harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

March 04, 2012

Chocolicious.

Assalamualikum wbt! 

sorry, teringin nak update entri lagi. haisy....

CHOCOLICIOUS? Untung sangatlah kan sha promote product roomate yang sorang tuh. Kalian pernah rasa? Ada tak yang jadi tukang rasa waktu mereka sibuk shoot untuk video presentation dorang? Lazat? Sedap? Enak?  heheh... Meh sha tolong promote, kalau kalian nak, rasanya masih boleh beli kot. Sebab tadi sha baru beli. Masa first time makan dulu, roomate bagi free! Sorang satu dapat! heheh... 



Coklat yang ni dalamnye ada cebisan Oreo untuk yang warna hijau.
Yang warna Pink pula ada rasa strawberi. Ini Sha tak rasa, jadi Sha tanyalah cik punya project ni. em.


This one! Sha makan tadi. Tapi Sha beli yang dalam bekas kecil. Ada yang warna pink tu dengan putih. 
Coklat putih tu, seperti yang kalian dapat lihat, ada cebisan Oreo jugak. Yang pink pula rasa coklat dan seperti biasa, ada cebisan Oreo jugak! =)


Ha! Ini best. Coklat nilah yang sha dapat free tu. Kalian rasa ada apa dalam coklat tu? Kalau nak rahsia boleh tak? Tapi memang lazat untuk dimakan sebab kalian akan menjerit bila makan. (Macam roomate sha yang lagi sorang tu. UNBELIEVABLE) keh3.... =P


Ini pun Sha tak rasa. Tapi takpelah, menurut cerita roomate, dalam coklat yang ni pun ada cebisan Oreo ya puan-puan dan tuan-tuan.


Lastly, coklat ni dikatakan sesuai untuk orang-orang yang lebih dewasa daripada kita sebab rasanya kurang manis daripada coklat-coklat yang lain. 

So How? Sha sangat willing nak promotekan produk mereka sebab ternyata sedap. Kalian masih boleh order kalau nak jadikan sebagai hadiah atau snek kalian sendiri. Roomate Sha cakap lagi, kalau kalain nak gantikan cebisan Oreo tu dengan cebisan kacang, kismis atau mungkin sambal belacan, budu, cencaluk.......er, Sha gurau start dari sambal belacan tu. hahahahahha. 
(Roomate dah membebel, katenye Simple Yet Valuable ni perlu ditukar nama kepada nama baru yang tak perlu kalain tahu. =.= ) 

HARGA?
Berpatutan! Ada pakejnye. Coklat yang bentuk bear tu harganya, I biji RM1, yang berbentuk hati besar tu pula harganya RM1.50. Lain-lain coklat harganya 2 biji RM1. Maknanya, satu bekas panjang yang pada gambar terakhir kat atas tu harganya RM 4 lah. Boleh runding harga atau tak? itu Sha tak taulah. Rasanya tak boleh kot. Sebab pagi tadi Sha beli pun dengan harga yang tertulis di entri ni lah... kesiannya saya..... huhu

I love Chocolate so much! Sebab tu lah beria nak kemaskini entri lagi.Tak kisahlah kek atau air sekalipun. Tapi kalau aiskrim, Sha tak suka sangat rasa Coklat. haha, mengada-ngada di situ. =P  Sha nak tulis lagi tapi tak pasti tentang apa. Sedang ada mood. hehe 

Apalagi yang Sha nak komen tentang Coklat ni ye? Oh ya! Bekas coklat ni sangat eksklusif untuk pakej yang RM1 2 biji tu. Kat atas tak ada gambarnya. Warna emas. Kiranya, memang ada kelaslah kalau kalian behasrat nak bagi hadiah kat siapa2. Atau macam Sha, untuk makan sendiri. Kalau kalian rasa macam tak berbaloi terpulang, tapi coklat yang bentuk hati kecil tu, sangatlah tebal. 

Jadi, kalau kalian yang membaca ni teringin nak rasa, sila beli. Taukan macam mana nak contact Sha? Huhu. Kalau yang luar daripada kolej ni pulak, memang tak dapat nak tolonglah. hehe.. Ok! Sekian. WASSALAM. =D

enough said, Delicious.
 =.="


No comments:

Post a Comment