harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

January 14, 2012

IN- dah =)

ASSALAMUALAIKUM WBT.. ^_^


Dah lama sangat rasanya sha tak update blog.. kan? macam2 yang nak ditulis tapi tak ada masa.. alangkan menapak pun macam tak cukup tanah... (dah lama tak ber-Hlovate) hm..


Minggu ni macam2 yang sha tempuh.... paling memenatkan adalah hari ini. Esok, lusa dan hari2 seterusnya. Banyak perkara baru yang sha belajar daripada kawan-kawan dan keadaan sekeliling. Sha baru terfikir bahawa, dah besar tak semestinya dah dewasa. euw.... macam tua sangat je perkataan dewasa tu di telinga sha... hm.... Pernah tak kalian terfikir macam mana kalian akan tempuh satu hari yang sangat,sangat,sangat, memenatkan. Menguji tenaga, kesabaran dan kadang-kadang kewarasan akal. Apa yang sha tak pernah terfikir untuk buat, sha dapat buat sekarang! 


Sampai ke hari ni, sha tak percaya yang sha boleh galas tanggungjawab kat matrik ni sampai macam ni sekali, dapat tugasan yang perlu diselesaikan kurang dari 5 hari! kena submit laporan itu dan ini, alhamdulillah kawan-kawan sangat memahami. Especially roommate! (mereka berdua buat sha rasa seperti berada di rumah bila pulang dari melalui hari-hari yang memenatkan. Macam ibu duduk ngan sha j rasanya kat sini. hehe.....) dan seorang kawan yang selalu jadi partner sha bila sha buat sesuatu. (kebanyakannya secara kebetulan tanpa dirancang) ~ ~


Seronok, sebab even sha busy tahap tak ingat, sha masih rasa happy. Sangat happy, sebab? sebahagian masalah dan tanggungjawab dah selesai. Kurang dari 1 minggu. Awesome! hm... Sha respect kat sesiapa sahaja yang masih boleh rasa enjoy dan gembira suka ria even banyak sangat kerja yang perlu digalas kat bahu tu...  Kira, smart lah! hehe..


Entri kali ni sangat random. Sha nak tulis lagi, tapi takut meleret2, maka, pray for me supaya sha ada masa nak update blog lagi waktu cuti minggu depan ye! 


Fikirkan betapa indahnya hidup anda bila hari yang memenatkan diakhiri dengan rasa gembira tanpa kekesalan. =)


She sent me, " bertahan, bertahan, think positive! kita boleh buat!"
i replied, "thank you kawan! ^_^"

No comments:

Post a Comment