harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

October 27, 2013

bila kita cuba, kita ada peluang untuk berjaya!

ASSALAMUALAIKUM WBT! 

Alhamdulillah! Akhirnya tercuri juga masa untuk menulis di sini. Eceh, bajet skema je ayat... hoho.. Sekarang ni Sha sedang menghitung hari untuk cuti pertengahan semester. Tak sabar hokkey! Dah selalu pening kepala sebab projek, assignment, dengan kuliah dan testnya. Khamis lepas last paper untuk test 1. Signal and System. Tak sabar nak cuti!!!!

Ok, cukuplah pendahuluan tentang situasi Sha seminggu dua kebelakangan ini. Berkenaan dengan projek yang Sha tulis kat sini, Sha nak promote produk kumpulan Sha yang diberi nama myHIJAB collection. Kami menjual keperluan para muslimah untuk ke kuliah dan aktiviti harian. Material pakaian yang kami sediakan adalah daripada kain cotton dan denim. Yang paling best! Kami ada variasi saiz. Umum mengetahui bahawa saiz adalah masalah utama untuk mereka yang tinggi lampai memiliki waima sepasang jubah. Tapi jangan risau! InsyALLAH! mHc sedia membantu! =) Para pelanggan hanya perlu mencuba saiz sedia ada yang kami sediakan dan kami akan membantu anda untuk mencari saiz yang sesuai. Then, the size is not a big deal anymore!

Feminin Jubah. Paling laku, laris macam pisang goreng panas-panas. =)

Jubah denim stok baru. 



myHIJAB collection ini bertulang belakangkan 6 orang mahasiswa UTHM, termasuk Sha sendiri, (keh3...), dari FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK. See, siapa kata bisnes hanya untuk orang bisnes? Semua orang boleh ok! Setakat ini sambutan amat menggalakkan! Dalam masa dua hari sahaja 9 helai jubah untuk stok kedua sudah terjual. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab kita nampak apa yang kita dah usahakan tu membuahkan hasil. Rasalah susahnya nak dapatkan duit, nak promote kat orang supaya beli produk kita. Ianya bukan mudah, tapi bila mencuba, kami ada harapan untuk berjaya. Percayalah! Yeah!!! Fuhh, semangat lebih ni. 

Akhir sekali, Sha sediakan link myHIJAB disini dan minta kalian lihat dan bandingkan harga kami. Sesungguhnya, ianya mampu dimiliki! =) mHc tak ada blog rasmi. Dan Sha sebagai antara 6 tulang belakang mHc hanya menggunakan blog Sha sebagai medium mempromosi. Sebarang pertanyaan berkaitan mHc boleh terus pm ke link di atas tu yea dan bukan di blog ini. ><

Sekian sahaja daripada saya, wakil myHIJAB collection,

WEAR THE CONFIDENCE! 
=) 

No comments:

Post a Comment