harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

May 17, 2012

Matured Enough?

Salam!

Sha dah lama berhajat nak menulis kat sini, tapi macam tak sesuai je. Sekarang mungkin dah agak sesuai kot. haha. Memandangkan sha sangat tertanya2 kenapa kebelakangan ni  semua orang cakap pasal kahwin awal je , [erk] , pasal perasaan, pasal 1 perkataan yang ada lima huruf dalam Bahasa Melayu dan 1 perkataan yang ada 4 huruf dalam Bahasa Inggeris. euwwww.... faham2 sendiri sahaja ya! huhu

Kenapa tergedik2 sangat nak ber `euwww euwww', `erk erk' sangat bila cakap pasal ni? Sebab Sha rasa awal sangat kot. Bila dengar cerita dari kawan2 memanglah seronok je dengar, tapi muka Sha seperti bereaksi begini, (tolong jangan sambung lagi! Saya budak kecik yang tak tahu apa2 pasal benda ni! wargh!!!) haha. Ok, agak poyo...


Kadang2 tu ada jugak mengada2 rasa Jealousnya! kenapa diorang ada orang lain kat sebelah tu? Mana2 pergi semua sama2, buat tu, buat ni, ha ha ha , tapi sekejap je, lepas tu Sha jadi normal. Sebab fikir semua tu akan merumitkan keadaan saya sebagai seorang pelajar! Yup!

Sha ada menyuarakan pasal perkara ni pada rakan sebumbung bilik, hoho, dan mestilah sha yang kene balik. Mereka cakap, ni bukan pasal masih kecik lagi atau dah besar. Ini tentang fitrah manusia [tak, sebenarnya mereka pakai perkataan lain, tapi yang formalnya adalah fitrah, =D ] , yang semua orang akan lalui. Er.... yeke? hm... tapi Sha rasa lebih kepada yang ini, 

Islam sendiri melarang perkara2 seumpama ini sebelum relationship tu jadi halal kan? dan zina bukanlah sekadar zina semata2 tapi ada zina hati, zina mata, zina telinga dan macam2 lagi. Sha tak mau cakap lebih2, sebab tak tau apa akan jadi pada masa depan, tapi alhamdulillah sampai ke harini, sebab yang inilah yang buat sha rasa, SAYA MASIH KECIL LAGI!!!

Lagipun, Sha tak nak beri hati yang dah pernah diguna pakai oleh orang lain, (in case lah kan bukan pasangan kalian hari ni yang akan jadi pasangan kalian sampai tua nanti. Kita bukan ada mesin yang boleh tengok peristiwa akan datang kan?!)

Juga, Sha tak rasa perkara ni boleh dibuat main2 macam kita semua main pondok2 waktu kecik2 dulu (bahasa dewasanya, jadi perhentian dan persinggahan)

Dalam bahasa halusnya, kalau nak yang terbaik, jadilah yang terbaik dulu! Yang baik cuma untuk yang baik sahaja kan? Itu semua orang tau. Tapi kuasa Allah tu, tak ada siapa boleh lawan! Sha cuma kongsi pendapat dan Pendirian Sha sahaja. haha. Rasa dah sangat besar pulak dah, guna perkataan PENDIRIAN bagai , whoah!


Tapi macam mana pulak dengan isu pemangkin atau nama glamournya, catalyst? hm, yang ini bergantung pada individu lah, seserius mana dia defined catalayst tu out of science terms. Sha pun ada je catalyst. eh? haha... Tapi tak adalah nak beritahu satu dunia dan tak payah lah nak beritahu tuan punya badan. kan? er.... ye kot! huhu...


Sebab tu lah Sha jadikan lagu yang sedang memekakkan telinga kalian sekarang ni sebagai lagu cover dalam blog. Nah cik tinggi! Inilah jawapan yang yang awak tanya hari tu. Kenapa letak lagu jiwang dalam blog? 


~IT IS BECAUSE,
how can I **v* when i`m afraid to fall....




Nak letak gambar pokok kat entri ni tapi lembap sangat nak loading. so, sekian sahaja, ADIOSSSS... 
[ENTRI MEREPEK KONON DAH BESAR]

No comments:

Post a Comment