harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

May 27, 2012

NAK CUBA!

Assalamualaikum kalian! =)

Baiklah, tanpa membuang masa dengan memulakan entri dengan pendahuluan yang merapu macam ikan kerapu tu, Sha nak cuba! Cuba apa ye? Sha nak cuba buat bisnes kecil2. dengan adik Sha yang tersangat bertuah tu. hm... 

Seperti yang ada antara kalian tahu, Sha telah diperturunkan ilmu membuat kek coklat oleh sepupu tersayang, tersporting, terpoyo jugak, Cik NAJIKAREN, =) [nama samaran dia dalam contacts Sha]. hahaha, sungguh terharu dia jika membacanya. hehe...

Sekolah adik Sha ada buat Hari Koperasi nanti, sesiapa yang berminat nak berniaga, kenalah isi borang dulu beberapa minggu lebih awal daripada hari yang tesebut kan? Jadi, Sha dan adik plan ( dah hantar borang pun sebenarnya ) nak jual Kek Coklat dan juga Kek Batik. [Maaf Mega ForTeens ku, telah pandai membuat kek batik selepas habis matrik. hehehe....]

Lepas tu Sha berangan lah jugak nak open kepada sesiapa yang rasa nak pesan kek tu. Sha buat delivery jugak, (sedang memberanikan diri drive jauh2 dengan penuh hemah) hehehehe... Sekarang ada sikit lah yang memesan kek tu. Mintak sokongan kalian untuk membantu bisnes ini. Harga bagaimana ye? Oh, yang itu mengikut saiz dan selalunya ditentukan oleh ibu. em. Jadi, kalian tak payahla susah2 nak fikir beli kek kat mana, sedap ke tak, atau mungkin kalian nak buat kek untuk family cuma tak ada masa je, boleh pesan pada Sha. =) 

Nak Tengok Gambar Kek!!!
Ok, Sha tau, tulis kat blog sahaja memang tak berapa nak meluaskan perniagaan lah kan. Nanti Sha buat jalan lain. hehe. Gambar kek? Perlu kalian tahu bahawa Sha tak adelah nak pakai telefon yang ada kamera atau memiliki kamera yang membolehkan pelbagai gambar berfaedah dikongsi bersama kalian. Sekadar mengharap ehsan si Adik yang memang bertuah dan orang2 terdekat. Hehe.....



INI KEK WAKTU ANNUAL DINNER UNTUK MS 14! ^^ 
Yag paling hujung dan paling kecil tu , untuk adik yang mintak dibuatkan jugak untuk dia sebiji kek! adesss...


Macam mana nak tau rasanya? 
ok, soalan ini agak mencabar, [amboi, dah berjela2 dah ni Sha taip laju2... semangat betul!] =P Kalian boleh tanya pada ahli2 Mega Forteens. Sesungguhnya, merekalah 'jiwa' yang Sha adunkan  bersama kek tu, dan tulang belakangnya adalah family! [macam jiwang petala kelapan je ayat.... ] kawan2 lain pun ada yang sempat rasa.

Cabaran?
Oleh kerana tidak semua orang mempunyai citarasa yang sama, maka, Sha tak boleh lah nak salahkan orang yang tak berapa nak komen kek itu dengan komen yang membina kan? Jadi, itu terpulang kepada individu.^^ Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai kan? Jadi, Sha memang tak ambil hati pun kalau ada yang tak suka air tangan Sha, malah, Sha dan ibu akan cari lagi bermacam2 jenis cara yang akan menaikkan lagi mutu kek kami. 

ALL RIGHT RESERVED?
Sha sudah memberitahu cik NAJIKAREN, perihal ini. Dia macam biasalah, layan je Sha ni. hehehe.. trimassss lah makcik! hehe... 



Of cos! segala cacat dan celanya kek ini tak akan berlaku jika untuk dijual. Peace! hehe

sekian, adiosssssssss


No comments:

Post a Comment