harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

March 22, 2014

do response to your RESPONSIBILITY.

Salam. Hai.

Tajuk itu bakal menyentak kalbu kerana diri ini juga bakal terpukul dengan segala macam fakta yang akan tertulis di sini.

Ayat pukulan pertama yang bakal ditulis di sini pun sudah cakap membiratkan hati sang penulis yang kerdil ini. Ayatnya berbunyi begini:

Tanggungjawab yang bagaimana yang mahu kamu pikul dahulu sedangkan segala tanggungjawab yang sudah terbeban di bahu mu pun kau pandang sebelah mata? 

Sobs. Esok petang ada test CONTROL SYSTEM AND INSTRUMENTATION pun boleh duduk sedap menulis di blog. Motif? =.= [sentap sendiri]

kedua:

Tak dinafikan, suasana pembelajaran dan persekitaran manusia dan golongan-golongan yang hampir sebaya dengan usia kita menjadikan kita mahu merasa apa agaknya yang ada dengan tanggungjawab yang sedang mereka pikul. Lihat, kita sibuk nak ambil tahu tentang mereka sedangkan kita ni masih belum melunaskan dan meletakkan sesuatu kepada tanggungjawab kita sendiri. Siapa kisah kalau kita tak fokus pada pelajaran dan aktiviti harian sendiri selagi kita tidak mengganggu norma kehidupan mereka bukan?

ketiga:

Tanggungjawab pada diri sendiri yang ditakrifkan sebagai menjalani kehidupan sebagai seorang manusia Islam sekaligus memenuhi kriteria Deen itu sendiri. (Cara hidup Islam.)

So, kau fikir dengan duduk sorang diri di penjuru bilik sambil menyumbat telinga dengan lagu yang tak membawa apa-apa erti positif selain menyumbang penyakit termenung dan bermuram durja menjadikan kau sedang mempraktikkan Deen dalam hidup kau? Sheshh!

keempat:

Tanggungjawab pada ibu bapa yang selalunya diketepikan oleh anak-anak masa kini (mungkin juga termasuk penulis ataupun tidak atau mana-mana satu). Tanggungjawab yang macam mana?

-bermanis muka
-bercakap dengan lembut dan menyenangkan
-membantu tanpa merungut
-mengingati dan mendoakan
-menghubungi mereka setiap hari
-dan banyak lagi sebenarnya.

jadi, kau fikir dengan lebih mengingati siapa jodoh kau dan bila dia datang akan membuatkan kedua orang tuamu gembira? Cuba saja kalau kau boleh fikir bagaimana perasaan kau bila kau membantu orang lain tetapi di hujung kejayaan mereka sedikit pun kau tidak dihargai. sedikit pun jerih perih kau tak diingati tetapi orang lain yang mereka sibukkan. Apa kau rasa?

kelima:

Fitrah. Ya, fitrah manusia itu ada banyak. Tapi fitrah yang terlalu sangat dikatakan di kala ini  adalah tentang itu. Ya, itu. jodoh. pasangan. sayap kiri. Dan apa sahaja yang boleh kalian faham. Kenapa tak diutamakan dahulu fitrah seorang hamba yang wajib taat pada PenciptaNya? Kenapa fitrah yang satu lagi itu sahaja diutamakan sedangkan fitrah kamu yang lain itu tercicir-cicir dibelakang? Ini bukan lagi tahap klise yang boleh kau katakan perkara biasa yang dilalui. Tapi dari sudut pandangan yang berbeza, inilah sebabnya kenapa anak muda kita terlalu kecil fokusnya. Fokus dengan satu benda sahaja. Yang mahu berdua terus mencari pasangannya, yang mahu belajar terus dengan bukunya tanpa menoleh ke kiri dan kanannya manusia, yang mahu berdakwah terus lurus pandangannya dengan dakwah mereka sedangkan di sekeliling mereka masih ada insan2 yang memerlukan perhatian mereka terlebih dahulu. Jawapannya tetap sama, anda manusia yang berakal, anda boleh fikir dan pilih yang mana satu yang anda mahu tapi tak semua yang akan anda lakukan itu akan disenangi orang ramai. Kerana manusia itu diciptakan berbeza-beza. =)

Keenam.

Tanggungjawab untuk terus berpesan dan terus mengingatkan yang lalai dan lupa. Saya juga kadangkala tenggelam dan lemas dengan semua persoalan duniawi yang sebenarnya tak menguntungkan. Cuba untuk terus positif dan yakin apa yang dah terjadi ada sebabnya. Juga untuk apa yang ada dihadapan dan sedang menunggu kaki ini melangkah ke arahnya. Sama ada kiri atau kanan jalan itu di pilih, jangan tinggalkan 'sangka baik' di belakang dan memimpin 'sangka buruk' di sisi. Yang menemani perjalanan itu nanti pastinya ALLAH. Dia yang menetapkan dan menentukan, perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan. Yakinlah insan. Apa yang kau lupa hari ini bakal kau ingati satu masa nanti, cuma jangan sampai masanya kau mengingati apa yang kau lupa satu masa dahulu itu memakan dirimu di waktu hadapan.


Akhir sekali,

"JIKA FITRAH ITU DIBAWA DENGAN ALIRAN YANG BETUL, IA MULIA." sebab bila kita bawa fitrah itu ke arah yang betul, kita positif dengan tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita pada KITA, pada dia, pada mereka, pada DIA. Semuanya mudah jika kita tak beralasan. Ya, mulut empunya diri ini juga terlalu biasa mengeluarkan senarai alasan yang negatif dari senarai solusi yang positif. 

habistu tanggungjawab yang ni macam mana?Jom! Bukak CSI, esok test! wakakaka!!!! klise sekali, tetapi bila kita mengingatkan, kita juga teringat. Ya, tanggungjawab yang itu. Yang pada buku dan gulungan IJAZAH yang bakal diterima nanti! =P

<3 SELAMAT BERTANGGUNGJAWAB! <3

No comments:

Post a Comment