harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

February 02, 2012

KAMI.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Sha kembali lagi. Dengan hajat untuk memenuhi entri yang separuh siap satu masa dahulu. Chewah.. em.. berlatar belakangkan lagu comel, A THOUSAND YEARS. o ya! playlist sha dah tambah 2 lagu. 1 lagu tu bukan lagu sha. ade orang tumpang download. haha. (itupun nak bagitau ke sha oii.... ) adeih...kembali pada track asal. KAMI. barulah rasa feeling sikit nak menulis.. berkongsi.. mengeluarkaan nilai-nilai moral, menilai dan memikirkan.. ehem...


8 putera, 13 puteri. Seorang lagi dah melebarkan sayap ke lapangan perubatan. er.. something like that. Tinggal lah 12 puteri. macam-macam ragamnya.... macam 1 keluarga besar. ada kakak, ada abang, ada adik. Give n Take. itu yang sha nampak. Kitorang rapat, happy selalu. Semua benda buat sama2. macam praktikum2 yang lain jugak. Apa yang lebih sangat kelas kitorang ni? ada 8 orang lelaki dan 2 orang daripada mereka tu adalah CHINESE. kira lainlah tu, ada je praktikum yang sikit sangat bilangan lelaki. hehe. Tambah lagi dengan moto wonderpets yang tak disebut2 tapi boleh dilihat kesannya pada kami. =)


hari tu, kitorang ada BBQ. er... rupa2nya kan, belakang blok sha je pun tempat tu. Rasa macam main pondok2... Mane taknye kalau dah riuh 19 orang budak kat situ. Mana lagi sorang? Oh, Chung tak ada, pergi Melaka atas urusan persembahan CNY. (punyalah detail sha tulis kat entri ni. ish3...) Even kena kongsi tempat dengan kelas lain, kitorang enjoy je kat situ. Best. Bakar ayam, sotong, udang, sosej. Just nice! Mencabar jugak nak hidupkan bara api tu. Tengok si hazim dan budak2 lain meniup bagai, kira macam camping pun boleh! hahah..


SEMASA MEMBAKAR.
masing-masing ada tugas. sha? er...... hehe. yang tak ada kerja tu main2lah kat kawasan BBQ tu. Cantik. macam taman. bile tangkap gambar, macam kat oversea pun ade. padahal, bawah pokok rambutan je. hehehhh... Masa membakar, macam2 cerita. of course, tak ada benda lain nak dibualkan selain tentang kenangan masa lalu dan tentang hari esok. kelakar.Bila Maghrib, kitorang bergilir balik. solat dan buat apa yang patut. Done!


SELEPAS MEMBAKAR.
Kitorang bentang tikar bawah langit, atas tanah, of course, kat bumi. bukan Marikh. Sha suka when kitorang satu kelas makan ramai2 atas tikar. Masa makan2 sebelum Lia pergi pun kitorang makan sama2. Istimewa waktu tu. Kitorang sarapan kat padang KMJ. haha! sape punya idea? bestkan! kalian dapat bayang tak ni? picnic pagi2 dengan classmates kat padang. bentang tikar jugak! Nasib baik tak ada orang yang melarang atau mengatakan tidak kepada hajat kami yang duduk picnic kat situ. hehe...


Kembali pada BBQ. kelas lain duduk kat meja yang disediakan kat sekitar situ tapi kitorang lagi sekali bentang tikar. milik Anis. Tengok langit tak ada bintang, So, tak adalah romantik sangat sebab maybe malam tu mendung.  Nak buat apelah pun romantik2 ni.. aduiyaiiiii....  Nah! kami makan apa yang kami bakar. kalau sedap, bukan sedap tangan yang membakar, mestilah tangan yang membuat rempah untuk memerap makanan2 tu kan. siape? Uncle Cent of course! yipppieee! lazat! Semuanya masak dengan masaknya. Tak ada yang terlebih masak mahupun kurang masak. Terhangus adalah seketul dua. Chehhh. =>


Habis makan. Tak ada game. Sesi ambil gambar! Sha tak ada pictures waktu tu.... Nanti sha letak kat sini ye untuk entri seterusnya. the day passes by and left thousands memory for us. Entri ni hampir siaplah! Kenapa sha buat entri untuk kelas ni? apa salahnya kan? kan blog sha. hehe..... sebab sha ada blog? er... bolehla jugak. idea budak kelas pun yang mengusulkan tentang BBQ ni boleh dijadikan entri. Perfectly done! Cuma, kalau kalian tak ada jiwa nak membaca entri ni. maaflah. Kepala masih tepu dengan formula2 kimia. hm.


Lastly, 
kalau hari ini kita ketawa sama2, 
mungkin esok bermasam muka,
Kalau ada yang berselirat memberikan masalah,
bertindaklah dengan meleraikannya.
Ikat semula dengan simpulan yang kukuh.
atas nama ukhwah kerana ALLAH. 
insyALLAH. friendship ni tak akan merugikan sesiapa.
Belajar dan terus berfikir,
kenapa ALLAH kurniakan kita kawan2 yang sangat memahami?
kerana ALLAH mahu kita bersyukur.
terima kasih ALLAH! 
Bagi sha peluang untuk berkawan dengan mereka yang faham,
terima kasih kawan2! sebab buat sha senyum dan ketawa hari2! =)


i said, 
Thank You MEGA FOR-TEEN! =)
p/s: sorry, entri panjang lebar, tinggi , besar.

sekian.ADIOSSSS







No comments:

Post a Comment