harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

May 12, 2011

relationSHIPs????

tajuk yang panas. hot n spicy. 


couple? kekasih? buah hati? euwwwww... (buat masa ni) =.=
sorry to say lah. tak berminat. aiyarkk!!
fokus sekarang sepatutnya study. belajar dan belajar atau ape2 j yang boleh dibuat selain daripada relationships yang ... (semua orang faham).


sha tengok orang lain, ade yang happy jek dengan couple diorang tu. ade yang asyik2 nak gaduh tapi kononnya gaduh2 sayang. (what ever ~~). ade gak yang spesies (er.. macam mane eja spesis? apsal dah lupa? aduss) macam sha.. study comes first. love? later


entri ni dibuat bukan bertujuan nak menghentam mahupun memboikot mereka yang bercouple, tapi i just want to share my opinion. pros and cons.. eceh, berjaya habis wat ayat in english dua baris... tak taulah orang lain fikir apa, tapi kalau sha, dari menyemakkan kepala fikir perkara yang tak menjanjikan apa2, baik move on dengan perkara yang berfaedah walaupun tak menjamin apa2.. contohnya, belajar, fokus pada family, fokus pada friendship yang dah sedia ada terjalin.(ayat skema setakat ni)...


i`m not interested in making new friends..(tapi taklah sampai cakap "saya taknak kawan dengan awak!"). lebih baik jaga apa yang kita ada. contoh mudah, beli barang baru, harta benda kita akan jadi bertambah banyak. nak jaga semua supaya cantik dalam keadaan terjaga memang payah. lagipun makan tempat. perlukan ruang untuk meletakkan barang yang diisi.  JANGAN SALAH FAHAM DENGAN CONTOH YANG SHA BERIKAN NI, BUKAN NAK SAMAKAN KAWAN2 DENGAN  BARANG. TAPI, NI CONTOH PALING MUDAH. 


relationships pulak, (kembali ke tajuk asal) banyak faedah dan keburukannya..
ada orang akan jadi sangat bersemangat untuk teruskan apa2 yang dia sedang buat dan akan buat sebab dia tau, no matter what, ada orang kat belakang dia, jadi wonderwall yang takkan mudah roboh untuk dia. yang boleh kongsi suka duka hidup dia, yang boleh give and take dalam banyak perkara. syaratnya, jangan 'terlebih sudah`. 


dari segi pelajaran pula, orang2 yang tergolong dalam golongan ni akan sentiasa bersemangat nak belajar. (segelintir sahaja). sebab tu parents sangat risau kalau ank2 mereka terjebak dalam kancah Cinta MOnyet ni . mereka tak yakin yang anak2 mereka ada dalam golongan yang mana. sama ada golongan yang teruskan hidup dengan lebih bersemangat atau terus hanyut dalam dunia mereka sendiri. (ini sangat bahaya!)


keburukannya pula bila kedua2 belah pihak tak de rasa tanggungjawab nak tarik balik partner diorang ke alam nyata bila dah angau habis. takde benda lain yang nak dibualkan selain daripada janji manis gula tebu dan ayat bunga2 tahi ayam yang belum tentu tertunai. belajar entah ke mana, personal life entah macam mana dan ape2 lagi entah macam mana. semua benda tolak tepi, yang ditarik ke tengah cuma, relationships yang mereka ada.


kesimpulannya, lagi best kalau masih single. takde orang kawal nak buat apa. (untuk mereka yang berpartnerkan mereka2 yang cemburu buta). lagi semangat kalau partner tu tau hala tuju hidup. er..... maksudnya, boost up semangat kita untuk belajar. kejar cita2... mungkin jadikan diorang batu loncatan tapi batu tu bukan sebarang batu. (mungkinlah kot..hehe)


sha pun tak pernah melibatkan diri dalam industri kecil couple2, partner2 ni, tapi sha tengok orang lain, dari situ sha dapat buat entri ni... happy jugak tengok mereka yang bahagia. er... jealous? taklah, buat apa nak jealous. masing2 ada jalan hidup masing2...yang selalu gaduh2 tu pulak, sangat menakutkan sha, (susahnye lah kalau macam tu..) tapi tak beranilah nak mengutarakan pendapat sha ni pada mereka tu, tak pasal2 je nanti...


entri kali ni takde `he said, she said` sebab takde yang sha ingat dan sesuai untuk entri ni. almaklumlah, takde pengalaman... o.o 


tapi ada nota kaki.
 ------->--@ " tak perlu mencari, sebab bila sampai masa, akan ada yang datang, masa tu nak sembunyi disebalik tembok cina pun tak guna. yang datang tu akan cari jugak!"
 [berdasarkan sebuah puisi yang ditulis oleh seorang sahabat. dedikasi untuk sha. tapi sampai sekarang tak faham kenapa mesti sebut pasal ni dalam puisi tu.. ~~]
akhir kata, jangan ada yang kecil hati atau tersinggung. ini cuma pandangan dari perspektif yang berbeza. buang yang keruh ambil yang jernih. 10 jari disusun klau ad yang terasa.


sekian, wassalam.. =)

2 comments:

  1. agy satu..cons ye..

    dosa.
    haram dary segy agame..
    =)
    nice post aishah..

    ReplyDelete
  2. yup! memang.... tau tapi tak letak kat sini... sebab dah letak (semua orang faham)... tp tak semua tau... kan? haram... tq... ~~

    ReplyDelete