harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

October 18, 2011

....ujian untuk kita.....

papan kekunci diketuk lagi...

Tajuk kali ni berdasarkan idea yang telah sha peroleh dari room-mate sha. Berlatar belakangkan lagu Sahabat nyanyian Aizat dan bertemankan satu bar coklat. cukup syarat nak dapat mood tulis panjang2 harini. hehe... Kenapa lagu ni? Lagu ni je yang ada dalam playlist sha (skema tak saya) huh... dan dua lagu lain.. hoho.. Entri kali ni akan seakan-akan sama dengan beberapa entri sha yang lepas. Tapi, oleh kerana teman sebilik dah suggest tajuk ni, sha ok je nak tulis...

Sha mulakan dengan skop yang sangat kecil. Ujian. Ujian yang sinonim dengan kehidupan sebagai pelajar. dah cukup setengah dan satu sem, maka akan adalah ujian dan peperiksaan yang perlu diduduki. banyak mana paper yang kita belajar, banyak itu lah yang perlu kita duduki. seram tak? mestilah seram. mana taknya, kalau nak habiskan 15 bab dalam masa kurang dari enam bulan untuk 1 subjek. tapi, bukan setakat terima, perlu ada keyakinan yang kita boleh buat even sebenarnya tak berapa nak faham. 

tutor sha selalu cakap, buat pelan2, fahamkan. Kadang2 sha fikir, kalau buat pelan2 dan faham pun, tapi dapat sikit je, macam mana nak cover topik lain kan? tapi, takpelah, maybe pada dia, lebih baik kita faham dan tau buat daripada 'macam faham' dan 'macam tau buat'. Kan? hehe..

Dari perspektif yang berbeza, (ayat piawai budak spm buat karangan) aci redah je ni.... ujian sebagai seorang manusia. macam entri sha yang 'AIN`T EASY TAPI SEMUANYA BERHIKMAH' tu... ingat tak? eh, salah soalan, pernah baca tak entri sha yang ni? huhu....=.= Sha tengok orang lain, macam2 ujian yang mereka perlu lalui.. saat nak exam kehilangan orang yang mereka sayang. waktu nak lalui satu daripada bahagian kehidupan yang sangat perit, dikhianat kawan sendiri... 

Dan semua orang boleh nampak betapa kuatnya seseorang tu bila ALLAH beri peluang untuk mereka rasa bagaimana diuji. Bila semua orang dapat rasa betapa tak tertanggungnya bahu kita untuk pikul apa yang dia sedang rasa. betapa perlunya kekuatan mental dan fizikal bila kita perlu jauh dari family. Masa kecil dulu, tak faham lagi macam mana susahnya nak cari duit, macam mana susahnya nak pastikan tengkolok diisi dengan penuh supaya dapat tenaga untuk buat kerja. Kan? 

Bila dah kena belajar jauh2 ni (walaupun tak sejauh Malaysia dengan Korea, tak sejauh Malaysia dengan Russia, malah cuma sekangkang kera dari Johor Bahru ke Tangkak, dari Pekan Baru ke Payamas) dah kene catu makan hari2, baru sedar betapa perlunya buat bajet mingguan supaya duit cukup sampai ke akhir bulan sementara tunggu elaun masuk. (pengalaman beb) keh3...

Baru rasa kesiannya ibu cari duit untuk kita tapi senang2 je kita suka ria beli makanan yang tak mengenyangkan, beli barang yang tak berapa penting. (eh, Terkesat mata sudah) =o Baru terfikir, kita sedang belajar kononnya nak kejar cita2, nak tolong family bila dah kerja nanti, tapi ibu dan ayah kerja kuat untuk bekalkan kita duit untuk belajar. dan kita, tak fikir panjang nak spend duit tu macam mana. Pernah fikir tak semua ni?.... 

Bila kita tak cukup duit, kita mintak diorang duit, tapi kalau diorang tak cukup duit, diorang nak mintak siapa.... kan? [Kenapa sha rasa macam dah off-track?] haish.... ujian2... mungkin masa ni baru kita label situasi kita sebagai sedang diuji, walhal kalau kita fikir semula, semuanya berpunca dari kita yang kadang2 lupa kepentingan berfikir untuk manfaat bersama. 

Maksud sha? sha selalu ketuk kekunci lappy untuk tulis 'simbiosis'. bergantung antara satu sama lain.' cuba kalau kita berfikir sebelum bertindak. Dapat rasa tak macam mana tindakan kita tu nanti mempengaruhi orang lain? atau akan buat orang lain terpengaruh dengan kita? fikir2kanlah.......

i said: be strong!!!

<habis sudah entri yang basah>
wassalam


No comments:

Post a Comment