harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

May 31, 2012

Light Up The Day!

Assalamualaikum wbt! 


Sha tersangat cuak sebab pagi tadi nak sangat menulis tapi sayangnya internet sangat lambat sehinggakan tak boleh loading New Post! Phhewwwww... sangat cuak. Tapi sekarang , alhamdulillah, semuanya dah ok! ^^


Semua orang pernah lalui the thick and thin times kan? Selalu tak dengar, kawan masa senang tu, MasyaALLAH, ramainya sungguh, tapi waktu susah dan tersangat kita perlukan mereka, kelibat pun tak nampak. Am i right? [i think so...]


Tapi pada Sha, lebih baik diorang tak ada waktu kita sangat perlukan diorang tu. kenapa?! Sebab, E to the G to the O! huhu..... selfish sungguh orang macam ni. Sha ke? maybe... Tak nak diorang tau waktu kita susah sebab kita nak diorang tau yang we will be there, besides them whenever they need us, not because of we owe them 'something' during our thick times, but naturally, as their friends! Tak kisahla kita berhutang atau tidak, kita perlu bayar semula atau tidak. Tapi, kalau kita tak berhutang pada diorang pun kita akan bersedia jugak untuk membayar! Tak macam tu ke?


Even so, semua orang perlu yakin bahawa masih ada lagi orang yang sedia berdiri belakang anda waktu susah. waktu roda hidup tu berputar ke bawah. Dan sebenarnya, kalian tak pernah mimpi pun akan ada orang yang bersedia macam tu sekali untuk kalian. Membantu bukan kerana pernah berhutang, tapi sememamngnya untuk membantu. Mungkin bukan untuk hari semalam, tapi hari esok. 


Bercakap melalui pengalaman, bukan sengaja merancang kesusahan lalu meraih kekuatan dari orang lain. Tidak. Tapi apa salahnya kalau berkongsi pendapat dan kisah yang boleh membuka mata semua orang. Lebih berjaya lagi kalau boleh membuka hati. 


Sebab orang lain cuma boleh nampak luar, tapi bukan nampak dalam hati. Kita rasa orang tu tak layak pujuk kita, tapi rupanya, dialah yang membantu. Kita rasa orang yang paling dekat dengan kita akan selalu faham kita, tapi siapa tahu, jarak yang jauh tu lagi mengeratkan silaturrahim. Kononnya bila dah tersungkur tu susah sangat nak bangun, tapi bila diminta untuk lihat semula ayat AL-Quran, tak tahu nak cakap apa dah. Memang dah sah-sah dalam Al-Quran tu cukup semua. Tapi kenapa tak nak cari? Nak orang lain jugak yang suruh ingatkan?


Kali ni Sha nak kongsi yang ini,



    Ya Allah.. Kenapa semua ini terjadi pada aku??

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. “
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


Ya Allah.. Kenapa berat sangat ujian ini??

” Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Ya Allah.. Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi.

” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.”
(Surah Al-Imran ayat 139)

” ….. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusuf ayat 87)

Ya Allah.. Bagaimana harus aku menghadapi segalanya ini??

” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat ; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk .”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Ya Allah.. Kepada siapa untuk aku berharap??

   ” Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
(Surah At-Taubah ayat 129)




Betulkan? Jadi! Bangunlah! Bangkit! Bangkit ! Bangkit Harimau Bangkit! Jangan Tidur Lagi! Seteru Sudah Datang! Hehe, sekian..


then memang betullah hidup manusia ni memang berputar2
macam roda sekejap kat atas,
 sekejap kat bawah.
 bila menyesal pun dah tak ada guna


but he said,

    rasenyer...
kt alquran xde ckp hidup kite nie mcm roda...
just Allah bg ujian kpade hamba2nye...
jgn myesal..
tgk surah albaqarah ayat216

TRIMASSS!!!

No comments:

Post a Comment