.

Betul,
Baitul Muslim mungkin mampu mengubah seseorang,
Asal kau bersedia dengan tanggungjawab,
Asal kau bersedia menjaga hati keluarga yang akan berganda dua,
Asal kau tahu yang kau lihat sebenarnya bukan bahagia cuma.

Asal kau tahu,
apa yang terhidang dimata kau hanyalah dia yang berada di depan kau,
Yang ada masa silam, yang ada masa depan,
Yang punya kelebihan, yang punya kekurangan,
Yang boleh kau terima untuk menggoncang dunia,
dengan mendidik bakal penghuni syurga,
Pahlawan agama, pemimpin bangsa.

Bila bahagia,
jangan lupa,
Baitul Muslim bukan hanya ada gembira sahaja,
Akan datang duka, akan datang pancaroba.
Asal kau tahu apa sebenarnya itu Baitul Muslim,
Yang bukan hanya untuk menghalalkan yang haram,
Bukan hanya untuk meramaikan umat Muhammad,
Tapi untuk membina kualiti.
Untuk memupuk nilai-nilai terpuji,
Menghadirkan harmoni dalam masyarakat.
Baitul Muslim itu kasih sayang.
Anugerah, fitrah.
-ag.


Dan dan je kan, salam maal hijrah tapi tepek pasal Baitul Muslim. Hijrah jugak kan? <kelip-kelip mata>. Tahniah kawan-kawan sekolah yang dah berkeluarga tu, yang dari sekolah rendah tu, yang akan tukar status tak lama lagi tu, dan untuk yang yang seterusnyalah. ^^

Pasang azam molek2, tahun baru ni, buku baru. Semua baru. Yang tak senonoh tu tinggal2kanlah. =)

wassalam.