harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

January 26, 2014

pakej sebiji kelapa

Salam and Hye!


Selalu dengar pakej 3 hari 2 malam? Pakej mandi susu dan sebagainya di spa-spa kecantikan? Kali ini ingin mengupas pakej sebiji kelapa..

Balik haritu ibu beli macam-macam sumber protein dan pelbagai jenis sayur untuk dimasak. Well, chef dia ada kat rumah katanya... Ok, kita turutkan sahaja. Tengok macam bestlah kan sebab ada macam-macam. Ada ikan tongkol, ada udang, ada ikan selar, ayam pun ada. 

Ni stok untuk seminggu katanya. Dengan sayur sawi dan kobis yang baru dibeli  beberapa hari lepas tapi masih belum dimasak, tiba-tiba dibeli lagi beberapa batang lobak merah, (sebab Me suka gilos letak lobak merah dalam masakan. Colourful okeh!) kobis bunga satu labu (ke kuntum? Ala, yang besar tu lah, takkan sebiji kobis bunga pulak? what ever...), sebiji labu, 2 jantung pisang dan beberapa barang lagi.

Nak dijadikan cerita, jantung pisang yang direbus dan dimakan bersama colek-colek yang tak berapa nak mendapat sambutan tu ada lebih. Yalah, ibu beli dua dan semuanya dah direbus, maka selebihnya tu buat masak lemak. maka disuruh la adinda Arep pergi membeli sebiji kelapa parut. Nah! Banyak lah pulak kelapa parutnya. Dah sebiji, mana tak banyakkan? 

So, Tara!!! Jantung Pisang Lemak dengan potongan ayam kecil di dalamnya. Masih banyak lagi ni sebab Jantung tu dah dipotong panjang2.. Sepatutnya kena di potong kecik2 lagi ni..


Haish.. Esoknya pulak (semalam, ok, nampak sangat cerita ni dah lama) Kepala Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api. Masak lemak selama 2 hari berturut-turut sangat bahaya. Kerana datang bersamanya adalah pakej lemak yang akan bertambah di dalam badan. Dengan Labu yang masih belum diusik dan kuantiti kelapa parut yang masih banyak macam tak terluak dalam peti ais.... Ku relakan kelapa parut itu dibiarkan buat sementara waktu. Hahaha... Dah abang ngan arep pun tak cakap apa kan, hari-hari masak lemak pun didiamkan saja agaknya. Takpe2... Harini kita makan menu sihat pulak yea.


Till then, entri pasal makanan mestilah kena ada gambar makanan kan? Who cares kalau orang kata kau ada masalah psikologi kalau snap gambar makanan dan letak dalam laman sosial kan? Hohoho... 




SALAM!

No comments:

Post a Comment