harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

March 01, 2014

Untuk hidup bersama SKOLIOSIS.

Tulang belakang yang membengkok. Yup, i am the one who suffer from this scoliosis. Bila Sha selalu tak join aktiviti sukan atau apa2 aktiviti yang memerlukan pergerakan yang keterlaluan. Orang akan fikir budak ni mengada-ngada betul! Sha tak salahkan diorang, tapi Sha akan rasa menyampah kat diri sendiri. You tak boleh buat apa kawan-kawan lain nak buat. Kalau you buat jugak, tanggunglah sakit sendiri. =.= Paling tak suka bila you need to explain every single thing about scoliosis all over again pada orang yang baru tahu you ada scoliosis. 

Bila orang lain dah tahu apa itu skoliosis, diorang akan selalu pot pet pot pet macam Chak Long and the sisters bila you beria nak tolong diorang angkat barang, bila you need to walk to your class instead of tunggu bas sampai dan lewat beberapa minit kemudian. Nak tak nak you have to face the problems. Untuk orang yang tak tahu pulak, mereka akan terus bertanya, dan ya, untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan diri anda sendiri selalunya membuatkan anda rasa bosan untuk menjawab. Langkah terbaik, bawak surat doktor ke mana-mana and just say, saya tak sihat. 

It was, dulu, masa zaman sekolah rendah, Sha memang tak minat nak bersukan. eventhough masa tu masih sihat dan boleh je join semua aktiviti, tapi kerana saiz badan yang dirasakan macam extra besar daripada kawan2 seusia yang lain, i prefer to ngelat kat cikgu kata harini saya sakit perut. Esok saya sakit kaki, semalam saya jatuh jadi kaki saya sakit. Oh my! 

Lepastu naik darjah lima banyak program, kem smart student la, apa lah untuk upsr, dan dari situ persepsi untuk bersukan bukanlah hanya dipadang tapi banyak lagi. And Sha keep on join program yang berunsurkan camping. Pernah Sha pergi satu kem ni sampai 3 kali even Sha tau Fasilitatornya sama, pengisiannya lebih kurang sama, apatah lagi tempat tinggal dan aktivitinya. Tapi Sha suka. Then jadi pengawas sekolah, lagilah macam2 kem kena pergi dan Sha suka! Naik sekolah menengah, sangat rajin berkawad, warna kulit tak pernah menjadi isu masa zaman tu sebab konon remaja sangat. =.= Hari sukan tu setiap tahun memang tak ada muka lain, kalau bukan untuk rumah sukan, Sha join kawad PPIM (Puteri Islam Malaysia.) Excited tau kawad macam polis ngan askar tengah padang. 

Tapi waktu dah hujung2 nak PMR tu, Sha perasan ada merah2 macam darah beku sebab lebam tapi tak sakit kat bekas operation kaki kiri Sha masa kecik dulu. Sha inform ibu, then ibu ajak jumpa doktor sebab doktor yang operate kaki Sha masa kecik dulu pesan, lepas 15 tahun, ada kesan sampingan atau tidak, tolong jumpa doktor. Tepat pada masanya kan?

Check punya check dan wajiblah x-ray, lain pula yang dijumpai. Tak de kene mengena pun dengan kaki yang konon2 merah macam darah beku tu, backbone! Backbone I bengkok u alls! Imagine la budak 15 tahun dengar doktor ortho explain pasal skoliosis dengan terms science yang patutnya belajar waktu form 5 tu, memang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan la. Apa yang Sha ingat, doktor ada la tanya soalan2 yang relevan dan masuk akal.

Contohnya, ada rasa sakit pada bahagian pinggang atau belakang badan? Rasa lain macam pada badan sendiri ke? Yes. Ada. Bila bersin dalam keadaan baring atau meniarap, pinggang memang rasa macam nak putus. Kalau batuk apatah lagi. Lepastu macam cepat lenguh bila belajar sambil duduk, so, preparation nak PMR dulu Sha banyak meniarap dan akhirnya syahid. keh3...

Buat follow up dekat hospital sebab doktor syorkan fisioterapi dan Sha tak suka. Tak suka fisio sebab nanti rasa sakit. Tapi lagi sakit hati bila mengadu kat ibu n terapist pasal sakit buat exercise yang macam2 tu. Haha. Haruslah sakit, bila rasa sakit means exercise tu memang membantu lah kan. Itu kata mereka. Juga kata Chak Long and the Sisters. Lahai! =.=

So far, rasanya cukup untuk memberi kefahaman kepada anda2 tentang saya. Ya, saya tahu adakalanya saya menyusahkan anda2 semua sebab saya tak mampu nak menyumbang tenaga untuk membantu anda dan rumah sukan dan walau saya melakukannya, saya sudah dibebel oleh bonda tercinta. Serba salah kan bila anda lihat orang lain perlu dibantu tetapi anda tidak boleh membantu atas alasan seperti yang saya berikan. bersyukurlah.

-pemilik tulang unik
pinjam nama fb yang tergoogle tadi. ^^


No comments:

Post a Comment