harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

March 10, 2012

THE LOVELY ONE!

Assalamualaikum wbt. 


Here i am! Berniat untuk menulis. (menaip sebenarnya.) I would like to dedicate this entri to someone that i Love! Whoah........ =P 


IBU

Ibu seorang yang baik. Kawan-kawan cakap, ibu sha baik sangat2!! mestilah! berani diorang nak cakap benda lain pasal ibu! hoho. So, sha jadikan ibu sebagai model. Macam mana ibu melayan golongan manusia yang keras kepala, degil, macam mana ibu beri nasihat. Macam mana ibu tegur kesalahan kami adik-beradik dan macam mana ibu jaga hatinya. hehe...... [Ada dengar nada2 sentimental masuk tak? hihi]

Ibu jarang marah, sebab pada sha, kalau ibu diam sahaja pun itu tandanya macam ibu nak beri amaran. Dia akan marah bila keadaan betul2 memerlukan ibu jadi marah. er... ayat macam tak sesuai je... huhu. 

Sha sangat manja dengan ibu. Macam yang roomate selalu cakap, sha budak manja yang sangat manja dengan ibu. hehe. Merengek macam budak kecik, bergayut gaya macam orang lain bergayut dengan buah hati. Biarlah, sha tak kesah pun. sebab suara sha tak menjadi haram kalau direngekkan dengan ibu yang comel! hehe

Sha suka bercerita pasal kawan2 dengan ibu. Daripada A sampai ke Z, dari Alif sampai ke Ya, Dari Satu sampai infiniti. Kadang-kadang ibu malas nak dengar. haha. Tapi Sha terus cerita jugak. sebab Sha suka bila ibu kenal kawan2 sha. Sha lagi selesa kalau ibu tau sha berkawan dengan siapa dan macam mana peribadinya. Ibu tak pernah tanya sha berkawan dengan siapa, sebab sebelum ibu tanya, Sha dah siap-siap cerita semuanya. 

Jangan terkejut kalau ibu tiba-tiba tegur kalian bila terserempak di mana2. Atau mungkin macam dah lama kenal kalian walhal kalian tak pernah jumpa ibu. Sebab? Sha suka tunjuk gambar kawan2 pada ibu. Dan Sha tau ibu Borink, tapi ibu tak pernah cakap yang ibu malas nak dengar. Tapi adalah  ayat2 macam.. ( Ibu dah ngantuk lah. Nak tidur boleh? hehe)

Sha selalu dengar ibu cakap, Sha ni jiwa besar! semua benda sha kata sha boleh buat. Sha nak buat! Tapi orang lain akan cakap, boleh ke dia ni? n segala bla3.... yang menyakitkan hati. Tapi ibu tak. Ibu tak pernah cakap yang sha tak boleh buat.

Contohnya, ibu dah benarkan sha pegang senduk, periuk kuali sejak umur sha 9 tahun. Ibu beri sha peluang yang sangat bebas untuk memasak di dapur. Menjahit pakai mesin jahit kesayangannya, beri kepercayaan yang sangat tinggi bila sha buat sesuatu.

Waktu Sha ambil lesen kereta dulu, cikgu kat sekolah memandu offer sha untuk tukar kereta manual kepada automatik kerana melihatkan keadaan kaki sha. Sha tak faham kenapa orang lain suka sangat anggap yang kaki sha membataskan pergerakan dan kemampuan sha. Uh.... Tapi sha tak nak. Sebab, sha tau sha boleh! dan yang paling best bila sha lulus ujian memandu  tanpa gagal sekalipun.Ujian berkomputer, jalan raya, 3 pointer, bukit, parking, litar. Dan bila sha dapat lesen P, sha takut nak bawak kereta ibu. Almaklumlah, nak drive kat jalan raya yang banyak kereta tu? sorry..... Tapi...

Keesokan hari lepas sha dapat lesen, sha drive kereta sendiri pergi rumah kawan, tanpa ibu kat sebelah. Ibu cakap, kalau tak cuba, tak tahu. Kena yakin diri sendiri. Haha, dan sejak hari itu, nak kemana-mana pun sha perlu drive sendiri. ibu sibuk kerja. Paling tak boleh blah, jadi driver terhormat si adik sorang tuh. isk3.... Pantang tau sha nak balik cuti, dia mesti telefon dan senaraikan tempat2 yang dia nak pergi. Nak beli itulah, inilah, layankan aje. ~~ Nasib baik adik lelaki, kalau perempuan, tak taulah nak cakap macam mana.

And, that is it. Ibu idola sha. Dia pemangkin kebolehan sha. Bila orang lain cakap yang sha tak boleh buat dan tak akan mampu buat, dia akan betah orang tu. Dan itu akan buat sha rasa berkobar-kobar untuk terus berjasa pada ibu. Hehe.... Setakat ni, ini sajalh yang dapat sha taip, ni kira macam salah satu bentuk penghargaan untuk ibu daripada sha. Sebab kejap lagi birthday ibu! Will be another entri for her. =D

sekian.... wassalam.

she said, 
kita perlu berusaha untuk diri kita sendiri,
semua orang ada tanggungjawabk masing2,
kita tak boleh harapkan orang lain untuk bantu kita.

I said: it`s true! ^^

No comments:

Post a Comment