harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

February 22, 2013

CHEESE CAKE CARA SAYA. =)


Assalamualaikum! Ok, seperti yang dijanjikan…

STRAWBERRY OREO CHEESE CAKE!
[atau apa-apa jelah nama yang kalian nak letak. Guna nama sendiri pun boleh hokkey!]

250 gram cream cheese
1 bekas standard yogurt  (depends kalian nak guna perasa apa.)
1 bungkus kecil biskut oreo!
1 sudu makan jus lemon. (Sha guna jus limau kasturi je pun. Hahaks)
1 setengah sudu makan gelatin yang dah dicairkan

Base.
Serpihan biskut
Butter secukup biskut.

Cara buat base.
Kalian hancurkanlah biskut tu jadi serpihan, cam tepung tu pun ok sangat dah! Cairkan Butter sebanyak mungkin asalkan anda rasa butter tu cukup untuk membekukan biskut yea! Haritu Sha gunakan Biskut Marie. Nak guna Biskut Tiger boleh, Oreo boleh, biskut Nestum boleh jugak kalau dah terlebih duit dalam poket tu nak buat base pakai biskut Nestum! Hoho.. Dah hancurkan biskut, cairkan butter. Masukkan dalam acuan yang kalian nak gunakan untuk kek ya! Boleh masukkan dalam peti ais dah ni.

Sha nasihatkan cover Loyang atau bekas yang kalian gunakan untuk acuan dengan aluminium foil supaya cheese tak melekat pada bekas dan senang nak keluarkan dan potong kek tu nanti. Haritu sha guna ¼  biskut Marie sebagai base dengan 50 gram butter. Hasilnya? Bederai base Kek … uhuk! Menyesal kedekut Butter. Hahaks..
Sha berharap sangat dapat uploadkan gambar kat sini. Tapi apakan dayaku……….

Cara seterusnya mudah saja. Since mixer SINGER ibu tak boleh bergerak pada kadar perlahan dan sederhana, maka Sha rela menggunakan tangan untuk mengepuk cream cheese tu. Oleh itu ya puan-puan dan tuan-tuan sekalian, biarkan krim cheese anda berada di luar peti sejuk sejam sebelum pembikinan kek untuk memastikan krim mudah diuruskan! Hoho..

Here we go!!

Mula-mula gaulkan sahaja cream cheese tu sampai dia tak berketul. Masukkan yogurt yang berperisa. Gaul lagi. Waktu ni dah nak keluar muscle dah ye kat tangan tu. Lepastu bancuh gelatin guna air suam, kasi gelatin tu larut semua then masukkan dalam adunan. Rata-rata ye gaul tu. Boleh lah masukkan barang sesudu jus lemon anda ke dalam adunan. Kalau nak bercorak2 apa pun pada kek anda tu terpulang lah yea. Pastu dah siap! Dah siap makcik-makcik sekalian!!
Sekejap je. Percaya tak ni? Pastu dah boleh hias-hiaskan kek anda seperti Raja Sehari yang disolek mak andam. [Pulak dah…..]. Tunggu tak lama, sejam lebih dah boleh potong dah. Masuk dalam Peti ais yea! Bukan Oven. Dah letak Gelatin tadi tu kan. Tapi pada Sha, it is better kalau kita biarkan kek tu dalam peti selama 3 jam lebih kurang. Bagi base dia pun beku cantik jugak macam cheese Cake tu yea! Ihik! >< Dah siap dah! Alhamdulillah! Selamat Mencuba. =)

TARA!!!!!!


He said ,
asyik masak jea, buat lah benda lain!

No comments:

Post a Comment