harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

October 27, 2013

bila kita cuba, kita ada peluang untuk berjaya!

ASSALAMUALAIKUM WBT! 

Alhamdulillah! Akhirnya tercuri juga masa untuk menulis di sini. Eceh, bajet skema je ayat... hoho.. Sekarang ni Sha sedang menghitung hari untuk cuti pertengahan semester. Tak sabar hokkey! Dah selalu pening kepala sebab projek, assignment, dengan kuliah dan testnya. Khamis lepas last paper untuk test 1. Signal and System. Tak sabar nak cuti!!!!

Ok, cukuplah pendahuluan tentang situasi Sha seminggu dua kebelakangan ini. Berkenaan dengan projek yang Sha tulis kat sini, Sha nak promote produk kumpulan Sha yang diberi nama myHIJAB collection. Kami menjual keperluan para muslimah untuk ke kuliah dan aktiviti harian. Material pakaian yang kami sediakan adalah daripada kain cotton dan denim. Yang paling best! Kami ada variasi saiz. Umum mengetahui bahawa saiz adalah masalah utama untuk mereka yang tinggi lampai memiliki waima sepasang jubah. Tapi jangan risau! InsyALLAH! mHc sedia membantu! =) Para pelanggan hanya perlu mencuba saiz sedia ada yang kami sediakan dan kami akan membantu anda untuk mencari saiz yang sesuai. Then, the size is not a big deal anymore!

Feminin Jubah. Paling laku, laris macam pisang goreng panas-panas. =)

Jubah denim stok baru. 



myHIJAB collection ini bertulang belakangkan 6 orang mahasiswa UTHM, termasuk Sha sendiri, (keh3...), dari FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK. See, siapa kata bisnes hanya untuk orang bisnes? Semua orang boleh ok! Setakat ini sambutan amat menggalakkan! Dalam masa dua hari sahaja 9 helai jubah untuk stok kedua sudah terjual. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab kita nampak apa yang kita dah usahakan tu membuahkan hasil. Rasalah susahnya nak dapatkan duit, nak promote kat orang supaya beli produk kita. Ianya bukan mudah, tapi bila mencuba, kami ada harapan untuk berjaya. Percayalah! Yeah!!! Fuhh, semangat lebih ni. 

Akhir sekali, Sha sediakan link myHIJAB disini dan minta kalian lihat dan bandingkan harga kami. Sesungguhnya, ianya mampu dimiliki! =) mHc tak ada blog rasmi. Dan Sha sebagai antara 6 tulang belakang mHc hanya menggunakan blog Sha sebagai medium mempromosi. Sebarang pertanyaan berkaitan mHc boleh terus pm ke link di atas tu yea dan bukan di blog ini. ><

Sekian sahaja daripada saya, wakil myHIJAB collection,

WEAR THE CONFIDENCE! 
=) 

October 04, 2013

THE MILLION LITTLE THING.



Kita diberikan satu hati.
yang sepatutnya kita didik sebaik mungkin.
bukan untuk membina ego setinggi langit.

Kita diberikan akal,
agar dapat membezakan hitam dan putih,
supaya dapat memikirkan jalan keluar dari setiap yang kelabu.

Kita diberikan perasaan,
yang sepatutnya digunakan untuk menilai,
yang sepatutnya ditautkan dengan akal,
supaya dapat melapangkan hati.

saat bibir mengatakan segalanya indah dan baik,
hati adalah kurniaan yang menyimpan sejujurnya jawapan.

saat mata memandang tanpa belas kasihan,
mintalah padaNYA agar dilembutkan hati yang keras.

saat telinga mendengar butiran yang menyakitkan,
didiklah akal agar sentiasa memikirkan hikmah.

dan bila hati terlalu berat menanggung beban,
lembutkanlah lidah, kuatkanlah hati,
agar ditunjukkan kebenaran yang pasti.

dan bila terjatuh rebah,
tak mampu lagi untuk berdiri,
perlu menimbang hitam dan putihnya jawapan,
tak terkejar apa yang terlepas,
tersesal dengan laku yang dulu,
carilah khilaf diri yang tersembunyi.

Tanyalah pada hati sendiri,
dari mana datangnya iri dan dengki,
hingga tergadai apa yang pernah disayangi,
hingga ditinggal pada yang mengasihi,
saat jasad masih dijanjikan sebuah pelangi.


"Ada lainnya. Tak sama. Tak mungkin akan sama lagi macam dulu sebab masing-masing dah besar. Masing-masing dah ada ego sendiri yang perlu dilayan. Masing-masing dah ada prinsip hidup sendiri." ~M.K.O!

WASSALAM