harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

July 30, 2012

APA NAK DIKATA?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Assalamualaikum wbt.


Perlu ke rasanya Sha menyambung entri yang lepas? tak perlu rasanya. Bila difikir balik, dahlah tulis tentang ALIEN dalam bulan RAMADHAN ni, astaghfirullahala'zim..... Er.. tapi tak bererti Sha nak remove entri tu! hahakzzzzz...


Apa lagi yang nak dikata kalau memang ada betulnya pada butir bicara orang yang berkata-kata. Mungkin pada dasarnya kita rasa sakit hati sambil memaki hamun dalam hati betapa kurang ajarnya orang itu berani mengeluarkan kata2 sebegitu kepada kita, walhal kita tak tahu mungkin orang tersebut tak jumpa cara lain untuk menegur kita? haha, perenggan ni tak ada kena mengena dengan entri yang lepas ea. Kalau sapa berpihak pada Alien yang tersesat tu, sila malu kalau anda rasa Sha kalah. Hahahahahhahahh! Tapi, dalam satu pandangan lain pulak, kita sendiri boleh fikir yang memang orang itu berniat untuk menyakitkan hati kita sebab mereka pernah kalah secara halus dan kasarnya dengan kita. Faham ke tak ni?


Perenggan baru ni pulak Sha nak selitkan tentang common sense yang semua orang ada. (Unless kalian rasa kawan tu bukan common sense kalian!) Selalu je kita semua tengok keadaan sekitar kita yang rata-ratanya berkisar tentang persahabatan. Heyy you! Sha nak sambung belajar kat tempat baru ni, mesti lah akan jumpa kawan2 baru kan? Zaman mula2 ada handphone dulu, (adelah dalam 6 tahun dulu, budak2 sekarang ni standard 3 pun kadang2 ade je  yang dah bercanggih dengan handphone sendiri kan?) memang rasanya obses sangat. Tak fahamlah pulak obses dengan apa, dengan handphone tu atau dengan friendship? Ehem2, relationship memang tak ada ea!


Sikit2 bunyi, sikit2 bunyi. Kalau dah asyik bunyi je, cuak lah jugak kan, lalu divibratekan aje handphone tu. Siapa yang hantar mesej? kawan. Itu soalan dan jawapan standard kalau ibu tanya Sha. Memang kawan pun. Entah apa lah agaknya yang sibuk dimesejkan dulu tu, Sha pun confuse! Dah macam operator dah. 


Dan sekarang,
tak ada maknenya semua tu dah! Mesej dalam inbox Sha ni kalau nak cari yang taun lepas punya pun  masih ade lagi. Bukan sebab Sha sayang lalu simpan semua mesej tu, tapi sebab memang tak ada masa dan malas nak padam satu2. (Siap kena complaint dengan roomate and classmate). Kalau tak kena bebel pasal inbox penuh memang tak sah. Apa cer pulak ni? Dulu obses sekarang? 


Mungkin sebab sekarang dah besar. dah matang sikit lah kot kalau nak ikut umur. Dah nak 20 pun, takkan semua benda nak kongsi ngan kawan2 kan? Dan kawan2 pun bukannya ada masa sangat nak baca mesej kita tu. Nak melayan jadi meleret2 pulak. (ok, sekarang tahu pulak nak menilai semua ni ea! hihihihi) Ape motif Sha? tak tau. Terasa? entah.


sekian. TRIMASSSSS

No comments:

Post a Comment