harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

March 08, 2013

TODAY!!

Assalamualaikum wbt. dan salam 1 Malaysia. =)

Hari Jumaat. Bermaksud hari ni cuma ada 1 kelas . Mathematics Engineering 2, atau nama randomnya, CALCULUS 2. Ada satu kelas sahaja sudah memadai untuk penghujung hari seperti Jumaat, tapi apalah daya kami sebagai penuntut untuk memikirkan cara terbaik supaya kelas kami diubah kepada sebelah pagi atau masa lain. Sebab? Kelas dari 3-5 petang!! 

Sha dah bayangkan kalaulah Jumaat kosong takde kelas, memang boleh saja nak balik setiap minggu! ahaks!! >< Walaubagaimanapun, pagi Jumaat kami pada minggu ini tidak seperti Jumaat-Jumaat yang lepas sebab dah ada 2 report yang menanti kami untuk dilunaskan. Ok, sebenarnya 1 je, tapi group member Sha beria nak hantar hari ini, so, turutkan sahajalah.

Lepas hantar report yang duenya pada 12 tengahari tadi, Sha dan Datin (datinMin) menuju ke tempat yang dirancangkan. ok, Sha tak ada mood nak tulis cara suspen!!! aduhailah Mood...  Cuba teka ni.. hhahahaha. ... poyolah Hang!

OK, TUTTI FRUTTI!!! first time wokeh! Datin ajar! ahaks!
i chose banana, Honey dew and Red Velvet flavors! Red Velvet tu Datin yang suggestkan. Katanya sedap. Ok, bolehla, tapi Honey Dew awesome gila!!!!!! haha. Then seperti kejakunan, Sha taburkan sedikit m&m ke apa ntah coklat tu, nata de coco, sepotong strawbery dengan strawberry syrup. Faham tak apa yang jadi? Dah macam ABC dah!!!! Tapi Sha layan je, maklumlah, sedap. Tak macam aiskrim. Just nice. Jatuh hati dah kat  Tutti Frutti.[Tak payah nak jatuh hati sangat!!!] 

Sebelum menikmati semangkuk yogurt tu, memang kena membakar kalori di tengah hari menapak ke premis tersebut nun di Taman U. Dah membuang masa dan meninggalkan jejak di sana kami pun melangkah demi mencari sesuap nasi untuk dijadikan santapan tengah hari. Nampak tak? Nampak tak? Sedap macam mana pun makanan tu, kalau tak dapat makanan berat, memang beralun-alun lah lagu di perut. Kami singgah makan kat restoran tu. Lepastu cari surau belakang workshop then tunggu bus.

Dah sampai kelas, Cik Faten dan Cik Fiqah tak ada!!! Ohla!!! Mereka ke Parit Raja.hm.. motip mention pasal diorang? entah. Balik dari kelas Datin ajak shopping kat booth2 yang ada belakang ATM nun. Maka, perlulah di mentionkan yang sebenarnya, orang yang ajak shopping tu tak dapat apa yang dihajatkan tapi orang yang diajak teman itulah yang membuat keputusan untuk membeli 2 helai tudung. Entah, rasa nak beli dan akan dipakai, then i bought them la! hahahahaha..

Lepastu Datin kata taknak makan malam. Sha pun masih kenyang. Tapi kenapa Sha dan Datin bawak balik bebola???? Datin beli keropok lekor dan Sha beli Wafle. Hehehe.. Kak Long tak ada, bolehlah nak shopping2!!!! adoi! kalau dia baca ayat ni.. Habislah Sha!!! Ampun!! =P


Yogurt yang semakin sedikit dimamah selera . hakhakhak

Sampai rumah je dah terbaring-baring kat rumah Datin. Dan sekarang masih di rumah datin,  terhidangnya cloud 9 disisi, bersama teh ais dan sedozen mamee mini. To be Honest. This is us. =D

Kak long nanti yea. =)

~ I`ll do it My Way!!!
=)

No comments:

Post a Comment