harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

September 28, 2014

ENTAH

tak tahu apa yang kau tinggalkan
yang sebenarnya terlalu lapuk untuk dijaga
tak tahu apa yang terlalu berharga
sampai terlupa ruangku juga perlu dijaga

sampai juga masa itu
waktu rasa aku dah tak mampu
tak terbendung 
tak mampu menahan
tak terkunci mulut
teroboh ego

bukan sekejap
cukup lama
jika bayi mungkin sudah berlari
jika merangkak mungkin sudah petah bercakap

entah
tapi rembesan cecair di tubir mata
yang lama aku tahan
yang lama dah jadi pekasam
yang lama dah jadi bahan usang
tapi masih belum ada luputnya
mendatangkan tenang
menjadikan hati senang

jangan lupa yang kau belum tahu
jangan paksa aku untuk beritahu
jangan jadi mangsa entah tak tahu
sebab apa yang terbiar
apa yang tertinggal
cuma aku yang tahu.

aku selalu buat tak tahu
fikir diakhir nanti bukan aku yang sakit hati
hasilnya? ini dia.
aku puas jika habis setempayan
embun itu aku curahkan
bukan tanda aku kalah
bukan tanda aku pasrah
tapi terlalu penat menahan lelah

kata dia, menangislah
bukan kerana kau kalah
tapi kau kutip semula lelah

kata dia, keluarkanlah,
segala apa yang tak pernah terluah
jika aku mahu bahagia 
walau sebenarnya aku terlalu mencuba

kata dia, menangislah
sebab cuma aku yang tahu
betapa layaknya aku untuk tempayan embun itu.
tak ada apa-apa.
tapi entah....





No comments:

Post a Comment