harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

June 16, 2012

ALHAMDULILLAH.

Salam kalian!

Sangat typeless ya disini. Adoii... Sha dh berangan nak update macam2 kat sini tapi bila online je, yang dibuka fb dulu, then baru new tab bukak blog. memang rase macam dah penat nak perah otak keluarkan ayat la kan. hehehe... ~ nampak sangatlah kurang rajin disitu ya...

Seperti yang telah diaturkan, jualan Hari Koperasi ke ape entah kat sekolah adik Sha tu berjalan dengan jadualnya. Sha tukang buat segala macam benda yang akan dijual. Tak banyak pun, cuma Kek Coklat, Kek batik dan Coklat. Penat sangat! Tidak usahlah diceritakan kepenatan yang Sha alami. 

Oleh kerana ibu sibuk kat bawah, Sha bersilat lah sesorang kat dapur tu. Adik? Wah3, gaya macam bos aje tak tolong langsung. Tapi mana boleh! Sha buat deal dengan dia, Sha buatkan semua tu, tapi dia kena basuh peralatan dan radas (macam dalam lab Kimia) beserta mengemas dapur. Dah namanya lelaki, maka, membasuh ajelah yang dibuatnya. Tapi tak pe,ok jugak lah tu kan daripada tak buat langsung. Memang HARU BIRU KELABU ASAP lah kalau dia tak tolong Sha.

Er... i love cooking, baking, etc tapi sangat kurang gemar nak mengemas. Heheh... Rasa2 kalau kalian ada kenal mana2 lelaki yang suka mengemas boleh la recommend kat Sha. Adoi... terlebih dah ni!

Kembali kepada aktivit asal kami, Sha siap buat semua tu sampai ke pagi. Kesian tak? Tapi around 12 am camtu ibu bangun jugak tolong her beloved and very comel daughter ni! [ok, saya tekan lif sendiri] haha.. Dalam waktu membungkus makanan2 tu, Sha lahirkan jugak rasa kurang yakin pada ibu. 

"Kalau tak pulang modal macam mana?" 

Lalu ibu menjawab dengan jawapan yang buat Sha rasa, [amekawww! kena sebijik dush dush dush ngan ibu. keh3.... XD] 

"Tak apalah, mula-mula nak berniaga memang macamtu. Baru dapat banyak pengalaman BARU TAU SUSAHNYA NAK DAPAT DUIT.  "

Splash! eh? kalian pun terasa ke? haha

But, it is damn true. Ni la baru namanya pembelajaran secara senyap. Dalam diam, sangat banyak makna yang terselit disana sini. kan3?!!!! huhuhuh... Dan alhamdulillah, pulangan yang berbaloi dengan pengalaman dan usaha yang Sha dan adik taburkan bersama ibu, memuaskan. hehehee... Tapi macam nya, Sha sorang yang penat sakan. Rasa nak tercabut kaki, mata tak pulak rasa mengantuk tapi bangun pagi tadi, dah macam panda. Sha bukak mata tapi macam rasa mata tersepit. hohohohohoh.......

No matter what, Sha dah ada pengalaman sebegitu rupa. Sungguhlah nak dapat duit tu  bukannya senang, nak buatnya pun lagi susah. Banyak benda yang perlu dikorbankan terutamanya kelapngan masa yang selalu dibazirkan sesuka hati tak ingat dunia. hm..  Alhamdulillah, dah di penghujung usia belasan tahun ni, Sha dapat timba ilmu versi motivasi plus jati diri. Bukan senang nak sedapkan hati kita supaya berfikir positif! supaya yakin apa yang kita usahakan tu nanti akan membuahkan hasil.

Kuatlah sekelian kalian yang kusayangi. Usaha tu eskalator kejayaan. Kalau kita naik lif, kita tak dapat tengok apa yang ada di bawah masa kita nak naik tu. (Lain lah ceritanya kalau kalian naik lif yang becermin ),Kalau kita naik eskalator pulak, kita masih diberi peluang lihat apa yang sedang berlaku di aras atas, siapa yang sedang turun di eskalator bersebelahan, sama ada membawa beg2 kejayaan atau sekadar tangan kosong dan kita boleh fikir apa yang kita nak buat bila dah sampai kat aras atas tu. NICE! hehe.. 

analogi imaginasi =)


Penat! penat! Rasa nak tercabut kaki saya ni.
~Awak penat, saya pun penat. Tolong2 untuk majlis akak saya ni.
# Tak ada kerja yang tak penat.
TQ awak! B)


Sekian, adiossss!!!

No comments:

Post a Comment