harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

October 26, 2011

you HURT me!!!

Selamat membaca entri yang  lebih berapi daripada biasa kepada sesiapa yang berkenan nak membaca blog ni.

Sha bukan nak menceritakan apa yang dah jadi pada sha (barangkali kerana emo yang berlebihan) , cuma nak bawa segelintir daripada kalian (kalau boleh semua) untuk berfikir sejenak... tentang kesakitan hati yang susah orang lain nak nampak.


Pernah rasa tak macam dilupakan tanpa sebab lepas tu bila kita dah redha dengan ketidak-adaan dia, tiba-tiba dia datang... datang semula dan perlakuannya macam tak pernah ada apa-apa jadi. POYO tak? siapa yang poyo? sha kot...taklah! mestilah orang tu!


Apa yang kalian buat kalau kalian berada dalam situasi sha? sakit hati tak? e..... enough said, he hurt me so much! much! much! much! countless much! (menaip dengan emosi yang keterlaluan kerana sakit hati.)  Dah lah buat macam tak ada apa-apa jadi, lepastu, kita pulak yang dipersalahkan! Ya Rabbi...... Ampun.... memang tak boleh blah betul lah.


Do you think that i need an explanation? i think nope! not even a single word from him. that`s it! [ kalau marah masih belum reda lah..] tapi kalau dah reda macam mana nak buat? senang je.. sha cakap terus terang apa sha rasa. Rasa apa? rasa bengang sebab diketepikan macam tu je, lepastu tak pasal-pasal kita yang disalahkan. tambah lagi dengan cara dia yang kononnya tak ada apa-apa jadi. tak adil tau tak? UNFAIR!


Bukan ke sepatutnya sha yang salahkan dia? kan? ini terbalik pulak, sebab tu sha cakap tak adil! Ok, dah cukuplah lahar-lahar yang sedia ada keluar daripada otak sha untuk dipaparkan kepada umum dalam entri kali ni. Tapi jujurlah, sha tak suka orang buat sha macam ni. rasa macam ditindas dan dipenyek-penyekkan. tolong lah, sha ni manusia ok! ada akal untuk fikir kenapa dan macam mana. (masih rasa nak membebel panjang sebab GERAM + SAKIT HATI = MARAH SANGAT.) 


MORAL OF THE STORY: (masih ada hati nak letak moral dalam setiap entri)
Jangan ketepikan kawan-kawan lain walaupun kalian dah jumpa orang yang terbaik untuk jadi teman sejati kalian sepanjang hayat. (ayat penuh dengan duri-duri tajam sindiran) sebab sekali kalian buat orang lain sakit hati, manisnya sebuah persahabatan dah diganti dengan rasa masam buah pelam yang tak masak sampai jadi busuk.


Maybe kali ni kalian dapat lihat 'the other dark side of sha' , macam mana keras dan batunya sha, tapi percayalah, siapa yang tak marah kalau benda macam ni dah jadi. Jangan disangka air yang tenang tu takda buaya. jangan sangka orang yang dilihat lembut dan baik luarannya tak ada rasa marah dan sakit hati. Mereka jugak manusia. apa salahnya berperikemanusiaan sesama manusia. kan?


Ingat! Siapa dan macam mana pun kawan kalian layan kalian, jangan buat mereka rasa diketepikan sebab kalian tak faham macam mana rasa sakitnya hati.

>kenapa kau macam dah sombong?
>>aku yang sombong ke kau yang sombong?...
>....

ADIOSS

No comments:

Post a Comment